Jumaat, 28 Ogos 2020

LAGU J.MIZAN AKHIR SEBELUM GUA CELAH KE GOLOK








LAGU J MIZAN 

AKHIR SEBELUM 

GUA  CELAH

NAIK SAMPAN 

DI GOLOK

SAHEH PROJEK AWAL SAILANG ANWAR






SAHEH

PROJEK AWAL

SAILANG ANWAR
tujuan utama parti pejuwang di tubuhkan adalah utk menghalang DSAI jadi pm. tun m - muhyidin sedang berlakon/main wayang kpd rakyat, salah satu hasilnya adalah mat KASI minda sonsang. tun m adalah pengkhianat sebenar, assmin semburit  - geng kartel adalah macai tun m 
on 
TERUSKAN PEJUANG
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 28/08/20

t

KAPIR SAKIT LETAK JAWATAN ISLAM SAKIT TAK NGAKU SAKIT







KAPIR SAKIT

LETAK JAWATAN

ISLAM SAKIT

TAK AKUI SAKIT

Pm jepon akan letak jawatan atas sebab kesihatan, bekas pm malaysia tidak akan letak jawatan selagi dedak rm brim masih laku.itu beza negara yang dicop sebagai negara kafir/negara bukan islam beza sekali dengan negara islam.  
sudah dijatuh hukum pon belum mahu meletak jawatan, itulah negara malaysia yang mendukung islam konon tapi menghina keturunan adam dan hawa.cina,india dan keturunan sabah dan sarawak adalah keturunan selain dari adam dan hawa???? on
 KERANA DITINDAS 
MEREKA BERRFIKIR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 16:32

Ko

KESAH ANWAR IBRAHIM LAGI







LAGI KESAH 

ANWAR IBRAHIM
Prof. Sidek Baba dibayar RM 15,000 sebulan untuk burukkan Anwar? "Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr Sidek Baba. "Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998) selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya. Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.  - Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti. Saya 
on 
BAK KUT TEE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/08/20


Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan. Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar. Sidek waktu itu Timbalan Rektor 
on 
BAK KUT TEE
Anonymous
on 25/08/20
Sambongan Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar. Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek. Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai 
on
 BAK KUT TEE
Anonymous
on 25/08/20

Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untuk Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar. Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia on 
BAK KUT TEE
Anonymous
on 25/08/20

JUAL BELI DATUK






JUAL BELI

DATUK MAKIN

RANCAK

KAH KAH KAH


Surat tular Darjah Kebesaran Perak palsu, kata SUK


SURAT “pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Perak” yang tular di media sosial adalah palsu. 

Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat tersebut yang menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri dan menafikan kandungannya. 

Sehubungan itu, Ahmad Suaidi berkata pihaknya telah membuat laporan polis semalam supaya siasatan lanjut dijalankan. 

“Pentadbiran ini turut menyeru agar mana-mana individu yang menerima surat berkenaan dapat tampil ke depan bagi membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Surat bertarikh 25 Ogos itu menyatakan bahawa penerima dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) Yang Amat Mulia Peringkat Pertama yang membawa gelaran Datuk. 

Surat turut menyatakan majlis penganugerahan akan diadakan pada 25 September ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. – Bernama, 28 Ogos, 2020.

JUAL LENDIR

LUMAYAN

TAPI JUAL

DATUK LAGI

LUMAYAN

KAH KAH KAH

DATUK DIJUAL

TIMBANG KILO

KAH KAH KAH


GUA TULIS SAMA





MINGGU INI

GUA TULIS

TENTANG SAMSENG

TAJA POLITIKUS

AMIN

TUP TUP

BEKAS KPN

PUN CAKAP 

PEKARA SAAMA

AMIN




Orang politik jadi kawan ketua sindiket, dedah Musa Hassan

Kewujudan pusat dan premis haram di negara ini didalangi sindiket yang mempunyai hubungan kawan dengan orang politik, akui bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan.

