Jumaat, 24 Julai 2020

POLITIK TAK STABIL - KU LI







MUHYIDDIN

MAKIN GOYANG

KU LI CADANG

PRU 15

LU TAU KENAPA

KAH KAH KAH

Pilihan raya semula penyelesaian politik tidak stabil, kata Ku Li

HANYA pilihan raya semula jalan terbaik untuk menyelesaikan keadaan politik Malaysia yang tidak stabil, yang menjejaskan keyakinan pelabur, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, kerajaan yang tidak stabil dan lemah akan menyulitkan pelabur datang ke negara ini.

“Saya rasa elok kita serah mandat kepada rakyat kerana kerajaan sekarang ini tidak begitu kuat, tak stabil, masih lemah.

“Kita nak tarik sekurang-kurangnya pelabur datang ke mari kerana pengangguran kian meningkat,” katanya, seperti dipetik Astro Awani di Gua Musang.

Tengku Razaleigh yang juga pengerusi jemaah penasihat Umno berkata pada masa ini hampir sejuta rakyat Malaysia menganggur dan jumlah itu dijangka bertambah menjadi 2 juta orang pada Oktober nanti. 

“Jadi, apakah kita hendak tunggu segala-galanya menjadi buruk baru nak mengadakan pilihan raya? Itu persoalan yang besar,” tanyanya.

Bagaimanapun katanya terpulang kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) menentukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Mandat Parlimen ke-14 dijadual berakhir pada 15 Julai 2023.

PN mengambil alih pentadbiran di Putrajaya, dan kemudiannya di empat negeri, selepas Pakatan Harapan (PH) hilang majoriti di Dewan Rakyat pada hujung Februari lalu.

Muhyiddin ketika itu membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan, sementara pada hari sama, Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri.

Pada hari itu juga beberapa ahli Parlimen PKR dipecat dan keluar parti, menyebabkan pentadbiran PH runtuh tidak sampai dua tahun jadi kerajaan.

Minggu lalu, bekas timbalan menteri kewangan Johari Abdul Ghani juga memberi ingatan kerajaan yang tidak stabil akan menyukarkan Malaysian menarik pelaburan asing, terutama ketika semua negara serantau juga agresif cuba memulihkan ekonomi kesan pandemik Covid-19.

Pada pertengahan Jun lalu, media melaporkan Muhyiddin bercadang mengadakan pilihan raya lebih awal tahun ini untuk menamatkan keraguan mengenai mandat pentadbirannya.

Muhyiddin kini mempunyai majoriti tipis lebih dua atau tiga kerusi daripada majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi. – 24 Julai, 2020.

KU LI 

CALON TETAP 

PRESIDEN UMNO

MERANGKAP

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

SUDAH NAIK

SYIOK 

MULA STIM

KAH KAH KAH

MERASA 

MASANYA TELAH

SAMPAI

CALON TETAP PM

INI DINOBATKAN

SEBAGAI

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH

NAJIB BOCORKAN RAHSIA FAKTA YANG BENAR




KEBENARAN 

RAHSIA APA?

YA AMPOON

ADAKAH NAJIB

ANAK SARIMAH

YA AMPOON


‘Kebenaran akan dibuktikan akhirnya’ – Najib


KUALA LUMPUR – Najib  akan menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan berikutan perintah Mahkamah Tinggi hari ini supaya membayar cukai pendapatan tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebenarnya beliau bukan diarahkan hakim untuk membayar cukai tetapi hakim memberi penghakiman terus (summary judgement) kepada LHDN untuk meneruskan tuntutan mereka terhadapnya.

Menurutnya, penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan tanpa melalui perbicaraan penuh, iaitu antaranya tanpa mendengar keterangan saksi

“Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila kita menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatanhari nanti,” katanya dalam hantaran pada laman Facebooknya sambil menambah  LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan.


BUKAN KES

SARIMAH

KENA SCARABO

AMIN

RAHSIA FAKTA

 DIMANA NAJIB

CURI DUIT

SELAMA INI

AMIN

YANG INI

SATU DUNIA

UDAH TAHU 

YA AMPOOON

KEMARAHAN SEORANG ULAR MAK






ULAR MAK

MARAH


Kalau dah guru pun pijak gambar pemimpin....


