Rabu, 6 Mei 2020

SEMUANYA BERMULA DISINI







SEMUA NYA 

BERMULA DI SINI



MERAKAM SEJARAH





MALAYSIA KITA PASCA KOBID






MALAYSIA KITA

PASCA KOBID


NEGARA KITA HADAPI
TIGA MASALAH BESAR

1 - KERAJAAN PN TIDAK STABIL
2 - HARGA MINYAK MENTAH JATUH
3 - SERANGAN KOBID

SEMUA INI MEMBAWA
TIDAK TENTU ARAH
POLITIK EKONOMI
MALAYSIA

KINI BANYAK KILANG TERHENTI
KINI RAMAI BURUH HILANG KERJA
BANYAK PENIAGA KECIL
TIDAK BERDAFTAR
HILANG MATA PENCARIAN

INI DIBURUKKAN
DENGAN KEJATUHAN
HARGA MINYAK MENTAH
MINYAK MENTAH
MATA PENCARIAN NEGARA
BUJET NEGARA 
DATANG DARI JUAL 
MINYAK MENTAH
SEMUA INI BERTAMBAH
BURUK DENGAN
KRISIS POLITIK
YANG BERTERUSAN
YANG BELUM SELESAI

PASCA KOBID
APA AKAN JADI 

PERSOALAN NASIONAL
BELUM SELESAI
MELAYU TAK SUKA CHINA
MELAYU TAK SUKA PENDATANG
SIKAP INI MAKAN TERSERLAH


SEMUA INI ADALAH KIMIA
UNTUK MELEDAK
VIRUS KARONA ADALAH
SUMBU LEDAKAN
AMIN

PKP - BERSYARAT





AWAS

MKN akan kaji semula SOP dan ketatkan peraturan, kata menteri



Rakyat Malaysia teruskan tabiat baharu selepas PKP, kata tinjauan




R&R ditutup untuk kegunaan perjalanan rentas negeri, kata Ismail Sabri




JAGA

JAGA

BERBUKA HARI KE 13





POSO  KE 13

HARI INI AGAK PANAS
TAPI POSO
MASIH SANTAI
BUKAN PANAS SANGAT
ANGIN BERTIUP

PETANG INI
HARI KE 3 PKPB
GUA NAK KE BRICKFEILD
NAK CUBA LIHAT
WILAYAH YANG HAMPIR
DUA BULAN GUA 
TAK LIHAT

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT

BERITA BAIK UNTUK UMAT MANUSIA






BERITA BAIK

UNTUK

UMAT MANUSIA


Moody memberikan takrif  Saudi Arabia negatif dan tidak stabil


1 Mei (Reuters) - Perkhidmatan Pelabur Moody's memberi takrifn Arab Saudi menjadi "negatif" dari "stabil" pada hari Jumaat, dengan alasan risiko fiskal yang lebih tinggi bagi negara Teluk akibat kejatuhan harga minyak, dan ketidakpastian mengenai kemampuan pemerintah Arab Saudi untuk mengimbangi kerugian hasil minyak dan menstabilkan hutangnya dalam jangka masa sederhana.

Walau bagaimanapun, agensi penarifan mengesahkan penarifan kredit berdaulat di "A1", dengan menyebutkan neraca pemerintah Arab Saudi "masih agak kuat, walaupun merosot", tahap hutang sederhana dan penyangga kecairan fiskal dan luaran yang besar.

Permintaan bahan bakar global merosot sepertiga disebabkan oleh penutupan dan penutupan perniagaan yang berkaitan dengan coronavirus.

"Rancangan untuk mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dari minyak dapat meningkatkan potensi pertumbuhan jangka menengah hingga panjang negara itu," kata Moody dalam satu kenyataan.


LAGI CEPAT

SAUDI LINGKUP

LAGI SELAMAT

DUNIA

PENYOKONG 

KUAT SAUDI

AMERIKA JUGA

SEDANG NAZAK

APAKAH PERANG

AKAN PECAH?

