Selasa, 31 Mac 2020

INDAHNYA DUNIA INI






INDAHYA DUNIA
INGATAN INGATAN INI
DATANG DATANG LAGI
IANYA
TAK PERNAH PERGI PERGI
ESOK BILA BANGUN PAGI
TERBUKA LAGI RUANG
UNTUK BERBAKTI







------------

MALAYSIA MILIK ANAK SEMUA BANGSA - BANGSA SEMUA AGAMA




MALAYSIA

MILIK ANAK

SEMUA BANGSA

6 lagi meninggal dunia akibat Covid-19, kata Noor Hisham



Lebih 3,000 rakyat Malaysia terkandas di luar negara dibawa pulang


Mulai esok beberapa jalan di Klang ditutup sepenuhnya


PKP fasa ke-2, polis Pahang perketat sempadan negeri



MILIK BANGSA

SEMUA AGAMA
-------------

KITA BERJIRAN





KITA BERJIRAN
Tt ni saja je kan? Menjentik hati, melurut kote. mesti banyak komen sebab melayu konservatif mana boleh tengok semua ni. tegak bulu roma tengkuk. 
on 
JIRAN SEBELAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 17:33

2





----------

GARIS PANDANGAN TUKAR TIUB



GARIS 

TUKAR TIUB



COVID-19: Henti berpolitik,

 bersatu lawan COVID-19 

- Hishamuddin Rais












ALA LUMPUR: Semua pemimpin politik baik dari parti kerajaan atau pembangkang perlu bersatu melawan penularan wabak COVID-19, kata aktivis sosial Hishamuddin Rais.

Hishamuddin berkata beliau yakin hanya pendekatan Barisan Bersatu (United Front) Malaysia mampu mengalah penularan wabak COVID-19.

Menggalang Barisan Bersatu

VIRUS korona telah menyerang Malaysia. Virus ini muncul pada akhir tahun 2019 di Wuhan, China. Kini virus korona telah merebak ke seluruh dunia. Pada 12 Mac 2020 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan serangan virus ini sebagai pandemik di seluruh dunia.

160
SHARES

Covid-19: Menggalang barisan bersatu

Diterbitkan 
ULASAN | Koronavirus telah menyerang Malaysia. Virus ini muncul pada akhir tahun 2019 di Wuhan China. Kini koronavirus telah merebak ke seluruh dunia. Pada 12 Mac 2020, Badan Kesihatan Bangsa Bangsa Bersatu (WHO) telah mengisytiharkan serangan virus ini sebagai pandemic kepada di seluruh dunia

KENYATAAN AKHBAR
MENGGALANG BARISAN BERSATU
HISHAMUDDIN RAIS
31 Mac 2020

Virus Corona telah menyerang Malaysia. Virus ini muncul pada akhir tahun 2019 di Wuhan China. Kini Virus Corona telah merebak ke seluruh dunia. Pada 12 Mac 2020 Badan Kesihatan Bangsa Bangsa Bersatu (WHO) telah mengisytiharkan serangan virus ini sebagai pandemic  kepada di seluruh dunia.

Kita akan masuk ke minggu ketiga dan keempat berkurung. Kita dilarang oleh kerajaan keluar dari keluar rumah bagi menghindarkan diri dari dihinggapi virus Corona. Kita diwajibkan berkhalwat dirumah. Membuat kerja dari rumah. Menjarakkan diri dan menjauhkan diri dari orang ramai.

Maka dari sini muncul persoalan hakiki yang wajib kita hadapi dalam menghadapi serangan virus halimunan ini. Apakah sikap kita – anak semua bangsa  - bangsa semua agama – warga Malaysia ketika berhadapan dengan COVID-19 ini?

Pandangan dari saya - ini adalah pandangan yang telah saya kongsikan dengan kawan-kawan warga Malaysia di dalam dan di luar negara. Ini adalah usaha kami dan usaha kita untuk bersetiakawan dengan anak semua bangsa di bumi manusia.