ULAR MAK INI

MARAH 

KERAJAAN

HARAM  IMPOT

FILEM  GERMAN

AMIN

SEBUT NAMA RESTORAN ITU









CILAKAK

GUA DAH KATA

SEBUT NAMA

RESTORAN

YANG ADA

VIRUS KOBID

DALAM MEDIA

SEBAB

DI BRICKFILEDS

ADA BERPULUH

RESTORAN

Little India dipulau selepas pecah berita Covid-19 di Brickfields

BERITA meledaknya kes jangkitan Covid-19 Brickfields memberikan kesan besar kepada peniaga Little India yang terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan di Kuala Lumpur itu.

Ada peniaga di Little India mendakwa perniagaan mereka terjejas sehingga 80% sejak berita mengenai wujudnya kes jangkitan berlaku 1.5 km jauhnya daripada kawasan perniagaan itu.

Mereka bimbang perniagaan di Little India- terdiri daripada restoran, pakaian India, barangan kemas dan kedai kain- akan terus terjejas disebabkan salah lapor kes berlaku di kawasan itu.

“Kami faham ada dua kes Covid-19, tetapi kami percaya ia bukan berasal dari Little India tetapi di kawasan lain Brickfields.

“Sehingga sekarang, sepanjang jalan ini, tidak ada kes Covid-19 berlaku di kedai atau pekerja,” kata jurucakap Persatuan Komuniti Niaga Brickfields Kumar Alagarsamy.

Tambahnya, perniagaan di Little India sangat mematuhi prosedur operasi standard dikeluarkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak itu.

Kesukaran mereka bermula sejak pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham pada Ahad lepas mengenai kluster baharu di Kuala Lumpur yang dikesan di sebuah restoran di Brickfields.

Daripada kluster itu, dua pekerja warga India diuji positif Covid-19 apabila 14 pekerja dan 236 pelanggan menjalani saringan.

Dr Noor Hisham bagaimanapun tidak menyebut dengan khusus kawasan atau restoran yang terlibat.

Situasi itu bertambah buruk untuk komuniti Little India, terutama dalam kalangan perniagaan makanan, apabila media melaporkannya berserta gambar dan video kawasan itu.

Kumar yang juga pengarah urusan Sri Paandi berkata, pengguna mula menjauhkan diri daripada kawasan itu sejak berita itu dilaporkan.

“Gambar dan video Little India dimasukkan dalam berita dan dalam talian, tetapi ini bukan kawasan terjejas.

“Laporan berita menyiarkan gambar yang salah. Kerana pelanggan kami dapat maklumat salah, mereka rasa tak selamat dan menjauhkan diri dari kawasan ini.”

Tambahnya, sejak kluster restoran Brickfields itu dilaporkan media, perniagaan mereka terjejas antara 60% sehingga 80%.

“Terdapat 37 kedai dan restoran di sini. Perniagaan kami akan terus terjejas sekiranya perkara ini tidak dibetulkan.

“Kami tak mahu hilang lagi ramai pelanggan.”

Kumar berkata jawatankuasa sedang berusaha menghubungi media untuk membetulkan laporan mereka.

“Kami rasa maklumat itu salah dilaporkan.”

Pemilik Seetharam Family Curry House S Mahoharan berkata Brickfields adalah kawasan yang besar dan kes Covid-19 itu tidak melibatkan mereka.

“Perniagaan kami rancak berjalan pada Ahad tetapi bila berita keluar pada Isnin, kami rugi sehingga 80%.”

Tambahnya, pada Februari, mereka sudah membelanjakan RM170,000 untuk mengubah suai dan menaik taraf restoran tetapi semuanya bertukar buruk apabila perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa pada 18 Mac.

“Sekarang kami cuba memulihkan (perniagaan), ini pula yang berlaku. Kami perlukan media untuk mengeluarkan maklumat yang tepat.” – 24 Julai, 2020.