TANYO JANGAN MARAH




BERAPO ARI

LAIEE
SAJO TANYO

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

PASCA KOBID






PASCA KOBID

BERSEDIA

HARI INI DATA MENUNJUKKAN
40 JUTA WARGA AMERIKA 
HILANG KERJA
MEREKA ADALAH KONSUMER
PALING PENTING MENGERAK
EKONOMI DUNIA

BILA KONSUMER TAK ADA
MAKA CHINA MERAH
NEGARA PEMBUAT
TIDAK ADA  PASARAN
KILANG DI CHINA MERAH
TERHENTI

DUA EKONOMI DUNIA INI
AMERIKA DAN CHINA
AMAT PENTING SEBAGAI
PENGGERAK EKONOMI KAPITALIS

BILA KILANG PEMBUAT 
DI CHINA MERAH TERHENTI
MAKA
CHINA TIDAK IMPOT
 BAHAN  MENTAH
DARI NEGARA ASIA AFRIKA
YANG LAIN 

AKIBATNYA
EKONOMI NEGARA LAIN
JADI HANCUR

NEGARA EROPAH 
BUKAN KONSUMER TERBESAR
SAPERTI AMERIKA
KINI JUGA SEDANG NAZAK

PASCA KOBID
SEMUA TERHENTI

APA AKAN JADI?

APAKAH PERAG DUNIA
AKAN PECAH
SAPERTI PASCA
ZAMAN MELESET 1930
THE GREAT DEPRESSION


BUKAN RINDU GUMBIRA






BUKAN RINDU

GUMBIRA
abam yg ambii tindakan kat parti dia TT yg beratib kah kah kah apa masalahnya TT? parti abam kan dah jadi pembangkang kuat ke, lemah ke apa yg TT nak amek tahu? rindu kena main belakang dgn abam ke 
kah kah kah 
on 
PKR LAGI KUAT
 BILA AHLI KUREENG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/05/20

Ba

PENYAKIT CORNERDUIT





BUKAN CONDUIT

PENYAKIT 

CORNERDUIT

Ketua Pengarah KKM bersama2 doktor dan kakitangan kementrian bertungkus lumus bekerja 24 jam untuk menyelamatkan pesakit dengan risiko pada diri sendiri dan klrga, depa senang2 ambil kesempatan sedut duit. 
Tukar kerajaan atau tak tukar kerajaan, penyakit cornerduit nie berjangkit dari zaman firaun sampai sekarang. Memang takde vaccine punya. 
on 
SYARIKAT
 CUKONG ATAU KRONI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/05/20

K

NERAKA INI APA







 MASUK

        Naraka 

          (नरक)

Setan terbelenggu tu maksudnya bila kamu puasa, kamu tak buat kerja setan. Kamu tahan diri dari buat dosa menyetan. Bukan setan kena ikat kat pokok rambutan. 
Kalau kamu tidak buat kerja menyetan sepanjang hidup, kamu akan masuk syurga. Kalau kamu memerlekeh dosa yg kamu kamu sepanjang nafas kamu hidup, confirm kamu masuk neraka. 
on 
POSA DOSA 
BIDADARI
 KONSEP SAPA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 06/05/20

TT....

CINA TAK LAYAK DAPAT KONTREK






CINA TAK LAYAK

DAPAT KONTREK
Pukrak mukrak punyer PN, company x ckup syarat,tokey cina property developer xde track record bisnes medical dpt projek 30 juta,dpt drp kerajaan melayu islam. Punyer le byk compny bumiputra yg layak, cina gak dpt. Buto hang la yiddin.fak of 
on 
DUIT KOPI
Publish | Delete | Spam
yeop_sepet
on 06/05/20