Projek utama untuk melawan COVID-19 ialah menggalang Barisan Bersatu atau United Front.  Saya amat yakin dengan pendekatan united front. Malah saya penuh keyakinan - hanya dengan menggalang united front  maka barulah kita akan berjaya mengalahkan virus Corona ini.

United Front ini memerlukan beberapa perkara WAJIB:

1 – Wajib pertama, kerajaan yang berkuasa di Persekutuan atau Negeri hendaklah bercakap benar.  Mengeluarkan kenyataan yang benar. Memberi maklumat benar. Jangan putar belit. Jangan ada gajah di belakang nyiru.

Ancaman dan menakut-nakutkan orang ramai bukan sesuatu yang bijak. Bercakap benar adalah bijak.

Kebenaran akan melahirkan keyakinan orang ramai. Keyakinan orang ramai ini amat-amat penting pada ketika ini.  Dengan keyakinan dan kepercayaan orang ramai kepada kerajaan, maka arahan kerajaan senang dipatuhi.

2 – Wajib kedua ialah semua parti politik perlu menanggalkan baju politik mereka untuk menjadi warga Malaysia. Pemimpin parti politik – dari pihak kerajaan dan pembangkang perlu mengelakkan dari membuat kenyataan yang memperlekeh musuh politik.

Jangan ada niat untuk ‘tunjuk pandai – tunjuk bijak’ ketika melawan virus ini. Dalam suasana memerangi virus ini rakyat tidak perlu politikus. Rakyat mahu politikus jangan berpolitik, tapi bersatu memimpin orang ramai melawan virus ini hingga tumpas. Rakyat mahu kehidupan mereka dikembalikan saperti sedia kala.

3  -  Wajib disedari semua kenyataan yang kurang arif , kurang bijak dan tidak ilmiah dari pimpinan parti, dari menteri, pegawai kerajaan, dari ketua agama, NGO atau sosok pembuat pandangan akan mengelirukan orang ramai. Perkara yang tidak betul jangan dilakukan. Perkara yang tidak diketahui, tidak arif  jangan dilaporkan.  

4  - Wajib   Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan tidak perlu melakukan aksi politik. Tindakan politik pada ketika ini wajib dihentikan. Contohnya tidak perlu diganti ahli majlis, buang ketua kampong dan sebagainya. Kita tangguhkan semua ini.

Politikus sila tangguhkan berpolitik. Hakikatnya pada ketika ini jauhkan dari tindakan politik yang akan melahirkan pergesaran.

5 – Wajib lima – kita semua warga Malaysia – tua muda jantan betina miskin kaya – anak semua bangsa – bangsa semua agama sedang berhadapan dengan musuh yang satu. Justeru pendekatan menggalang barisan bersatu yang ampoh adalah kewajipan kita bersama.

Dalam perang kita mendirikan united front. Kita mendobrak satu musuh yang sama.

Rakyat Malaysia – anak semua bangsa sedang diduga. Dalam perang melawan virus ini, akan lahir kehodohan manusia. Dalam perang ini juga akan lahir keindahan kemanusian. Selamat berkhalwat. Amin.

Hishamuddin Rais
Le Chateau
Lorong Syed Putra Kiri
Kuala Lumpur

-----------

KETEPIKAN POLITIKUS









POLITIKUS 

MASAALAH

Bodoh dan palui apabila sebelumn pandemik covid-19 segalanya senang limpas pertahanan negara, covid-19 senang merebak dan mematikan berbanding dengan penyakit AIDS yang lambat² mati, fuck you ahli politik yang menharap gaji selain dari tanggungjawap kepada rakyat 
on 
DUA SOSOK
 TIM WAWASAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:02

tak





----------

MENGGALANG BARISAN BERSATU






MENGGALANG

BARISAN BERSATU



COVID-19: Henti berpolitik,

 bersatu lawan COVID-19 

- Hishamuddin Rais












KUALA LUMPUR: Semua pemimpin politik baik dari parti kerajaan atau pembangkang perlu bersatu melawan penularan wabak COVID-19, kata aktivis sosial Hishamuddin Rais.

