Khamis, 15 Oktober 2020
TUAN HAJI TIBAI TUAN HAJI
BILA UNDI
NAK DIJALANKAN
KAH KAH KAH
CAKAP CAKAP
TAK GUNA
WAJIB BUAT UNDI
AMIN
Ku Li ada hak kemuka
usul di Dewan Rakyat – Annuar
UMNO TIBAI UMNO
BERITA BAIK
UMNO TIBAI UMNO
BAIK UNTUK
RAKYAT
BAIAK UNTUK NEGARA
AMIN
Umno mahu PM
gugur 4 menteri,
lapor media
UMNO mahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggugurkan beberapa pemimpinnya dari Kabinet yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti, lapor Suara TV.
Laporan itu yang memetik sumber berkata ini adalah sebahagian daripada beberapa permintaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dan bendahari BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu sidang maya semalam.
Saluran berita itu mendakwa Biro Politik Umno mahu semua pelantikan Kabinet dalam kerajaan Muhyiddin mengambil kira hirarki dalam parti.
“Muhyiddin agak kecewa dengan permintaan tersebut dan masih menilai pilihan-pilihan yang ada dalam memastikan pentadbiran beliau kekal stabil sehingga pertengahan tahun depan,” kata sumber terbabit.
Biro Politik Umno yang bersidang pada malam Selasa berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional kecuali permintaan mereka dipenuhi.
Umno merasakan mereka diketepikan dan diganggu oleh parti Bersatu yang lebih kecil serta mahu peranan yang lebih besar dan berpengaruh dalam kerajaan.
Buat masa ini seramai empat menteri Umno di Kabinet Muhyiddin tidak memegang jawatan dalam parti.
Mereka adalah Hishammuddin Hussein (Menteri Luar Negeri), Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Nasional) dan Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).
Sumber itu bagaimanapun enggan menyenaraikan permintaan lain yang dibuat oleh Umno.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata bahawa syarat baharu untuk menyokong kerajaan PN tidak termasuk perbicaraan rasuah yang melibatkan pemimpinnya.
Pemimpin Umno yang berdepan tuduhan rasuah termasuk Zahid, bekas perdana menteri dan Ahli Parlimen Pekan Najib Razak, Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim. – 15 Oktober, 2020.
DIBUANG
SAPA AKAN GANTI?
KAH KAH KAH
UMNO CDANG
NAJIB ZAHID
KU FRAUD
DAN AZEEZ
KAH KAH KAH
UNDI TAK CAYA PADA MUHYIDDIN
BILA NAK UNDI
Ku Li ada hak kemuka usul di Dewan Rakyat – Annuar
BERITA MENYUSUL
JANJI MASYUUUK
JANJI MASYUUK
Ricesaffron@gmail.com commented on
"JANGAN HINA RAJA LAWAK"
TT cuba tanya lokman mana pergi amaran beri 7hari pada zahid, Hari ni dah masuk hari keberapa,, Zahid dengan Anwar sibuk menghitung hari untuk memikirkan jual nombo dengan jual org mana lebih untung cuma bezanya nombo tak boleh jual diri sendiri tapi org boleh jual diri sendiri itu yang dk panggil jual maruah,,
janji mashukkkkkkkkkk P Ramlee perna berkata di dalam film dari Ana jual unta lebih baik anak jual org, perniagaan jual org paling untung bermula jual hamba abdi , jual cicken, jual artis jual permain bola ahli sukan sehingga yg palik untung besar jual org politik (rich man trading )
TETAP PM SELAGI TAK LETAK JAWATAN
TETAP PM
SELAGI TAK
LETAK JAWATAN
Unknown commented on
"MUHYIDIN BOLEH BERTAHAN ?"
TSMY boleh bertahan Dan kekal Sebagai perdana menteri walaupun dia ada satu sokongan dari dirinya sahaja, bahkan kalau semua anggota kabinetnya meletakkan jawatan beliau TETAP PM dengan syarat dia tidak meletak jawatan atau mati.. takkan xboleh faham..
selagi tidak letak jawatan, menangis meraung berguling gulingpun beliau TETAP PM, penganalisis Politik, pengulas pengkritik berbakul2 bil internet berbilionpun beliau TETAP PM, seluruh manusia planet x sukapun dia tetap PM selagi dia tidak letak jawatan.. xkan Tak reti2 lagi? Berhenti jadi bodoh Dan membodohkan manusia.. tamatkan kemelut secepat mungkin.. Bosan
SETUJU
BETUL SETUJU
Unknown commented on
"KERANA TT TAHU DAN WAJIB BERCAKAP BENAR"
Tak bersopan guna bahasa kesat. Adakala gwa tak setuju dengan apa TT tulis, tapi gwa sokong hak TT bersuara, asalkan bukan menyebar fitnah and kepalsuan. Kita orang bertamadun. Tukar pendapat berdasar fakta and analisa. Saling menghormati.