Yoe

KERJA BANGLA SESAT





KERJA 

BANGLA SESAT

ini mesti kerja projek Rohingya, kah kah kah bukan kerja orang kita, bukan bukan kerja orang syumul, bukan kerja orang islang melayang, bukan kerja kopiah, bukan kerja baju melayu, ini mesti kerja Bangla sesat, kah kah kah mesti kafir Harbi punya kerja, mesti makan babi bakar 
kah kah kah 
kalau bab pau pau pau rasuah rasuah orang kita number uno in the world, sebab apa sebab apa pasal tauke songlap terpopular terbanyak termasyhur di dunia ialah bossku yang mulia syumul bibir merah kah kah kah mampoosss 
on 
NAFEE LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/05/20

aba

MERAKAM SEJARAH - XENOPHOBIA OH ROHINGYA









MERAKAM SEJARAH

XENOPHOBIA OH ROHINGYA

Ketika saya menulis ini Senin – 4/5/2020  PKP telah menjadi PKPB : Perentah Kawalan Pergerakan bertukar menjadi Perentah Kawalan Pergerakan Bersyarat.  Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kelonggaran PKP pada Jumaat Hari Buruh yang lalu.  Kini telah ada kelonggaran  perentah berkurung tapi dengan bersyarat. 

Apa syarat yang dimaktub dalam PKPB saya kurang arif. Untuk pengetahuan teperinci sila rujuk dengan Majlis Keselamatan Negara.  Apa yang saya tahu  dan sedang saya amalkan ialah saya akan terus  menjauhkan diri dari orang ramai. Ertinya saya masih berkhalwat. Amin

Sayugia saya beritahu disini  bukan saya seorang sahaja  yang terus ingin  terus berkhalwat. Anak semua bangsa  - dan bangsa semua agama dari  -  Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sabah , Sarawak dan Pahang ingin terus berkhalwat. Ini dibuktikan  dengan keengganan tujuh Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk akur dengan  arahan  PKPB  Muhyiddin Yassin.

Tujuh negeri ini bermakna lebih dari 60 peratus warga negara kita ini enggan patuh dengan PKPB.  Orang ramai merasa was was tentang arahan ini.  Saya faham kenapa ini berlaku.

Pada awalnya polis , askar , tangkapan dan mahkamah telah digunakan untuk  memaksa warga duduk dirumah.  Menteri dan YB  termasuk  anak  menantu bekas  Menteri  telah  dikutuk dan dimaki hamun oleh orang ramai kerana ingkar arahan PKP.  Hasilnya orang ramai telah akur menerima arahan awal  ini untuk keselamatan diri. Orang ramai sedar akan bahaya Karona.  Tata cara dan peraturan PKP masuk akal.

Tetiba PKPB sampai. Semua menjadi longgar. Tetapi ketakutan masih ada. Bukan takut pada polis  Hakikatnya lebih 60 peratus anak semua bangsa  masih merasa gentar  dan takut dengan  Karona. Justeru   tujuh buah negeri enggan patuh dan  tidak yakin dengan arahan PM.

Dalam politik apa maknanya ini ?

Maaf tulisan saya minggu ini bukan cuba merungkai dan menganalisa sokongan orang ramai terhadap kerjaan Perikatan Nasional. Ini memerlukan tulisan yang lain. Mukadimah saya diatas hanya bertujuan untuk merakam sejarah tentang peralihan PKP kepada PKPB.

Tulisan kali ini bertujuan membuka  perbincangan dan pencerahan tentang Rohingya. Maaf.  Jangan salah tafsir. Bukan tentang Rohingya Rohingya. Rohingya  dalam analisa saya hanyalah manifestasi.  Ada satu yang lebih besar  yang perlu dicerahkan. Ada bas dibelakang Kancil. Ada inti daging dalam dalam kueh pau.  Ada yang tersorok dan terbenam yang perlu dicungkil dan dikupas.

Pekara ini ialah xenophobia. Ejaan perkataan ini membuktikan bahawa ianya  bukan berasal usul dari Tanah Melayu.  Bunyinya zeno pobia. Perkataan ini berasal dari  bahasa Greek. Xeno  bermakna orang asing. Phobia bermakna benci takut. Xenophobia benci dan takut pada orang asing.