Dalam wawancara Mingguan Malaysia hari ini, KPN sejak 2006 hingga 2010 itu berkata, campur tangan orang politik berlaku kerana mereka mempunyai wang.
 
“Kadang-kadang ada campur tangan politik. Ini kerana kewujudan pusat dan premis haram seperti pelacuran, ini semua sindiket.

“Bukan orang perseorangan, sebaliknya bergerak dalam kumpulan. Mereka ada ketua.

“Ketua-ketua sindiket ini ramai kawan. Kadang-kadang kawan-kawan mereka ini terdiri daripada orang politik.

“Ini kerana mereka ini sumber kewangan. Saya cakap terus terang dalam hal ini, orang nak marahkan saya, marahlah. Sebab ini yang saya alami,” ujarnya.

Beliau sebelum ini pernah memuji ketegasan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan yang meminta orang politik tidak mencampuri kerja-kerja kepolisan berhubung penangkapan penyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
 
Mengulas lanjut, Musa memberitahu terdapat orang politik yang tidak berpuas hati dengan tindakan tegasnya sebelum ini.

“Apabila saya mengambil tindakan, segelintir orang politik marahkan saya. Pasal apa tangkap kawan dia?

“Jadi, saya kata, saya nak kuat kuasakan undang-undang. Saya tak kira kawan siapa.

“Kalau orang politik sendiri terlibat, saya akan tangkap orang politik,” tegas Musa lagi.


INI BAHAYA 

BESAR

AMIN

NANTI  BILA

CHINA MERAH

DATANG

LAGI HANCUR

TANAH MELAYU

AMIN
 

KOBIG MENGGANAS LAGI






BAHAYA LAGI

BERAWAS


Kes Covid-19 kembali catat 2 angka

KES positif Covid-19 hari ini kembali mencatat dua angka dengan 10 kes iaitu lapan kes import dan dua kes penularan dalam negara berbanding lima kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan sseorang warganegara dan tujuh bukan warganegara iaitu dari India dan Filipina.

“Daripada dua kes penularan dalam negara, satu kes melibatkan warganegara yang dikesan di Kedah daripada saringan bergejala, manakala kes bukan warganegara dikesan di Selangor iaitu kes saringan tahanan pendatang asing tanpa izin di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,306 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 151 kes.

Katanya selain itu terdapat 36 kes yang telah pulih dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,030 kes atau 97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Bernama, 28 Ogos, 2020.


SILA JANGAN

DEGIL IKUT

ARAHAN

AMIN

MANA MADEY TAHU MUHYIDDIN SAKIT KEPALA





WOIT

MANA MADEY

TAU MUHYIDIN

SAKIT KEPALA?

KAH KAH KAH

MADEY BUKA

KLINIK KE ?

KAH KAH KAH

Muhyiddin sedang pening kepala, kata Dr Mahathir

GABUNGAN Perikatan Nasional (PN) sedang mencari enam kerusi Parlimen sebagai pengganti susulan kemungkinan kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat kerana kes mahkamah mereka, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pencarian kerusi pengganti ini adalah satu daripada isu yang dihadapi perdana menteri dan ketua PN,

Muhyiddin Yassin, tulis Dr Mahathir dalam catatan di blognya baru-baru ini.

Perkara lain yang memeningkan kepala adalah kenyataan yang parti Muhyiddin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kehilangan akar umbi dan tidak akan berjaya dalam pilihan raya akan datang.

“Dalam pilihan raya umum, Bersatu tidak akan dapat sokongan Umno dan PAS, tidak juga daripada Pakatan Harapan (PH),” kata Dr Mahathir.

“Bersatu mungkin dibubar dan sertai Umno. Tamat riwayat parti yang dicuri. Pening kepala Muhyiddin. Tidak ada haluan untuk dituju. Cari sakit. Dapat sakit.”

Dr Mahathir mengasaskan Pejuang, sebuah parti terdiri daripada bekas ahli Bersatu yang menentang keputusan Muhyiddin untuk meninggalkan kerajaan PH pada akhir Februari yang menyebabkan keruntuhannya.