Hishamuddin berkata beliau yakin hanya pendekatan Barisan Bersatu (United Front) Malaysia mampu mengalah penularan wabak COVID-19.

Katanya, pemimpin politik sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang perlu mengelakkan dari membuat kenyataan yang memperlekeh musuh politik.

"Jangan ada niat untuk ‘tunjuk pandai – tunjuk bijak’ ketika melawan virus ini. Dalam suasana memerangi virus ini rakyat tidak perlu politikus.

"Rakyat mahu politikus jangan berpolitik, tapi bersatu memimpin orang ramai melawan virus ini hingga tumpas. Rakyat mahu kehidupan mereka dikembalikan saperti sedia kala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ketika negara berdepan krisis seperti COVID-19 ini, semua parti perlu menjauhkan dari tindakan politik yang akan melahirkan pergesaran.

Beliau juga menasihatkan kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan tidak banyak melakukan aksi politik seperti menggantikan ahli majlis PBT, membuang ketua kampung dan sebagainya.

Hishamuddin juga mengingatkan pemimpin parti tidak kira menteri atau pegawai kerajaan agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.

"Wajib disedari semua kenyataan yang kurang arif , kurang bijak dan tidak ilmiah dari pimpinan parti, dari menteri, pegawai kerajaan, dari ketua agama, NGO atau sosok pembuat pandangan akan mengelirukan orang ramai.

"Perkara yang tidak betul jangan dilakukan. Perkara yang tidak diketahui, tidak arif  jangan dilaporkan," katanya lagi.

Beliau turut menggesa kerajaan persekutuan dan negeri bercakap benar dan memberi maklumat yang tepat kepada orang ramai.

"Ancaman dan menakut-nakutkan orang ramai bukan sesuatu yang bijak. Bercakap benar adalah bijak.

"Kebenaran akan melahirkan keyakinan orang ramai. Keyakinan orang ramai ini amat-amat penting pada ketika ini.  Dengan keyakinan dan kepercayaan orang ramai kepada kerajaan, maka arahan kerajaan senang dipatuhi," katanya.

Hishamuddin seterus menyeru semua rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya agar bersatu berdepan musuh yang satu iaitu COVID-19.

"Justeru pendekatan menggalang barisan bersatu yang ampoh adalah kewajipan kita bersama," jelas beliau.

Sehingga 30 Mac, Malaysia telah mencatat 37 kes kematian dengan 2,626 kes positif akibat wabak COVID-19.


KITA SESAMA KITA


---------

JANGAN MAIN NUMBO NUMBO





JANGAN MAIN

KUMPO  NUMBO

Sbb abg non kita suka main tikam2 nombor ala2 magnum toto.. tgadai kerajaan satu malaya.. judi mkn tuan.. elok2 lakibini ada status.. tlingkup siap bole timbus dlm tanah.. 
on 
TERBONGENG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 31/03/20


azmin kabarnya sedang ligat kumpul nombor, azmin lagi banyak nombor ekor. 
ntah laa 
on 
TERBONGENG
Anonymous
on 31/03/20

tiga


-----------------

JIRAN SEBELAH







JIRAN SEBELAH
PAGI KELMARIN
SEPULANG  GUA DARI KWANTUNG
MAK CIK JIRAN SEBELAH
MEMBUKA PINTU
DAN TERUS MEMBERI GUA
DUA IKAT DAUN SEMAMBU

' GANTUNG PINTU'
'GANTUNG TINGKAP DAPUR'
INI ARAHAN DARI MAK CIK

GUA TAK TAHU DAUN APA
GUA BERTERIMA KASEH
DAN 
MENGIKUT ARAHAN

JIRAN SEBELAH RUMAH GUA
KELUARGA INDIA
MEREKA BARU PINDAH
KE FLET  HUJUNG YANG
LEBIH BESAR

GUA INGAT LAGI
KELUARGA INI DATANG
SEBELUM DEWALI TAHUN INI
KETIKA DEWALI
MAK CIK INI PERNAH
BERI GUA KUEH KUEH 

GUA PERNAH BERSEMBANG
SANG SUAMI BARU PENCEN
DARI JAY BEE
BEKERJA DENGAN TENAGA
SANG ISTERI SURI RUMAH
DUA ANAK LELAKI 
SEORANG ANAK PEREMPUAN