Justeru xenophobia ini adalah sikap.  Sikap benci pada orang  asing. Tak suka orang asing. Tak minat orang asing. Asing ini maknanya bukan dari kelompok bangsa dan budaya yang sama.  Yang asing dan yang lain – the other. Bukan orang kita.

Dari mana  munculnya sikap ini. Sikap dan tingkah lalu dan adab tutur kata  bukan wujud  dengan sendirinya. Sikap adalah sebahagain dari pandangan dunia seseorang. Pandangan dunia ini  tidak wujud dalam ruang kosong. Ada sebab. Ada musabab. Ada penyebab.  

Sikap xenophobia  ini  dimiliki oleh anak pelbagai  bangsa dari pelbagai negara.  Ianya bukan hak monopoli satu bangsa, satu kaum atau satu negara.  Dimana-mana pun dalam dunia ini sikap xenophobia  wujud. Melayu ada sikap xenophobia. China ada sikap xenophoba. India pun ada.  Umat mansia dalam dunia ini ada memiliki sikap ini. Sikap ini terpendam gelap.  Xenophobia  akan muncul bila  suhu dan suasana tepat.  Saperti virus Karona  yang akan menyerang apabila suhu iklim   tepat dan  betul mucul.

Stesen Tv Al-Jazeera  pada  17 September 2017 telah melaporkan bagaimana warga Afrika Selatan telah menbelasah  orang asing dari Nigeria. Dilaporkan seramai 12 orang warga Nigeria telah dibunuh mati. Ini orang kulit hitam bunuh orang kulit hitam i.e negro bunuh negro.  Apa yang berlaku tidak ada kaitan  dengan  rasisma kulit puteh.

Di Amerika suasana  dan iklim xenophobia sedang subur.  Sikap ini memang  telah lama terpendam. Ianya menjadi subur kerana suasana basah dari percikan air liur penghuni Rumah Puteh yang bernama Trump.   Di Amerika sikap benci  dengan orang asing i. e pendatang semakin menjadi jadi.

Kempen Trump mahu mendirikan tembok untuk menghalang  kemasukan pendatang haram dari Latin Amerika amat popular dikalangan  kelas buruh di Amerika. Kempen Trump mahu nyahkan  semua pendatang haram kini satu slogan politik yang berjaya.

Di Amerika ada banyak jalur kanan – pandangan dunia kanan. Kita sering mendengar Ku Kluk Klan (KKK)  yang diwujudkan pada tahun 1865. Kumpulan ini lahir dari suasana  era pasca Perang Saudara Amerika (1861-1865). Pembebaskana  hamba abdi  menjadi pemangkin  kelahiran KKK. Kumpulan ini menetang pembebasan hamba abdi.  Hingga ke hari ini  ajenda Perang Saudara ini masih belum selesai pada tafsiran beberpa kumpulan kanan.

Pada 5 April 2020 yang baru lalu mengikut laporan  akhbar The Guardian London  satu kumpulan yang memanggil diri mereka  The Boog telah keluar berdemo dengan membawa senjata. Mereka tidak mahu berkurung menentang Covid-19.   Pada 1 Mei yang lalu di Michigan jaringan kumpulan yang sama telah keluar bedemo  di Dewan Undangan menuntut ahli majlis memansukan arahan PKB. 

The Boog sedang bersiap sedia dengan senjata untuk memerangi orang luar. Meghalau pendatng haram. Jika mereka degil M16 mereka akan mempercikkan air talkin.

Babak politik Brexit di Britain juga adalah manifestasi dari pandangan dunia yang sama – menolak pendatang asing.  Penyokong Brexit berpendapat apabila UK keluar dari Kesatuan Eropah bermakna  pedatang asing  dari negara Eropah yang lain tidak boleh sawenang-wenang meloroh masuk mencari kerja di United Kingdom.

Apa sangkuat paut semua ini dengan Rohingya?


