MARI TEKA
TOKAN INI
BANGSA APA
BANGLA ?
SWEDISH ?
ATAU
SWISS
Polis buru raja dadah sembunyi di negara jiran, hartanah RM366 juta disita
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia sedang memburu seorang lelaki tempatan disyaki King Pin atau ‘Raja dadah’ dari negeri di utara Semenanjung yang telah melarikan diri dan bersembunyi di negara jiran.
Tindakan itu menyusul selepas polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang diketuai Komisioner Mohd Khalil Kader Mohd berjaya merampas dan menyita hartanah berjumlah RM366 juta yang dibeli dan dimiliki individu terbabit menerusi Ops Eagle Diamond pada 16 Januari lalu.
Katanya, raja dadah itu telah melarikan diri dan bersembunyi di salah sebuah negara jiran setelah menghidu dan mengesyaki perbuatannya terbongkar dan tidak balik ke negara ini ketika operasi berkenaan dilaksanakan.
“Kami PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran untuk tangkap dia dan bawa balik ke sini kerana dia memang sudah melarikan diri selepas sedar operasi kami bongkarkan aktivitinya.
“Selepas kes terbongkar, dia memang berada di luar negara, kita telah perhatikan dia selama sebulan lebih dan mendapati dia tak balik ke sini yang mana dia sudah mengesyaki kelicikan sindiketnya.
“Kokain dia dicampurkan arang batu dengan dadah yang diseludup mungkin rahsia terbongkar menyebabkan dia tak balik,” katanya.
Pada 16 September lalu, JSJN menerusi Ops Eagle Diamond yang dilakukan di Butterworth, Pulau Pinang merampas 12 tan kokain yang dicampurkan dengan 16 tan arang batu.
Berikutan itu polis menahan seorang lelaki India mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, hasil risikan dan maklumat individu berkenaan berjaya mengenalpasti penglibatan beberapa individu lain dalam sindiket itu sebelum operasi dilancarkan pada 16 Januari lalu.
“Operasi ini bertujuan menyita semua harta yang ada kaitan dengan suspek dan sekutunya disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sebagai usaha melumpuhkan sindiket secara menyeluruh dan selama-lamanya.
“Dalam penyitaan tersebut, pemeriksaan pertama di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Perai Seberang Perai Pulau Pinang berjaya merampas syabu seberat 4.98 kilogram, serbuk dan cecair disyaki kimia 114.6 kilogram serta peralatan memproses dadah syabu bernilai anggaran RM250,000.
“Di gudang sama, lapan suspek lelaki iaitu dua Cina tempatan, lima lelaki Myanmar dan seorang warga China berusia antara 33 hingga 51 tahun ditahan dan direman sehingga 30 Januari ini untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B ADB 1952 dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.
Lanjutan daripada OPs Eagle Diamond, katanya, polis telah merampas wang tunai berjumlah RM6,960, akaun simpanan yang mempunyai simpanan sebanyak RM21,682,395.33, saham bernilai RM143,566,645.04, hartanah bernilai RM198 juta, kenderaan bernilai RM2.727 juta dan barang kemas berjumlah RM51,800 yang kesemuanya milik raja dadah.
Jumlah keseluruhan rampasan ialah RM366 juta.
Kata Mohd Khalil, ,kesemua sitaan dibuat dibawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 ADB (Perlucuthakan Harta) 1988 dan kesemua hartanah dan saham berkenaan dimiliki oleh raja dadah di negeri utara berkenaan disyaki hasil aktiviti haram.
“JSJN teruskan siasatan mendalam dan hasil kerjasama dengan beberapa negara jiran iaitu Australia, Singapura, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan bertukar maklumat dan risikan berjaya melumpuhkan sindiket tersebut. – MalaysiaGazette
MARI TEKA
TOKAN INI
ADA DERAJAT
DATUK
DATUK SERI
ATAU
TAN SERI
KAH KAH KAH
NEGERI DAN RAJA
MANA YG BERI
KAH KAH KAH
MARI KITA TEKA
ADAKAH
ANUGERAH
INI AKAN
DIRAMPAS JUGA
KAH KAH KAH
SIAPA KAWAN
BAIK SAHABAT
TOKAN INI
KAH KAH KAH
SUDAH KAH
TOKAN INI
MERLABUR DG
POLITIKUS
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
NI SENT
---------