ANAK ANAK SEMUANYA
PROFESIONAL
BEKERJA DI KL

KETIKA GUA MENYEDIAKAN
MINUMAN PAGI
SANG ANAK AKAN
MELINTAS DEPAN TINGKAP
PERGI PEJABAT

KELUAGA INDIA INI
MEMILIKI SAEKOR 
POODLE PUTEH
SAYANGNYA
JAY JAY TELAH MENDAPAT
SERANGAN  JANTUNG
MAKA JAY JAY TAK BERJALAN
HANYA DUDUK DEPAN PINTU

BILA EZI DAN TAK TAK
NAMPAK JAY JAY
DEPAN PINTU
KETIGA EKOR BUDAK BUDAK
AKAN BISING
APA YANG MEREKA JERITKAN
GUA TAK TAHU

DARI MAKLUMAT
GUA DIFAHAMKAN 
DAUN SEMAMBU
BOLEH MENGHALANG VIRUS
OOOH
INI NIAT BAIK
MAK CIK SEBELAH RUMAH

MAKLUMAT DARI DIKIN
YANG AYANANDANYA
PENGAMAL HERBA MELAYU
MENGATAKAN 
DAUN SEMAMBU INI
PERLU DIREBUS
DAN 
DIMINUM AIRNYA
YANG AGAK PAHIT
UNTUK KUATKAN BADAN
GUA AKAN CUBA

JIRAN GUA INI WARAK
DEPAN PINTU
ADA PATONG GANESHA
PAGI PETANG TAK LUPA
SEMBAHYANG
LOCENG BERBUNYI
DAN 
SETANGGI DIBAKAR
AROMANYA SAMPAI
KE TEMPAT GUA MENULIS

KETIKA KITA BERPERANG
MELAWAN KARONA
KITA AKAN BERTEMU
SOSOK TERHODOH
DAN
SOSOK TEBAIK
GUA MERASA 
AMAT SELAMAT
KERANA
GANESHA JUGA
ADA DI SEBELAH PINTU
AMIN

BRO BAWA BERTENANG






BRO RELAK BAWA

BERTENANG DULU

Masa dulu, tak beli cibai, ops cabai, minta jiran,.nak ubi kayu, ambik saja rumah jiran,.nak kelapa, kait saja tak kira rumah siapa, nak mangga, nak rambutan,nak durian minta saja orang bagi pada hal bila ada hasil orang hantar Mai rumah, sikalang, kah kah kah semua buat duit, orang mati nak buat duit, orang sakit nak buat duit,
 apa lagi yang tinggal, yang kuat nafsu nak kaya siapa ? Bukan ahli politik ? Bukan kaum kerabat free loader? Apa sumbangan orang orang ini di kala orang ramai susah? Yang Komen saban Hari dalam FB yang asyik Twitter macamx apa sumbangan mereka??? Apa mereka bagi kepada rakyat negara? 
Asyik free loader sampai sistem kapitalis utamakan kah kah kah ini topeng muka pun nak jual, tengok keliling puak puak mana dok.sumbang barangan makanan kepada semua, corona satu peringatan kepada Tuan Tanah yang kejam tidak Adil rasis yang selama.ini menindas rakyat kah kah kah
 on 
SATU MASA DULU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/03/20