Biar saya ingatkan kepada kumpulan Melayu yang mudah lupa bahawa Rohingya ini pernah menjadi  raison d’etre antara parti Islam Pas dengan United Malays National Organistion.  Atau untuk lebih senang difaham, lebih afdal lagi soheh jika  saya nyatakan bahawa  Rohingya ini adalah satu apps  mencari pasangan. Si  Rohingya ini adalah Tinder , Grindr atau Omi Chat untuk mempertemukan    Parti Islam Pas dan United Malays National Organistion.

Jangan lupa sabelum ini Parti Islam dan United Malaya  National Organisation bermusuhan. Kapir mengkapir.   Melalui apps Rohingya dua musuh lama  ini berkenalan. Parti Ketuanan Melayu dan Parti Islam Arab ini bersegama  dalam Mufakat Nasional. Siapa Tok Kadinya? Ingat atau tidak?

Ajensi Bernama telah melaporkan  pada  4 Disember 2016 Najib dan Hadi telah duduk bersanding dipelamin bersolidariti dengan Rohingya. Sah dan soheh dua parti ini berjaya bersegama melalui apps Rohingya. Dan Tok Kadi pun Rohingya.

Rohingya oh Rohingya – kamu  menjadi  teater lakonan  solidariti Islam. Apps Rohingya  telah mempertemukan Parti Ketuanan Melayu  dengan Parti  Ketuanan Arab.


Sayugia dingatkan bahawa pada satu ketika dulu parti   Ketuanan Melayu ini dianggap kafir oleh Parti Ketuanan Arab  kerana  berkongsi makan  gulai kawah  yang ada termasuk  sekutul daging babi. Daging babi ini mengikut pandangan Parti Ketuanan Arab  ialah  Malaysian Chinese Association  yang berada dalam kawah Barisan Nasioaal. Amin. 

Jeng jeng jeng - saperti   perangai semua pengantin baru lepas kahwin terus  ke ranjang. Pengantin lupa Tok Kadi. Apps terus dibuang dan dilupakan.  Siapa yang belum kahwin pasti tak arif nikmat diranjang. Parti Ketuanan Arab masuk ke rajang Perikatan  Nasional.  Baik punya ketat. Sendat lagi rapat  mendapat kerusi empok Menteri.

Sedang enak bersegama dengan kerusi Menteri tetiba  Tok Kadi muncul kembali. Kali ini dalam  sebuah kapal dengan ratusan orang pelarian. Orang pelarian Rohingya ini cuba  mendarat di Langkawi untuk mencari perlindungan. Mereka diberi pertolongan. Di berikan makanan.  Kemudan perahu Rohingya ini  ditarik masuk ke parairan antarabangsa.

Jeng jeng jeng.  Tok Kadi Rohingya  sudah dilupakan.  Solidari Rohingya tercampak ke dinding. Tuan Haji Hadi Awang hilang  kuah… oppss silap…  hilang ukwah Islam.  Orang pelarian Rohingya tidak dibenarkan mendarat.
Heboh heboh heboh. Semua nak bercakap tentang Rohingya. Tetiba  Rohingya  dilihat cool. NGO yang mendapat dana dari luar negara pun mula berkokok. Kokok NGO memeriahkan lagi suasana. Ini  ditambah pula dengan aji no moto dari parti lawan  yang  memperlekeh ulamak yang bernama Tuan Haji Hadi Awang. Kah kah kah.

Maka Hadi Awang menjadi kelam kabut. Mencari ayat untuk bersilat lidah agar terus   dilihat sebagai contoh alim ulama  yang berilmu bukan hanya  banyak bini.

“Kita perlu membuat perhitungan secara bijak, kerana dalam kalangan Rohingya ada yang benar-benar berjuang, maka wajib disokong perjuangan mereka untuk menuntut hak kemanusiaan, kerakyatan dan beragama,” tegasnya.

Menurut Abdul Hadi, ada juga kumpulan yang tidak peduli dengan apa yang berlaku, hanya sekadar mahu menyelamatkan diri sahaja. 
“Bahkan ada juga yang mencari kesempatan sehingga menimbulkan masalah sosial dan keselamatan kepada negara penerima.”
Kata-kata  Haji Hadi ini saya pungut dari Portal Suara Sarawak  keluaran  27 April 2020 yang lalu.