GUA HAMPIR

TIAP MALAM

DIBRICKFIELDS

AMIN

SEKARANG 

TAKUT 

HANTU KOBID

TAK ADIL PADA

WARUNG TOMYAM

RESTORAN HUSEN

OLD TOWN 

NASI LEMAK

AYAM BELANGA

AMIN

MEDIA WAJIB

BERI LAPORAN

TUNTAS

HENTIKAN

TAJUK BERITA

ANAK DATUK

MEROGOL

KITA ADA 

987564 DATUK

YANG TELAH 

DIJUAL BELI

AMIN

ANAK DATUK 

YANG MANA

TELAH MEROGOL

PUKRAK MUKRAK




DEB BUKAN SD



D.E.B

BUKAN

S.D
DEB dasar yg sgt birjaya ..dasar serampang DUO MATO. Hasilnye ..DEB lahirkan Melayu yang bayar cukai pendapatan RM1.6 biliyun, Melayu anggap RM2 juta hanya duit poket, cipta Melayu yang Ultra Rajin kirje yang sanggup pegang 1OO jawatan ..Melayu yang hatok, nenek, anak cucu BILIYUNWAN ..Melayu yg mula kirje OPISBOI memanchot jadi taikun kereta mewah ..melayu yg birjaya nyimpan biliyun2 dgn gaji RM37,861 sebulan ..alhamdulilah. 
on 
NAJIB KAYA 
NIAGA LENDIR 
DAN LEMAK
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 23/07/20

t

NAJIB BOCORKAN RAHSIA




APA BAHAN

BUKTI ?


‘Kebenaran akan dibuktikan akhirnya’ – Najib


BERITA MENYUSUL

PUJUK UGUT PAU







PUJUK UGUT PAU

Kerajaan PN ibarat bernafas dalam lumpur, sebab itu sekarang dia sibuk pujuk sana sini, ugut orang itu, orang ini sampai ada yg buat laporan polis. Nak buat cama, ibarat kain cupul. Tarik ke atas, singkat. 
Tarik ke bawah, terus tercabut semua. Terdedahlah kemaluan, sampai nampak seluar dalam yang hitam, berlender dan koyak!!! 
on 
KERAJAAN MUHYIDDIN
 MAKIN GOYAH
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 24/07/20

Itul

INGATAN UNTUK KITA SEMUA





PERINGATAN

UNTUK KITA

SEMUA 


Kes Covid-19 akan naik mendadak dalam masa terdekat – Dr Noor Hisham


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan memberi amaran negara bakal menyaksikan peningkatan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak dalam masa terdekat sekiranya kadar kebolehjangkitan mencapai lebih 1.6.

Ketua Pengarah Kesihatannya Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu menyebabkan kebolehjangkitan kes pada 9 Julai lalu pada kadar 63 kes dan hari ini mencatat angka berganda iaitu 143 kes.
 
Katanya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kadar kebolehjangkitan atau R-naught berada pada tahp 3.55 yang bermakna seorang akan menjangkiti 3.55 orang.

“Sejak pelaksanaan PKP hingga Peirntah Kawalan Pergerakan Bersyarat contohnya, kita dapat mengurangkan R-naught berkenaan kepada kurang daripada 0.3 sahaja bermakna kita dalam fasa pemulihan sekaligus sehingga 1 Julai lalu, kes catat satu angka sehingga mencapai sifar tiga hari berturut-turut.

“Namun, setelah kita saksikan pertambahan kes baharu sekarang, kebolehjangkitan kita setakat 9 Julai menjadi 63 kes dan hari ini angka berganda sebanyak 143 kes.

“Kalau R-naught berkenaan meningkat kita bimbang semakin ramai akan dijangkiti Covid dan hari ini bacaan R-naught adalah 1.36, jadi apa yang membahayakan kita adalah ia mencapai lebih 1.6 bererti kita akan mendapatkan peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh masa terekat,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 harian di sini  petang ini.

Oleh demikian belau merayu rakyat supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan awam yang mensyaratkan tiga perkara iaitu pemakaian litupan muka, penjarakan sosial satu meter dan pencucian tangan lebih kerap menggunakan sabun atau sanitizer.