Bersatu kini bersama gabungan baru, PN, dengan bekas pesaing politik PAS dan Umno.

Enam ahli Parlimen Umno, yang termasuk presidennya Ahmad Zahid Hamidi (ahli Parlimen Bagan Datuk) dan pendahulunya Najib Razak (ahli Parlimen Pekan) berdepan pelbagai tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang didakwa dilakukan semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Najib bulan lalu didapati bersalah bagi kesemua tujuh pertuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 

Beliau dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. Najib sudah mengemukakan rayuan.

Mereka lain yang didakwa adalah Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahmad Maslan (Pontian), Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Ahli Parlimen secara automatik hilang kelayakan jika dihukum penjara lebih sebulan.

“Jika mereka kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat, Bersatu dan PN akan jatuh. Untuk elak dari ini berlaku, perdana menteri perlu cari ganti,” kata Dr Mahathir.

“Maka Bersatu pun gugur kedudukan sebagai parti Pribumi dan membuka keahlian kepada semua kaum. Kekalkah nama PPBM. Ini kali keempat Bersatu mungkir janji.”  – 26 Ogos, 2020.


WOIT

SAKIT KEPALA 

BERI PANADOL

KAH KAH KAH

TAK SEMBOH

POTONG LEHER

TINGGALKAN

KEPALA 

KAH KAH KAH

JAMIN BERES

AMIN

INI BERITA APA ?





APA DAN SAPA



Orang politik jadi kawan ketua sindiket, dedah Musa Hassan


BERITA MENYUSUL



KERANA DITINDAS MEREKA BERRFIKIR






DITINDAS MAKA

MEREKA BERFIKIR

betul dunia hari ini dikuasai komunis. tapi kenapa komunis macam kau selalu fikir diri diri anti establishment. Sedangkan komunis (haluan kiri) adalah establishment... ! tak percaya? di barat kalau kutuk LBGT boleh kena buang kerja! di university buku2 dipenuhi tokoh haluan kiri! 
pensyarah univeristy, journalists kebanyakan berhaluan kiri! sampai ke sektor korporat pun ada marxists yang berkuasa! kalau betul2 nak jadi anti establishment dan counterculture ikut haluan kanan! Einstein bijak tapi tak semestinya dia tak boleh silap.. contoh, dia puji Lenin.. sedangkan Lenin seorang pembunuh 
on 
DUNIA DITERAJU 
OLEH 3 KUMPULAN
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 28/08/20

Sa

BERAT INI BERAT






INI BERAT

AMAT BERAT

Mukhriz sahkan anak dan menantu ditahan polis

SLIM RIVER –  Mukhriz Mahathir mengesahkan anak dan menantu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kelab malam dan dibawa ke balai polis baru-baru ini.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, insiden itu amat mengecewakannya kerana beliau sudah berpesan kepada ahli keluarga untuk menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.


INI MASALAH

POLITIKUS

ADA MENTERI

LANGGAR PKP

AMIN

ADA YB

NASEHAT RAKYAT

TAPI ANAK

MENANTU 

TAK DENGAR

NASEHAT

AMIN

NI PASAL 

NEGARA TERUS

PORAK PERANDA

AMIN

DOKTOR KATA MUHYIDDIN PENING KEPALA





BETUL KE

KEPALA SAKIT

Muhyiddin sedang pening kepala, kata Dr Mahathir


BERITA MENYUSUL



TERIMA KASEH RONALD REAGAN







TERIMA KASEH

RONALD REAGAN

BEBASKAN 

INTERNET

SEKARANG  

BANI MELAYU

MULA SEDAR 

SELAMA INI

DITIPU TOK ARAB
isham rais pertahan geng sufi dan syiah... dia suka bila ajaran sesat wujud dalam islam.. ajaran sesat dengan cult leader mursyid tariqat ini penyebab orang pandang serong dengan islam... sebab itu orang macam isham benci islam.. sebab ramai yang buat benda yang terkeluar dari ajaran islam tapi mengaku islam.. tapi orang macam ini juga yang isham rais pertahankan... sebab isham rais islam hater. on 
TENGKIU 
RONALD REAGAN
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 27/08/20