CERITA DARI SANA DARI SINI
CERITA DARI SANA
CERITA DARI SINI
Unknown commented on
"CINTA TORTILLA"
No Money, No Honey.
Mat Despatch commented on
"CINTA TORTILLA"
Sedap bace crita ni ilang sakit ati kat Tt asyik meraban politik. Lau blh selit sket adegan lucah yg leh wat stim hurmmm...
MASUK AKAL KE ?
MASUK AKAL KE?
Ricesaffron@gmail.com commented on
"NAK TANYA DATUK SERI"
TT cari jalan mudah ,TT nasihat kawan lama TT Anwar supaya cerai kan PKR dan rujuk untuk masuk umno BN kemudian pelahan lahan tendang Zahid,, Anwar lebih ramai peminat jika di bandingkan dengan Zahid, saham Zahid dalam umno sekarang dah hancuh,, Anwar lain, mcm tonik cap gajah atau air cap badak, umno anwar dan Tun M benci tapi rindu,, Tun M pun tengah gila talak sebenarnya pd umno,, cuba TT fikir
WA SOLI WA SOLI
WA SOLI WASOLI
Ketua Pengarang commented on
"PEMIMPIN ISLAM BERKATA BENAR"
selalu jadi imam selalu baca kutubah kalau berpidato selalu ada wasoli wasoli
CINTA TORTILLA
CINTA TORTILLA
Bila aku menjejak kaki ke Belgium pada musim sejuk tahun 1982 aku tak tahu langsung tentang negara yang membebaskan aku dari penjara Bombay. Tiga bulan aku ditahan atas tuduhan masuk ke India dengan menggunakan paspot palsu. Sabenarnya aku lari dari kapal terbang Aeroflot milik Rusia yang nak menghantar aku pulang ke Siam. Untuk memudahkan pendakwaan di mahkamah, polis India telah menuduh aku masuk ke India menggunakan paspot Siam palsu.
Kerajaan Belgium menerima aku sebagai pesuaka politik. Aku telah diberi pilihan untuk menetap di wilayah Walloon atau di wilayah Flemish. Walloon menggunakan bahasa dan budaya Peranchis. Flemish menggunakan bahasa Belanda. Tanpa berfikir panjang aku memilih bahasa dan budaya Peranchis. Air anggur, gadis cun dan filem Peranchis menjadi asas pilihan aku.
Aku ditempatkan di Rumah Orang Pelarian di Braine-le-Comte. Braine-le-Comte wilayah warga kelas menengah Wallon 18 batu dari Brussels ibu kota Belgium. Dalam pekan kecil ini aku sesat kerana sepatah habuk pun aku tak tahu bahasa Peranchis.
Madame Olga dan Madame Anne menjaga kami dibanglo tiga tingkat milik Gereja. Ramai orang pelarian bersama aku. Tapi bukan ini cerita yang hendak aku surahkan.
Olga mengajar kami asas bahasa Peranchis. Dia bukan cikgu bahasa yang terlatih. Maka Madame Anne mencadangkan aku masuk ke sekolah di Wavre dimana ada pembelajaran bahasa Peranchis khusus untuk menyediakan pelajar luar masuk ke universiti di Belgium.
Minggu ke tiga di Belgium aku dimasukkan ke sekolah L'Athénée Royal Maurice Carême di Wavre 32 batu dari Brussels. Maknanya saban hari aku wajib naik kereta api 1 jam untuk ke sekolah.
Aku masih ingat lagi disekolah ini ada seorang pelajar Amerika Sarekat, dua dari Hong Kong, seorang dari Sri Langka, seorang dari Syria, seorang dari Palestin dan lima pelajar dari Amerika Latin. Semuanya anak gadis kecuali dari Sri LaNgka , pelajar Arab dan aku. Semua sedang melamar untuk masuk ke universiti di Belgium.