Katanya, walaupun penguatkuasaan Akta 342 hanya terlaksana mulai 1 Ogos ini, setiap warganegara Malaysia boleh mewajibkan diri dan keluarganya mematuhi kesemua tiga SOP itu.

“Kalau kita memakai litupan muka dan juga penjarakan sosial pada jarak sekurang-kurangnya 1 meter, kita boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 antara 60 dan 65 peratus.

“Jadi kedua-dua perkara ini wajib diamalkan dan penting untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19,” tegasnya.

Beliau pada masa sama mengakui sejak kebelakangan ini kes harian didapati kembali meningkat dan ada kalanya ia mencapai dua angka apabila pada 1 Julai 2020, 15 kluster baharu dilaporkan berkemungkinan disebabkan ketidakpatuhan orang ramai kepada arahan serta nasihat kerajaan dalam menangani wabak ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, analisis data terkini yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan dari 7 Julai 2020 hingga 20 Julai 2020, 24.8 peratus daripada jumlah individu yang diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) tidak menggunakan Home Assessment Tool iaitu penilaian kendiri setiap hari selama tempoh kuarantin di rumah iaitu selama 14 hari.

Dalam perkara tersebut katanya, setakat ini bilangan pengembara yang pulang dari luar negara Individu dalam pemantauan (PUS) yang dikehendaki menjalani HSO adalah seramai 31,674 orang.

“Manakala jumlah yang sudah tamat tempoh kuarantin adalah seramai 18,416 tetapi daripada jumlah itu 10 peratus didapati tidak menjalani saringan Covid-19 pada hari ke-13.

“Kita sudah memaklumkan kepada polis untuk tindakan tegas yang mana polis sudah memulakan pengesanan kesemua 10 peratus itu.

“Berkenaan ujian swap Covid-19 tiga hari sebelum tiba ke negara, tapi kita kini tak wajibkan jalani saringan covid tiga hari sebelum sampai di pintu masuk utama negara, tetapi bergantung kepada negara yang menetapkan peraturan itu atau pesawat dan syarikat penerbangan yang mewajibkan sebelum naik pesawat.

“Tetapi apabila tiba di pintu masuk antarabangsa negara, kita akan jalankan ujian swap RTTCR dan mereka akan dikuarantin selama 14 hari wajib di Pusat Kuarantin Institut Latihan Awam atau di hotel yang ditetapkan KKM dan sekirnya bergejala positif dan juga negatif kedua dua kes akan diasingkan di hospital,” ujar beliau. – MalaysiaGazette


AWAS

HATI

HATI

CARA MEMBACA TUKAR TIUB




CARA MEMBACA

TUKAR TIUB
SEMUA YANG DIPAPARKAN
SEMUA YANG DITULIS
SEMUA IMEJ
SEMUA GAMBAR
YANG MUNCUL DALAM TUKAR TIUB
MEMILIKI TANDA 
MEMILIKI  MAKNA

TIDAK ADA SATU PUN
YANG TERPAPAR DALAM 
TUKAR TIUB 
OMONG KOSONG

JUSTERU WAJIB INGAT
APA YANG TELAH DIBACA
APA SEDANG DIBACA
KERANA
INI MEMBAWA KEPADA
APA YANG AKAN MUNCUL
UNTUK DIBACA
AMIN

BERITA DARI JANDA BAIK






BERITA DARI

JANDA BAIK
BERITA MENULAR TENTANG
11 SOSOK 
TERMASUK DUA
WARGA ORANG  PUTEH
DIKATAKAN SESAT
DI JANDA BAIK
HINGGA KE HARI INI
HANYALAH BERITA ANGIN

HARI INI 
JUMAAAT 24/7/2020
KEADAN DI JANDA BAIK
CERAH DAN LUMAYAN
HANYA AIR SUNGAI
AGAK KEROH
ARUS LAJU
KERANA HUJAN
AMIN