PUNCA SOKONGAN POLITIK UNDI





PUNCA SOKONGAN 

POLITIK UNDI



Pada 9 Mei 2018 Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional yang dikepali oleh gerombolan United Malays National Organisation hilang kuasa. Kuasa baru kini  dimiliki oleh  Pakatan Harapan.  Pada 17 Mei -  dua minggu sesudah kemenangan   Pakatan Harapan  bulan puasa sampai.

Pelik tetapi benar dalam minggu  kedua bulan puasa   tahun 2018 saya telah mendapat  jemputan berbuka puasa melalui sistem pesanan talipon bimbit. Dimana? Bukan diwarung Mek Ngoh Bangsar. Bukan di Restoran Iran di Ampang. Saya dijemput ke jamuan berbuka puasa di Hotel Hilton Petaling Jaya. 

Hebat. Saya dijemput ke Hotel Hilton.

Dari fakta yang saya baca - Hotel Hilton  yang bersepah-sepah dalam dunia ini  didirikan  oleh Encik Conrad Hilton pada tahun  1919.  Nak dijadikan cerita -  cucu kepada Conrad Hilton ini ialah  Minah yang bernama Paris Hilton. 

Dari laporan media dan gambar-gambar yang tersebar dalam portal internet saya difahamkan  bahawa Minah ini ialah  teman penyedap  Encik Jho Low.  Encik Jho Low ini ialah  jantan  kaya kawan baik kepada  Najib dan Rosmah.  Najib  bekas Perdana Menteri dan   ayah kepada Reza yang juga kawan baik Jho Low. Reza dan Jho Low kenal  baik pula dengan   warga  Holywood saperti Martin Scorsese dan Leonardo DiCapario.

Justeru  apabila saya mendapat jemputan berbuka puasa ke  PJ Hiton  ini saya merasa bagitu bangga sekali. Saya merasa telah ‘sampai ’ kerana mendapat bau bau  bacang  berasosiasi dengan nama-nama yang hebat hebat dalam dunia.

Kemenangan dan kuasa baru Pakatan Harapan  ini  memungkinkan saya berbuka puasa di Hilton. Belum pernah dalam hidup saya berbuka puasa dalam hotel mewah saperti Hilton. Tanpa banyak songel saya bersetuju untuk hadir.

Pada anggapan saya jemputan  berbuka puasa ini hanya untuk beberapa kenalan. Opps… saya silap.  Bila saya sampai saya nampak ramai yang dijemput sama. 

Saya merasa  letih berjabat tangan dengan kenalan lama. Kemudian berjabat tangan dengan muka muka baru yang entah dari mana datangnya. Mereka mula nak   nak berkenalan.  Maklumlah Pakatan Harapan sudah jadi kerajaan. Yang menjemput ini pun orang kuat Pakatan. Bukan kecik anak. Berjawatan Menteri.

Hendak dijadikan cerita ada seorang kenalan datang lambat. Justeru tak ada tempat duduk. Meja di sebelah kanan saya masih kosong. Tetapi diatas meja telah bertanda nama penempah meja itu.  Teman saya pergi melihat dan terus duduk. Saya memberi ingatan bahawa  meja itu telah ditempah  awal oleh orang lain. Jangan ambil  dan jangan duduk. Nanti kecoh.

‘ Betullaaa… meja ini meja  kita… ditempah  untuk kita…’ Jawab kenalan saya.

‘Siapa menempah? Tengok namanya…sapa Mamat tu..jangan silap.. nanti bergaduh…’ 

‘ Abdullah Ang … hang tak tau ke… dia yang sponsor berbuka puasa ni…’

Bila mendengar nama itu disebut. Dengan cepat mulut saya mencarut  dari bahasa Melayu, ke bahasa Inggeris, ke bahasa Urdu, ke bahasa Peranchis , ke bahasa Sepanyol , ke bahasa Bengali.  Semua pukrak mukrak  nama alat sulit lelaki dan perempuan dalam pelbagai bahasa   terhambur  dengan sepontan dari  mulut saya.