Apa tujuan saya memaparkan semua ini?

Tujuan saya ialah untuk membuktikan bahawa rasa xenophobia itu wujud  dalam sanubari umat manusia. Sama ada kamu alim, kamu ulamak, kamu Islam , kamu Hindu, kamu Kristian atau apa sahaja – sikap xenophobia ini wujud.

Masa dan ketika akan menentukan.

Dalam perang, dalam pertempuaran ada tiga pekara akan lahir. Pertama kepimpinan. Kedua kemanusian. Ketika kebinatangan. 

Pada ketika ini kita semua  sedang bertempur dengan virus Karona. Virus ini sedang menduga  kita sesama kita. Virus ini boleh menyerlahkan kemanusiaan kita saperti yang dilakukan oleh barisan hadapan – para jururawat, para doctor ,  pihak hospital, PDRM, askar di jalan raya termasuk kumpulan NGO dan individu yang menyumbang dana dan makanan. Krisis Cobid-19 menduga kemanusiaan kita.

Serangan Karona ini  akan juga berupaya mengoyakkan ,meruntuhkan dan membogelkan segala topeng yang kita pakai selama ini. Topeng agama , topeng status, topeng menteri , topeng kedudukan  akan koyak terbarai hasil  serangan Cobid-19

Heboh-heboh Rohingya ini jelas  hanya manifestasi. Apakah Tuan Haji Hadi Awang ini bersikap  xenophobia?  Kenapa xenophobia  muncul.   Dari mana sikap  ini datang?  Manifestasi ini apa induknnya? Untuk pencerahan lanjut tunggu minggu hadapan. (TT)



DUIT KOPI







DUIT KOPI

Aplikasi formula Pendikar Sahamboi dlm filem Kanchan Tirana: Misalnye di KL ada 2juta ekor Pendatang, katakang 1juta ekor bagi DUIT KOPI RM50 sebulang kepada 5OO ekor Pendekar Sahamboi ..
maka setiap ekor Pendikar Sahamboi NERIMA RM1OO,OOO sebulan. Betul lah kata Pendikar Sahamboi ..kalau Aku berhenti makan Duit Kopi, alamat tak makan lah aku. 
on 
SATU PENGAJARAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 05/05/20

K

BARISAN HADAPAN BANGUN MELAWAN





DAPUR JALANAN

MELAWAN KOBID

BARISAN HADAPAN

Aktiviti Dapur Jalanan KL minggu lepas

1 - Penyediaan 2000 bungkusan barangan dapur bersama
 LIGA RAKAYAT DEMOKRATIK & BUKU JALANAN CHOWKIT, TENAGANITA & RFTR

Pengagihan untuk komuniti migran / refugee / 
OKU / B40 / Miskin Kota 
di sekitar Lembah Klang & kaum tani / 
nelayan di Tanjung Karang


2 - Pengagihan makanan untuk miskin kota 
di sekitar KL Jalan Panggung
Menu Nasi Putih Ayam Masak Padprik

NASI PANGGUNG 
PETANG AHAD LALU


MEMASAK HINGGA 
MASUK KE RUANG TAMU


AYAM PAPRIK


TUNGGU VAN
KE JALAN PANGGUNG


BARISAN HADAPAN


TIM NASI PANGGUNG



KE LUAR KL
 MENGUMPUL MAKANAN
DI DEWAN CHINA KL


BAHAN MAKANAN
TERKUMPUL


LORI ANGKUT BARANG
UNTUK TANI / NELAYAN
TANJUNG KARANG



 WAKIL NELAYAN 
TANJUNG KARANG



TERUSKAN PERJUANGAN







INI KAH DIA

PKR -P ?

WADAH BARU

 SELAMATKAN

MALAYSIA

Ahli PKR dipecat akan tubuh parti baharu, kata sumber

AHLI dan pemimpin PKR yang tersingkir dari parti sedang bersiap sedia untuk menubuhkan sebuah parti baharu sebagai wadah perjuangan menuju pilihan raya umum akan datang, kata beberapa sumber.