PH t





--------------

BUKTI PERSOALAN NASIONAL BELUM SELESAI





PERTANYAAN

INI BUKTI

PERSOALAN 

NASIONAL 

BELUM SELESAI 
kecoh kecoh hari tu ikan dibuang, buah dibuang dan sayur pun dibuang. yg jadi jurucakap semuanya ketua persatuan dan depa ni semua cina. semuanya salahkan dasar kerajaan mat sembab. semua ni mesti cukong nak paw mat sembab, kan? ke guaner? mesti salah dap! 
kahkahkah
 on
 SESAMA KITA HADAPI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/03/20

ke









----------------

DEMI KESEHATAN PETAI DAN ZAITON






DEMI KESEHATAN

PETAI DAN ZAITON
Masak pakai minyak zaiton kira taraf org kaya la. Taruk buah zaitun lg. Sape2 nak gi supermarket pegi lah check brp harga sebotol minyak zaiton. Mesti tersombol mata lu. 
on 
SELAMAT MAKAN
 TENGAH HARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/03/20

ke







---------------

DUA SOSOK TIM WAWASAN






DUA SOSOK

TIM WAWASAN

Abam memang terer berucap. Berapi-api. Kalah Bung Karno. Riak wajah dan gerak geri ketika bercakap sekejap macam hero Tamil, sekejap macam opera Cina, sekejap macam wayang kulit Jawa, sekejap macam bomoh Siam, sekejap macam Pak Arab. Kalau bab baca doa kalah Tok Guru. Tapi itu semua lakonan kan. Hobi sondol depan belakang masih diteruskan. Kegiatan sailang tak henti-henti.
 Sekurang-kurangnya Muhyiddin takda la over-acting, takda la terover semuanya. Sembab-sembab dia pun nampak cool saja. Tak payah terpekik terlolong nak jadi PM sejak 1993 lagi. Relax saja. Biaq pi la apa orang nak cakap. Tup-tup dia jadi PM ke 8. Haa tu. Hambik kau. 
on 
DOA BUKAN
 TOPENG AGAMA
Publish | Delete | Spam
dr chenor
on 30/03/20

Ab



-----------

TERBONGENG





Feb 28, 2020 - ANWAR Ibrahim has reiterated that he has the numbers to form a government amid reports that Bersatu's Muhyiddin Yassin has locked up the ...



TERBONGENG
TT blh tlg tanya Anuar pasal Nombor Ekor.Dia pandai meramal hal2 nombor dari dulu lg.Oops..Cilakak kedai Perpaduan Ummah ni pun tutup juga.Ni masa Rakyat tgh susah ni buka lah hari2.Sekurang2 Rakyat blh berangan yg enak2 mlm hari. 
on 
HAL NOMBOR 
TANYA ANWAR
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 30/03/20

Selagi p





--------

TERBAIK KITA SEMUA BERKORBAN






TERBAIK

SESAMA KITA

BANTU MEMBANTU 

Maritim hulur bantuan kepada nelayan sekitar perairan Kota Kinabalu


MENYEDARI nelayan di sekitar perairan Kota Kinabalu terjejas dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menyantuni mereka dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Rosli Abdullah dengan menaiki Bot Ronda Pengawal 38 bersama Bot Kilat.

Tinjauan mendapati beberapa nelayan yang menerima bantuan itu daripada golongan kurang berkemampuan dan menangkap ikan untuk keperluan harian mereka.

Kebanyakkan mereka merupakan nelayan pesisi pantai yang menetap di sekitar kampung di Pulau Gaya.

Mengulas mengenai rondaan itu, Mohd Rosli berkata, selain keberkesanan pematuhan PKP, pihaknya turut memantau setiap pergerakan daripada penduduk di sekitar pulau berhampiran Kota Kinabalu dalam menjalankan aktiviti secara minima dan terus mematuhi pelaksanaan PKP sehingga 14 April hadapan. – 30 Mac, 2020.