Dengan sekelip maya saya menjadi kurang ajar. Menjadi kurang sopan dalam majlis  yang dilihat beriman.  Beberapa biji mata  yang hampir dengan meja saya memandang Hishamuddin Rais yang  sedang  buat perangai. Hishamuddin Rais kurang  hajar dan kurang sopan dan tidak tahu adat majlis.

Saya memanggil sosok yang menalipon saya untuk  datang ke Hilton. Saya terus bersuara.

‘ Kau tak tahu ke siapa puki mak malaon ni…?  Saya menguatkan suara tanda marah. Saya menggunakan objek  anggota badan sebagai kata sifat. Saya marah kerana  saya telah datang ke majlis  berbuka puasa yang ditaja oleh  orang jahat. Untuk saya ini bukan soal  bukan halal haram atau suci bersih. Saya marah  kerana saya tahu siapa Abdullah Ang. Pengetahuan saya ini tidak membenarkan saya duduk diam tidak bersuara. Khalas.

Apa yang berlaku di PJ Hilton ini adalah satu contoh bagaimana  cara halus para towkay dan cukong masuk menyelit kepada meja kuasa.  

Para towkay dan para cukong dengan senang hati akan menabur budi  menaja  pelbagai  bentuk jamuan  untuk para Menteri, untuk  Yang Berhormat atau  sesiapa yang diyakini  atau dilihat  memiliki kunci kuasa atau boleh membawa ke sosok yang memiliki kuasa.

Dalam kes PJ Hilton  sebelum tamat jamuan Si Penaja  telah dijemput ke atas pentas  dan telah diberi penghormatan dan ucapan terima kaseh dari Sang Menteri. Sambil berterima kaseh  mereka  bergambar bersama diatas pentas. Amin.

Ini satu kes yang saya sendiri alami. Justeru ini bukan kesah penglipur lara atau cerita dongeng.

Bagaimana pula berita yang menjadi heboh ketika Pilihan Raya Kecil  (PRK) di Port Dickson. Pada 9 Oktober 2018 MalaysiaKini telah melaporkan kenyataan NGO Bersih meminta  agar Anwar Ibrahim  calon PRK   Port Dickson membatalkan jamuan makan malam untuk 4,000 bakal pengundi. Bersih menganggap jamuan ini sebagai rasuah dan  menyalahi tatacara pilihan raya.

Sabenarnya Bersih agak sopan apabila meminta jamuan makan malam ini dibatalkan. Bersih bersopan tidak menyebut siapa sebenarnya penaja jamuan makan malam untuk 4,000 orang bakal pengundi Port Dickson. 

Wajib dirakamkan dalam sejarah bahawa jamuan makan malam PRK Port Dickson menjadi heboh bukan kerana ‘makan free’ bukan kerana dibuat dalam kawasan Tok Pekong. Bukan kerana ada  menu  ikan bawal kukus. Bukan. Bukan. Bukan.  

Jamuan ini menjadi heboh kerana jamuan ini ditaja oleh  Encik Tee Yam @ Koo Tee Kam.   Towkay Khoo ini amat rajin menderma. Sebelum menaja  jamuan makan malam  untuk Anwar Ibrahim  Towkay Khoo pada bulan Jun 2018 telah  merancang untuk menaja jamuan  makan malam sambutan Hari Jadi Mahathir Muhamad yang ke 93. Jamuan ini dirancang untuk menjemput 200 orang kenamaan  dan para gedebe dari Malaysia. Jamuan ini dirancang untuk diadakan di HXC Grand Ballroom ICC Pudu. Tapi Mahathir lebih cekap dan tahu siapa sabenarnya Towkay Khoo ini. Mahathir menolak tajaan. Projek Towkay Khoo gagal meleset.

