BACA FAHAMI
UNITED FRONT
Apa itu Menggalang Barisan Bersatu? maknanya komponen parti Barisan Nasional bergabung dengan saki baki parti BERSATU untuk tubuhkan kerajaan pintu belakang yg tidak mendapat mandat dari rakyat melalui PRU. Sumber rujukan: Isham Rais Si Kitul.
on
MENGGALANG
UNITED FRONT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 01/04/20
makin bongok lah pembaca tukartiub ni. si kitul sakai jelebu dah tunjuk contoh haritu, pembaca masih tak paham-paham. berunited front ni adalah untuk kudeta rampas kerajaan yg dipilih oleh rakyat dalam pru.
on
FAHAMI TEORI
UNITED FRONT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 01/04/20
nak fahami teori united front mcmana lagi kitul? haritu kat sheraton kira dah united front lah. semua dah faham dah. berunited front kat sheraton utk khianat amanah rakyat. mudah, kan?
on
FAHAMI TEORI
UNITED FRONT
Anonymous
on 01/04/20
KENYATAAN AKHBAR
MENGGALANG BARISAN BERSATU
HISHAMUDDIN RAIS
31 Mac 2020
Virus Corona telah menyerang Malaysia. Virus ini muncul pada akhir tahun 2019 di Wuhan China. Kini Virus Corona telah merebak ke seluruh dunia. Pada 12 Mac 2020 Badan Kesihatan Bangsa Bangsa Bersatu (WHO) telah mengisytiharkan serangan virus ini sebagai pandemic kepada di seluruh dunia.
Kita akan masuk ke minggu ketiga dan keempat berkurung. Kita dilarang oleh kerajaan keluar dari keluar rumah bagi menghindarkan diri dari dihinggapi virus Corona. Kita diwajibkan berkhalwat dirumah. Membuat kerja dari rumah. Menjarakkan diri dan menjauhkan diri dari orang ramai.
Maka dari sini muncul persoalan hakiki yang wajib kita hadapi dalam menghadapi serangan virus halimunan ini. Apakah sikap kita – anak semua bangsa - bangsa semua agama – warga Malaysia ketika berhadapan dengan COVID-19 ini?
Pandangan dari saya - ini adalah pandangan yang telah saya kongsikan dengan kawan-kawan warga Malaysia di dalam dan di luar negara. Ini adalah usaha kami dan usaha kita untuk bersetiakawan dengan anak semua bangsa di bumi manusia.
Projek utama untuk melawan COVID-19 ialah menggalang Barisan Bersatu atau United Front. Saya amat yakin dengan pendekatan united front. Malah saya penuh keyakinan - hanya dengan menggalang united front maka barulah kita akan berjaya mengalahkan virus Corona ini.
United Front ini memerlukan beberapa perkara WAJIB
1 – Wajib pertama, kerajaan yang berkuasa di Persekutuan atau Negeri hendaklah bercakap benar. Mengeluarkan kenyataan yang benar. Memberi maklumat benar. Jangan putar belit. Jangan ada gajah di belakang nyiru.
Ancaman dan menakut-nakutkan orang ramai bukan sesuatu yang bijak. Bercakap benar adalah bijak.
Kebenaran akan melahirkan keyakinan orang ramai. Keyakinan orang ramai ini amat-amat penting pada ketika ini. Dengan keyakinan dan kepercayaan orang ramai kepada kerajaan, maka arahan kerajaan senang dipatuhi.
2 – Wajib kedua ialah semua parti politik perlu menanggalkan baju politik mereka untuk menjadi warga Malaysia. Pemimpin parti politik – dari pihak kerajaan dan pembangkang perlu mengelakkan dari membuat kenyataan yang memperlekeh musuh politik.
Jangan ada niat untuk ‘tunjuk pandai – tunjuk bijak’ ketika melawan virus ini. Dalam suasana memerangi virus ini rakyat tidak perlu politikus. Rakyat mahu politikus jangan berpolitik, tapi bersatu memimpin orang ramai melawan virus ini hingga tumpas. Rakyat mahu kehidupan mereka dikembalikan saperti sedia kala.
3 - Wajib disedari semua kenyataan yang kurang arif , kurang bijak dan tidak ilmiah dari pimpinan parti, dari menteri, pegawai kerajaan, dari ketua agama, NGO atau sosok pembuat pandangan akan mengelirukan orang ramai. Perkara yang tidak betul jangan dilakukan. Perkara yang tidak diketahui, tidak arif jangan dilaporkan.
4 - Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan tidak perlu melakukan aksi politik. Tindakan politik pada ketika ini wajib dihentikan. Contohnya tidak perlu diganti ahli majlis, buang ketua kampong dan sebagainya. Kita tangguhkan semua ini.
Politikus sila tangguhkan berpolitik. Hakikatnya pada ketika ini jauhkan dari tindakan politik yang akan melahirkan pergesaran.
5 – Wajib lima – kita semua warga Malaysia – tua muda jantan betina miskin kaya – anak semua bangsa – bangsa semua agama sedang berhadapan dengan musuh yang satu. Justeru pendekatan menggalang barisan bersatu yang ampoh adalah kewajipan kita bersama.
Dalam perang kita mendirikan united front. Kita mendobrak satu musuh yang sama.
Rakyat Malaysia – anak semua bangsa sedang diduga. Dalam perang melawan virus ini, akan lahir kehodohan manusia. Dalam perang ini juga akan lahir keindahan kemanusian. Selamat berkhalwat. Amin.
Hishamuddin Rais
Le Chateau
Lorong Syed Putra Kiri
---------------