TUNJUKAN

KEMANUSIAN

KITA BERSAMA

TERUSKAN SAA - JANGAN HENTI







S.A.A

TERUSKAN

PERJUANGAN

 BUKAN HANYA

5 TAHUN SEKALI

dah buat SAA. dah susun atur dan aksi dulu masa pru14. dah berjaya dah halau perompak laki bini dan halau parti umno ternakan british. tup tup ada org buat silap mata.. tup tup umno dah mentadbir semula.. tup tup pas jadi kerajaan. padahal masa pru 2 parti tu kalah teruk. silap kat mana ntah. ni mesti ada org buat khianat dan ada org yg tolong susun kerja-kerja khianat. 
hamdulil. kalau buat SAA lagi sekali pun mesti ada yg khianat lagi. jadi, sempena covid19, duduk khianat diam diam dah la dalam rumah. biar azmin sorang dah laa yg keluar kehulu kehilir tamboh nombor, yg lain sila duduk rumah main dgn anjing. amiin 
on 
SAA - 
SUSUN ATUR AKSI 
JANGAN CAKAP SAJE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/03/20

...tt t



----------

KAPITALIS PASANG LUKAH





 BANI KAPITALIS 

PASANG LUKAH

Sebelum ni topeng hanya 85 sen je, untong 100%. Ngapa skrg bila ada petaka, naik sampai 1.50, naik 100% tu ..untong 300%. UsTaT mano ..tingtong2 syurga neraka ..bila rakyat kono honyak berterusan apo hookomnyo TaT. 
Toksah lah bila PM8 bacho doa kito nanggih ..ha nanggih lah topeng naik 100%. ..mano dio economic of scale. Den ghaso nak pindah ko Kanada lah. Finland dah ado Abam lak ..seeeram. on 
KAUM KAPITALIS 
AWAS JANGAN 
PASANG LUKAH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 30/03/20

Masa



---------

SIAPA YANG AMBIL DUIT





SAPA YANG

AMBIL DUIT?

DUIT SIAPA?

CHINA MERAH ?


SPRM terima aduan salah guna kuasa berkaitan projek ECRL

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima satu aduan mengenai salah guna kuasa berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). 

Tanpa mendedahkan penglibatan mana-mana individu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata aduan itu akan diteliti dahulu sebelum siasatan lanjut diteruskan. 

“Saya mengesahkan SPRM ada menerima aduan daripada pengadu berhubung dengan isu ECRL untuk disiasat. Bagaimanapun pihak saya (SPRM) akan meneliti dahulu aduan berkenaan. 

“Pihak saya (SPRM) tidak boleh mendedahkan mana-mana pihak yang diadukan dalam kes ini kerana siasatan belum dimulakan,” katanya kepada Bernama TV hari ini. 


Sementara itu, menurut sumber yang diperoleh Bernama TV, aduan itu antara lain meminta SPRM menyiasat kenaikan kos projek ECRL yang didakwa hanya RM30 bilion kepada RM44 bilion. 

Sumber itu yang merujuk satu laporan media berkata projek ECRL dibatalkan pada Januari 2019, namun, pada April 2019, bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin berjaya meyakinkan kerajaan untuk meneruskan ECRL dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dengan kos RM44 bilion menerusi Pakej Pelan Baru ECRL.

Sumber itu mendakwa pelan baharu ECRL hanya menelan kos RM30 bilion setelah beberapa perkara dikurangkan antaranya pembatalan lima stesen di laluan Gombak-Klang. 

“Ini bermaksud pelan baharu ECRL lebih mahal RM14 bilion disebabkan pengurangan perkara-perkara berkenaan,” katanya. 

Projek ECRL disambung semula setelah perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan CCCC dimeterai pada 12 April 2019 yang menyaksikan pengurangan kos projek sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion.

Berikutan itu, projek rel itu akan dibina dengan jajaran baharu dan jarak landasan dikurangkan sebanyak 40km, iaitu sejauh 648km berbanding rancangan awal sejauh 688km.

Jajaran baharu itu ialah dari Kota Baharu - Mentakab - Jelebu - Kuala Kelawang - Bangi/Kajang -Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang. Cadangan asal projek ECRL itu menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan. – Bernama, 30 Mac, 2020.


KETEPI LALU

DI KLAWANG

INI KAMPONG DEN

SIBUKLAH

NANTI
KAH KAH KAH
---------