DUIT CELAH BETIK BIK MAMA




DUIT CELAH

BETIK BIK MAMA
Bodo tt.. takat 1.6 tu... ekelehh.. celah pelipat je tu... Ciputtt... Esok kompom dia bayar... Tak pun kak mah bayarkn... Ko sembang ape... penyamun kaye tu... 
on 
MADEY 
FITNAH NAJIB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 22/07/20

A

OMBAK KEDUA SAMPAI






OMBAK KEDUA

MULA SAMPAI


Kes Covid-19 mungkin naik mendadak jika R0 lebih 1.6, kata KP Kesihatan


MALAYSIA mungkin berdepan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dalam tempoh terdekat jika kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) naik lebih 1.6.

Semasa menyatakan kebimbangan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika ini kadar R0 telah naik kepada 1.36 berbanding 0.3 ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lepas.

Jelasnya, kenaikan nilai R0 berlaku susulan peningkatan kes dan pengesanan beberapa kluster baharu, baru-baru ini.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kes pada 9 Julai adalah 63 kes dan hari ini pertambahan 143 kes kebolehjangkitan, iaitu berganda.

“Kalau R-naught (R0) kita meningkat, kita bimbang ini bererti semakin ramai akan dijangkiti. Apa yang membahayakan kita adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6,” katanya pada sidang media hari ini.

Justeru, beliau merayu kepada rakyat Malaysia supaya terus mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang  ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hanya ada tiga perkara perlu laksanakan iaitu penjarakan sosial satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap mencuci tangan dengan sabun atau sanitiser,” katanya.

Mengenai keputusan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka ketika berada dalam pengangkutan awam dan tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos ini, Dr Noor Hisham menyeru agar rakyat segera mengamalkan pemakaian alat pelindung itu tanpa menunggu tarikh penguatkuasaan.

“Walaupun arahan mewajibkan pakai pelitup separuh muka berkuat kuasa 1 Ogos, tapi kita boleh wajibkan diri kita, keluarga kita untuk memakainya lebih awal,” katanya.

Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa pemakaian pelitup separuh muka boleh mengurangkan hingga 60 peratus potensi jangkitan Covid-19 dan penjarakan sosial satu meter pula hampir 70 peratus. – Bernama, 23 Julai, 2020


WAJIB TERUS

BERHATI HATI

AWAS 

PUTUH SOP

AMIN

KERAJAAN MUHYIDDIN MAKIN GOYAH





HARI INI

JUMAAAT

HILANG  SATU UNDI

SENIN SATU

LAGI HILANG

APA AKAN JADI

KHALAS


Mahkamah tolak permohonan Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan untuk dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram dan beri penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusn dibuat oleh Hakim Azman Ahmad yang mendapati pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pontian itu tidak ada cacat dan berasas.

Ahli Parlimen Pontian itu pada 21 Januari lalu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengiystiharkan wang bernilai RM2 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.



KERAJAAN PN

SEDANG 

BERNAFAS

 DALAM LUMPUR

AMIN

PILIH PEMIMPIN TAK PAKAI TOPENG AGAMA





PILIH PEMIMPIN 

TAK PAKAI

TOPENG AGAMA
YB Calvin Chong siang malam dipujuk rayu dgn janji manis samada melalui telefon atau datang sendiri bersemuka, sehingga dia bosan dan buat laporan polis. Harap dia tak ditangkap.polis atas tuduhan buat laporan pelesu pulak! 

 Lain pula kesnya dgn YB. Syed Saddiq. Siang malam, termasuk waktu sidang Parlimen, dia dipanggil MACC ke ibu pejabatnya. Disoslsiasat sampai 11 jam mengalahkan agen Potpot, di zaman kominis di Kemboja. Kalau iman tak kuat, memang mudah mengaku kalah.
 Begitulah seksanya hidup menjadi YB Pembangkang di zaman COVID19. YB macam nilah yg kita nak undi. Bukan jenis yang mudah istihar, saya sudah hilang kepercayaan.kpd pucuk kepimpinan!
 on
 TABEK HORMAT 
PADA ADUN BERANI
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 23/07/20

bota