Apa yang Mahathir tahu tentang Towkay Khoo  dan Anwar Ibrahim tidak tahu menahu. Atau Anwar pura pura tidak tahu untuk memastikan dia tetap menang diatas Saipol Bukhari.

Mahathir tahu bahawa  Encik Khoo Tee Kam ialah  towkay lendir dan towkay judi beroperasi di Bukit Bintang dan bandar-bandar lain. Mahathir juga tahu bahawa  Towkay Khoo ialah kepala samseng   jaringan China yang beroperasi di Malaysia. Amin.

Towkay Khoo mahu menaja  pesta hari jadi Mahathir kerana pada bulan Jun 2018  kerana  Mahathir Muahamd  telah dilantik sekali lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Towkay Khoo mahu menaja jamuan makan malam Anwar Ibrahim di Port Dickson kerana satu dunia tahu  bahawa  apabila Mahathir berundur maka Anwar Ibrahiam akan menjadi Perdana Menteri.

Lihat bagaimana  orang  jahat dan kepala samseng boleh menyelit untuk berkenalan dan berbaik baik dengan sosok sosok yang memiliki kuasa.

Ketua samseng dan towkay lendir dan towkay dadah juga  memahami   perkembangan politik.  Mereka  perlu tahu  detik  perkembangan politik tanah air  agar mereka dapat melabur.  Jamuan makan malam   ini adalah satu contoh  bagaimana politikus mendapat sokongan  dalam politik undi. Jamuan makan free untuk 4000 orang bererti dapat 4000 undi. Yang datang makan pasti akan memberi undi mereka kepada yang memberi makan.

Setiap hari raya , setiap tahun baru China, setiap Dewali  kita akan mendengar  atau membaca  berita  para  Menteri dan Yang Berhormat dari Kawasan Ini dan Kawasan Itu mengadakan jamuan Rumah Terbuka.  Disimpang jalan kita akan ternampak  kain rentang  dengan muka  Yang Berhormat menyampaikan ucapan dan mengumumkan jamuan rumah terbuka. 

Pada tahun 1996 saya baru   setahun pulang dari 20 tahun berkelana. Ketika itu saya wajib mempelajari kembali budaya yang telah lama saya tinggalkan. Pada hari raya tahun 1996 saya telah dijemput oleh kenalan saya untuk sama merayakan  rumah terbuka YB Lembah Pantai. Sabenarnya saya tidak  kenal dengan YB Lembah Pantai. Hanya mendengar nama. Teman yang menjemput saya hadir ada pertalian darah dengan YB ini.

Sambutan ini diadakan dibelakang Stesen LRT Bangsar  Jalan Kemuja. Pada tahun 1996 masih ada tanah lapang seluas padang bola dikawanan  ini.  Berbelas belas khemah  dipasang.  

Ketika  saya meninggalkan Malaysia  pada tahun 1974 – budaya rumah terbuka telah wujud. Tapi tidak saperti yang pertama kali saya alami pada tahun 1996.  Saya terperanjat besar apabila dibawah setiap khemah  ada makanan khusus disediakan.  Ada khemah cendol. Ada khemah mee rebus. Ada khemah satay. Ada khemah  roti canai. Ada khemah rojak.  Ada khemah lemang dan rendang.

Yang memeranjatkan saya bukan jenis makanan. Saya terperanjat kerana semuanya diberi percuma. Para tamu hanya datang beratur untuk menikmati apa saja yang diidamkan. Amin

Ketika  menunggu cendul dibuat  ingatan saya kembali kepada  kitab-kitab  lama tentang Raja Raja  Melayu. Surah  dan kesah  Raja Melayu  mengadakan jamuan apabila Putera atau Puteri  baginda Sultan  bernikah.