Wavre terletak 5 batu dari Universiti Katholik Leuven le Neuve. Wavre boleh dianggap kota university. Justeru sekolah bahasa ini diwujudkan oleh Majlis Bandaran Wavre. Aku belajar percuma kerana status aku sama saperti warga Belgium.
Setiap hari aku berulang alik 52 batu dari Braine -le Comte ke Wavre. Setiap hari aku melintasi Brussels. Elien pelajar dari Hong Kong menunjuk simpati kerana aku tinggal amat jauh. Dia mencadangkan agar aku mencari bilik di Wavre. Elien membantu aku. Akhirnya kami bertemu bilik loteng atas kedai pertanian. Lalu aku berpindah ke Wavre.
Kami ada dua guru – Madame Michoux dan Andre Imberechts. Aku menjadi murid Andre. Awalnya aku tidak tahu siapa sabenarnya Andre. Beberapa bulan kemudian aku mula mengenali bahawa Andre ini saorang penyaer Francopone yang popular di Belgium. Andre menggunakan nama pena William Cliff. Telah menghasilkan 7 buku puisi yang diterbitkan oleh Gallimard – penerbit tersohor di Paris.
Kami yang tidak ramai dalam satu kelas amat senang menjadi mesra. Awalnya kami menggunakan Bahasa Inggeris untuk bercakap. Pelajar Latino menggunakan bahasa Sepanyol. Aku perhatikan pelajar Latino cepat menangkap apa yang diajar. Ini kerana tata bahasa Sepanyol tak jauh bezanya dari bahasa Peranchis – asasnya Latin.
Aku yang baru sampai dari negara Republik Islam Pakistan agak terbuka mata. Pakaian pelajar Latino ini feshen terkini – entah dari Paris entah dari Madrid . Agak mengancam kejantanan aku – ketat dan sendat. Aku merasakan bahawa rata rata mereka ini datang dari kelas menengah. Belajar dengan perbelajaan sendiri di negara Eropah.
Aku cuba merapati Gloria, Innes , Lorena dari Colombia. Aku ingin mencuba nasib untuk merasa nikmat sakeping tortilla. Aku gagal. Bahasa menjadi halangan sebelum aku sempat melempar buah dadu mencuba nasib.
Aku perhatian ada sesuatu tentang Innes. Gadis cun ini aku rasa belum melintasi 25 tahun. Pakaian bertukar saban hari – aku rasakan feshen terkini dari Paris. Macam baru keluar dari ‘cat-walk’. Kadang-kadang kelihatan bersendirian. Sesekali aku ternampak dia berdiri bersendirian menghisap rokok. Innes agak berbeza dari Lorena dan Gloria yang aku rasa baru selesai Tingkatan Enam.
Satu petang sebelum kelas bermula aku ternampak sebuah Mercedes puteh berhenti dihadapan sekolah. Innes turun dari Mercedes ini . Biasanya pelajar Latino ini datang dengan bas. Aku tak ambil pot. Mungkin hari ini Innes terlambat.
Habis belajar petang biasanya aku dengan Andre akan masuk ke pekan Wavre mencari café. Kami berlabon dalam bahasa Inggeris. Andre berkesah yang dia pernah mengembara hampir enam bulan merayau di Amerika Sarekat dan Amerika Latin.
‘ Machu Picchu… memberikan aku inspirasi untuk menghasilkan sebuah buku……. ‘
Tetiba pada petang itu sebuah Mercedes puteh melintas dihadapan café kami. Aku ternampak Innes dalam kereta itu. Andre yang sedang menikmati sagelas Stella tidak mengambil perhatian langsung.
‘ Isham… kamu tak sampai lagi ke sana… ha ha.. Colombia.. gadisnya .. kokainnya …ha ha ha.. ..tapi awas kau akan terjumpa black widow disana… ‘ Andre mengangkat tangan ingin memesan sagelas lagi Stella.