The Malaysian Insight difahamkan kebanyakan mereka dikenakan tindakan oleh lembaga disiplin parti kerana menyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali, yang dipecat pada hujung Februari lalu.

Sementara parti ditubuhkan, jelas sumber, mereka bergerak sebagai badan masyarakat untuk terus memberi khidmat kepada rakyat.

Sumber yang juga penyelaras badan masyarakat itu memberitahu The Malaysian Insight mereka kini bergerak atas nama Penggerak Komuniti Negara dan Pemuda Negara.

“Orang pun sudah nampak gerakan kita ke arah parti, cuma kita yang tidak mengiyakan. 

“Setakat ini belum ada mesyuarat untuk pembentukan parti baharu tetapi gelombang itu sudah ada,” katanya yang berkongsi perkembangan semasa ini dengan syarat tidak dinamakan.

Azmin dipecat bersama bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin pada Februari lalu selepas terlibat mencetuskan langkah politik yang membawa kepada runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya dan tiga negeri – Johor, Melaka, dan Perak.

Azmin dan Zuraida serta lapan ahli Parlimen PKR lain yang keluar parti kini bersama Bersatu dan hampir semuanya dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri.

Kekal momentum

Sumber menjelaskan wadah sebagai badan masyarakat itu perlu untuk mengekalkan momentum hubungan mereka dengan rakyat kerana ahli PKR yang dipecat dan digantung ini terlalu ramai.

“Gerakan kami pun sudah seperti parti, walaupun nama masih NGO tetapi kami mempunyai wakil di setiap kawasan parlimen dan negeri,” katanya.

Pada Isnin, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengumumkan 348 ahli parti itu dipecat sementara 285 digantung sementara keahlian mereka.

Antara yang dipecat ialah dua wakil rakyat negeri iaitu Muhammad Jailani Khamis (Alor Gajah, Melaka) dan See Chee How (Batu Lintang, Sarawak) serta bekas naib ketua sayap pemuda Mohd Nazree Mohd Yunus dan bekas ketua penerangan sayap wanita Syarul Ema Rena Abu Samah

Sumber juga mengesahkan kepada The Malaysian Insight semua ahli PKR yang dipecat atau digantung keahliannya terkait dakwaan menyokong Azmin tidak akan menyertai parti lain dalam pentadbiran Perikatan Nasional tetapi menubuhkan parti baharu.

Sumber juga memberitahu Penggerak Komuniti Negara akan menjadi parti di bahagian sementara Pemuda Negara diserap sebagai sayap pemuda parti baharu.

“Kami sedang kumpul ahli. Realitinya di peringkat akar umbi, mereka yang dikenakan tindakan ini sedang menunggu badan masyarakat ini jadi parti politik.

“PKR sendiri pun menganggap badan masyarakat ini sebagai ancaman,” katanya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengesahkan Majlis Pimpinan PKR dalam mesyuaratnya minggu lalu membuat keputusan melarang ahli parti daripada terlibat dengan Penggerak Komuniti Negara dan Pemuda Negara.

“Pelanggaran terhadap arahan ini boleh membawa kepada tindakan disiplin diambil serta merta,” katanya, dalam notis makluman keputusan mesyuarat kepada ahli parti, yang salinannya dilihat oleh The Malaysian Insight.

Notis itu antara lain menyebut dua pertubuhan itu “ditubuhkan oleh pemimpin yang telah dipecat (dari PKR) kerana mengkhianati parti”.

Saifuddin menjelaskan dua pertubuhan itu mencetuskan suasana tidak harmoni dalam PKR kerana ditubuhkan oleh mereka yang dipecat dari parti tetapi bergerak dengan dukungan ahli parti.

Dua NGO baharu

Penggerak Komuniti Negara adalah nama baru bagi Penggerak Muafakat Nasional yang ditubuhkan oleh bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin. Zuraida dipecat bersama Azmin pada 24 Februari lalu, kerana mengkhianati parti.