Tabuh  dipukul canang dipalu
Seantero negeri dijamput datang
Kecil tua muda jantan betina dan sida
berduyun  duyun datang
Yang capek datang  bertongkat
Yang buta berpegang  bahu 

Lembu di sembelih
kambing dilapah
kepala  lembu  menganak bukit
kerak nasi membusut jantan
nasi ditanak gulai dikawah
jamuan   empat puluh hari empat puluh malam
anak raja naik pelamin

Pada jamuan rumah terbuka YB Lembah Pantai tahun 1996  saya teringat kembali kepada kata-kata arwah Cik Gu   Muzaffar Tate…. politic is a rich man’s game – politik ialah mainan mereka yang kaya. 

Ketika saya menikmati  cendul tajaan YB Lembah  Pantai saya anggap  YB ini pastilah orang kaya. Bayangkan para jemputan datang bertali arus. Bukan belas belas. Bukan  ratus ratus. Tapi ribu ribu para tamu. Seolah-oah seluruh warga Lembah Pantai datang menjamu selera.

Pada tahun 2020 saya  mendewasa . Saya  memahami budaya politik Malaysia. Saya memahami bahawa dibelakang politik ini ada lagi kuasa yang lagi berkuasa. Kuasa apa? Tunggu minggu hadapan. (TT)


ATOK LETAK JAWATAN HALAL BERZIANA





LEPAS ATOK 

LETAK JAWATAN 

HALAL BERZIANA 
Kalau dah hitam hati sampai ke besan/anak tiri ikut melapah rasuah/kebas sana dan sini, ujung² cakap  - saya tak tahu -.ini semua dihalakan oleh jho low dan diaminkan oleh arul konda dan dihalalkan oleh puak amanat haramkan seketul daging babi dimasak dalam sekawah gulai lembu nfc.
Kini diwartakan puak semburit/lampir maka huruharalah politik malaysia bila atok letak jawatan bila langkah sheraton terpijak tahik unta on 
BERZIANA HALAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/08/20

Ke

UCAPAN SELAMAT TINGGAL BERSATU




SELAMAT

TINGGAL BERSATU

DARI MAHATHIR
1. Majlis Tertinggi UMNO telah buat keputusan akan bertanding di semua kawasan yang ditandingi oleh Bersatu dan yang dimenangi oleh UMNO tetapi lompat masuk Bersatu.

2. Juga UMNO akan bertanding di mana mereka kalah sedikit atau tempat yang kedua dari segi jumlah undi.

3. Jadi Bersatu nak bertanding di mana.

4. Jawab Menteri dan Timbalan Menteri dari Bersatu, mereka dapat gaji dan elaun besar. Setakat PRU 15 pun tak apalah. Dapat juga. Keluar tak dapat apa.

5. Inilah perjuangan, perjuangan untuk dapat duit. Tak banyak sikit, okaylah.

6. Inilah politik Malaysia sekarang. Tak ada yang lebih mudah dapat duit daripada melalui politik. Soal apa jadi pada bangsa, pada negara, pada agama pun, itu soal lain bukan soal orang politik. Boleh dapat hingga dua billion Ringgit dari politik.

7. Kadang-kadang ada peluang lompat. Okaylah. Tak dapat million, dapat ratusan ribu pun tak apa. Dapat juga.

8. Soal jatuh Kerajaan kerana lompat, itu masalah depa. Rakyat kecewa. Pedulikan. Lain kali cerita lain. Rakyat mudah lupa.

9. Ada yang berkata biarlah. Tak payah ada orang yang nak cuba perbaik keadaan. Bukan duit kita. Kalau penyangak jadi Kerajaan apa salahnya. Semua Kerajaan di mana-mana pun penyangak. Apa nak malu. Kadang-kadang tempias sedikit rezeki kepada kita. Terima sahajalah. Tak ada Kerajaan penyangak tak ada nikmat.

10. Bodohlah, jika pegang kepada perjuangan asal parti. Prinsip tak penting. Politik penting, lebih untung.

11. As ye sow, so shall ye reap. Apa engkau tanam, itulah yang engkau tuai.

12. Selamat tinggal Bersatu.