Semenjak dari petang itu aku selalu ternampak Innes datang dengan Mercedes puteh. Aku tidak ternampak rupa sosok Si Mamat yang menghantar Innes. Aku sedar Belgium bukan Islamic Republic of Pakistan. Takda siapa ambil pot untuk menjaga tepi kain orang. Apa yang jelas pada aku ialah Innes telah mendapat kekasih warga Belgium. Aku telah gagal untuk menikmati sakeping tortilla. Hanya aku berharap cinta gadis Latino dengan jantan Belgium ini berkekalan. Amin.Hari berjalan musim berubah. Hubungan kami sesama kami makin rapat. Disatu hujung minggu dipermulaan musim bunga Andre mengajak pelajar datang berkenduri di kampongnya – di daerah Gembloux. Andre ingin berterima kaseh kepada kami pelajar luar yang membolehkan dia menjadi guru satelah lama ‘chomage’ - menganggur. Kami semua menapak ke kampong Andre yang terletak dalam ladang gandum. Innes datang lambat. Mercedes puteh datang menghatar dan terus beredar.
Dua minggu kemudian Innes mengajak aku bertandang pergi ke Brussels.
‘ Une soire a Brussels… Isham…avec my boyfriend…’ Innes menjemput untuk bercanda-canda di Brussels atas jemputan kekasihnya. Innes bukan hanya mengajak aku malah menjemput semua termasuk Andre.
Malam Sabtu yang dijanjikan kami bertemu dalam sebuah restoran ‘chic’ dalam kota Brussels. Lorena, Gloria dan Mopid dari Palestin datang. Andre warga Brussels telah mencadangkan restoran tempat berjumpa.
Dalam restoran ini untuk pertama kali kami berkenalan dengan pemilik Mercedes puteh - Monsieur Victor kekasih Innes. Malam itu Victor bersurah bagaimana dia ternampak Innes sedang ‘hitch hike’ ditepi jalan berhampiran dengan Universitu Leuven a Neuve. Dia menghantar Innes ke sekolah. Semenjak petang itu cinta mereka bercambah.
Aku rasa si Victor ini telah melintasi 40 ++ tahun atau mungkin lebih. Pada hemat aku mustahil Victor ini bujang. Atau mungkin telah berpisah kerana di Eropah cerai berai ini satu pekara biasa.
Lepas makan malam kami berpindah ke sebuah kelab malam. Victor dan Innes hilang entah kemana. Aku masih lagi cuba menjual buah dadu untuk mendapatkan sakeping tortilla. Andre tersenyum memerhatikan anak anak murid sedang berlatih menggunakan bahawa Peranchis.
Malam itu aku cukup seronok. Kenapa tidak? Semua bil dibayar oleh Victor. Aku rasa si Victor ini mahu menyatakan pada Innes bahawa cintanya cukup kuat sehinggakan kawan kawan Innes pun dia belanja.
Belgium negara Katholik. Bulan April ada cuti dua minggu yang bersangkutan dengan Nabi Isa. Aku naik kapal menyeberang Selat Inggeris ke Dover dan terus ke London. Aku melupakan bahasa Peranchis dan tortilla. Di London aku memasang lukah cuba nasib untuk menangkap fish and chip. Belum pun sempat mengangkat lukah dariSungai Thames cuti telah habis.
Petang Senin bila kelas bermula aku tak nampak Innes. Mungkin masih bersantai ke Paris atau di Amsterdam. Tidak pula aku tanya tentang Innes dari Gloria atau Lorena.
Petang Rabu berikutnya aku nampak Mercedes puteh terpacak di tepi sekolah. Gloria berbisik mengatakan Victor datang mencari Innes. Aku melambai tangan pada Victor yang menuju bilik guru. Aku tak tahu apa yang berlaku. Aku terus masuk ke bilik darjah. Andre memulakan kelas agak lewat.
Habis kelas Andre dan aku terus ke café tempat biasa kami minum. Aku tak sabar nak tahu apa yang telah berlaku.
‘ Ha ha… jantan Belgium telah kena sengat black widow
…baru dia sedar.. Victor ada anak bini… ha ha ha… I m sure his wife is happy now… ‘ Andre ketawa.
Aku mengasak Andre untuk bersurah penuh. Barulah aku tahu duduk pekara. Mengikut Victor Innes mendapat telegram. Ibu Innes di Bogota telah jatuh sakit. Innes wajib pulang serta merta. Victor membelikan tiket pulang dan memberi duit. Innes merancang tidak akan lama di Bogota kerana university akan dibuka untuk menerima pelajar baru.
‘ Victor menalipon berkali kali… tapi bukan Innes yang menjawab … bukan number talipon Innes… Victor hantar telegram… telegram dipulangkan kembali… alamat tak betul.. banyak duit Victor diambil oleh Innes..’ Andre bersurah sambil memegang gelas Stella.