Pemuda Negara pula ditubuhkan oleh Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dan bekas timbalan ketua Pemuda PKR, Muhammad Hilman Idham, yang juga Adun Gombak Setia. 

Hilman adalah setiausaha politik kepada Azmin di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Hilman dipecat dari PKR pada awal Mac, selepas Pakatan Harapan runtuh dan Perikatan Nasional jadi kerajaan baharu di Putrajaya.

Dr Afif pula adalah antara 285 ahli PKR yang digantung keahlian, yang diumumkan oleh parti semalam, dan bertegas tidak akan merayu terhadap keputusan itu.

Beliau sebelum ini menjelaskan kepada The Malaysian Insight bahawa Pemuda Negara bukan sebuah parti politik yang baharu tetapi wadah menggalakkan demokrasi dan hubungan sesama rakyat yang merentas perbezaan kaum dalam kalangan anak muda Malaysia.

Seorang pemimpin kanan PKR yang digantung memberitahu The Malaysian Insight, sekiranya parti dan lembaga disiplin tidak menerima rayuannya, beliau akan menyertai pertubuhan yang sedang digerakkan oleh bekas ahli PKR.

“Saya masih dalam PKR. Tempoh penggantungan dalam notis tidak dinyatakan. Sekiranya lama dan tiada respons, kami akan bergerak dalam NGO yang baru,” katanya, yang enggan identitinya didedahkan.

The Malaysian Insight difahamkan beberapa Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah menulis surat kepada presiden parti Anwar Ibrahim dan lembaga disiplin meminta mereka menyemak semula pemecatan beberapa ahli parti.

Sementara itu pengerusi Penggerak Komuniti Negara bagi Wilayah Persekutuan, Nor Hizwan Ahmad mengesahkan pertubuhan itu majoritinya dianggotai oleh mereka yang keluar atau dipecat dari PKR.

Hizwan adalah setiausaha politik kepada Zuraida di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau tidak menafikan kemungkinan pertubuhan itu menjelma sebagai sebuah parti politik namun buat masa ini katanya, mereka akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

“Kita tidak boleh ramal masa depan tetapi kita juga bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya.

Hizwan menjelaskan Penggerak Komuniti Negara sekarang berada di 198 kawasan Parlimen.

“Kita cuma himpunkan anggota parti yang dipecat dan yang keluar parti serta semua aktivis NGO lain untuk sediakan platform. Ia bukan badan politik,” jelasnya.

Semalam, Hizwan mengumumkan penubuhan sayap wanita badan itu yang dinamakan Penggerak Wanita Muda. Ia diketuai oleh Nurainie Haziqah yang juga Ketua Srikandi PKR.

“Kenapa takut?”

Penyelaras Pemuda Negara Selangor, Mizan Adli Mohd Noor juga tidak menolak kemungkinan badan itu akan dibentuk sebagai sebuah parti baharu.

“Jika rakyat Malaysia memberi sokongan padu pada Pemuda Negara, apa salahnya?

“Kami sentiasa bersedia (bentuk parti baharu). Kami tidak mahu lagi parti yang tidak boleh membawa suara demokrasi, yang pecat ahli.

“Di kala kita berperang dengan wabak Covid-19, mereka sibuk ganyang ahli, takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sudah hilang sokongan akar umbi,” katanya.

Mizan, yang digantung keahlian parti, adalah juga bekas pengerusi tetap Pemuda PKR yang dipecat dari jawatan menjelang kongres tahunan pada Disember lalu. Pemecatannya mencetuskan kekacauan pada hari kongres berlangsung.

“Kenapa PKR takut dengan NGO ini? Bukankah PKR parti yang kuat?,” tanyanya. – 6 Mei, 2020.

PASCA KOBID

KITA AKAN

LIHAT BANYAK

PEKARA

POLITIK HANYA

SALAH SATU

KOBID MEMBAWA

OMBAK UBAH

YG AMPOH

LAGI MEJANJIKAN

KITA TUNGGU