‘ Isham… ramai jantan Belgium tak tahu gadis Latino… gadis dari Amerika latin… mereka licik dan berpengalaman… mereka datang ke Eropah bukan saja saja…mereka ada rancangan… Isham kau pergi Amsterdam.. lihat dalam gelas itu… majoriti dari mana?.. Kau tak perlu pergi jauh…pergi ke Gare Midi di Brussels ..pasti kau jumpa seratus Innes..’
Aku terperanjat satelah mendengar surah Andre. Aku faham makna black widow bukan hanya labah-labah. Lalu aku membuat keputusan untuk tidak lagi mengidamkan tortilla. Amin. (TT)
MUHYIDIN BERNAFAS DALAM LUMPUR
BERAT AMAT
BERAT
DUA HARI SEKALI
MUHYIDDIN KENA
KIRA ORANG
KAH KAH KAH
Adakah Muhyiddin cukup sokongan terus jadi PM?
PERANGAI NAK PENCEN
PERANGAI
NAK PENCEN
Unknown commented on
"PENGUMUMAN ANWAR SAHEH"
Mula mula makan kek. Lepas tu makan pulut kuning.lepas tu ambil gambar punch card. Biasanya majlis rai pegawai pegawai nak pencen mmg macam tu. Tapi tak pernah lagi orang umum ada labia majora lepas tu pencen. Kronik sakit orang nak pencen ni.
MUHYIDIN BOLEH BERTAHAN ?
SEMUA BERTANYA
Adakah Muhyiddin
cukup sokongan
terus jadi PM?
BERITA MENYUSUL
KERANA TT TAHU DAN WAJIB BERCAKAP BENAR
KERANA TT TAHU
WAJIB BERCAKAP
BENAR
Unknown commented on
"ANWAR MANGSA BERITA PALSU"
Mmg TT tak suka dsai.. Entah mengapa?
Unknown commented on
"ANWAR MANGSA BERITA PALSU"
TT bukan saja pundek, cibai....tapi retarded....cara dia fikir macam WTF
NAK TANYA DATUK SERI
DATUK SERI
BETUL KE ESOK
JUMAAT 16/10/2020
DATUK SERI
DIPANGGIL UNTUK
DISIASAT
DI BUKIT AMAN
KES APA DATUK?
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
T UNTUK TAMBI CHIK
T UNTUK
TAMBI CHIK
Anto nyo beraga @ Antoniobraga commented on
"PENGUMUMAN ANWAR SAHEH"
Tt..Meh bior aku pulak buat pencerahan kat macai Tukar Tiub Teori domino R.A.H.M.A.N dah diakhiri oleh Najip dan seterusnya teori domino M.A.H.A.T.H.I.R sedang bermula...Teraju negara kita ni dah di set..jadi buat letih je kita menyalak..lu tak caya cakap aku ko tengok nanti ...Tungguuuuuuuuuu...Hantu Raya nombor 6 yang aku bela kasi tau semua ni pada aku.. M(mahyudin.A(anwar).H(hadi).A(???)..??? Jadi moh le kita membalat dulu kasi sentim kapla
JANGAN HIA RAJA LAWAK
JANGAN HINA
RAJA LAWAK
Unknown commented on
"TANYA X-BOSS LOBAK MAN"
Kadang2 aku konpius lokman adam, macam iras2 angah raja lawak pun ada
ANWAR MANGSA BERITA PALSU
ANWAR MANGSA
BERITA PALSU
Unknown commented on
"NASEHAT NOKIA"
Dei Pundek TT, Habis senarai nama yang buatkan walauntaik dan penyamun gelabah tu dapat kat mana? Siap pi buat repot polis kunun tak sokong DSAI. Polis pulak panggil Anwar utk siasatan pasal enarai MP yang soskong DSIA. Mana polis dapat senarai yg agung pun tak dapat lagi. Senarai pun tak dak, macam mana nak siasat??? ada paham ka Pundek TT..
ABAM SOSOK TUCKWA
ABAM SOSOK
TUCKWA
panglimo potaseh commented on
"ANWAR ADA KE TIPU ?"
Ciss Abam ..kau main Agong ye ..gwa tak picaya dingan gogondang tolingo gwa ..Abam siorang yang sangat TUCKwa ..gwa tak picaya ..Tak Tak Tak.
BERKLHALWAT HARI KE 212
HARI INI KHAMIS 15/10/2020
BERHALWAT