Khamis, 15 Oktober 2020

TERINGAT KESAH LAMA




DARI SINI

MUNCUL HERMAN

TUAN HAJI TIBAI TUAN HAJI

 


BILA UNDI

NAK DIJALANKAN

KAH KAH KAH

CAKAP CAKAP

TAK GUNA

WAJIB BUAT UNDI 

AMIN


Ku Li ada hak kemuka

 usul di Dewan Rakyat – Annuar

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mempunyai hak untuk mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN), Tuan Haji  Annuar Musa berkata, pada masa sama, Speaker Dewan Rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Sebagai ahli Parlimen yang agak lama, saya sudah faham benar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sepucuk surat Ku Li yang mahu usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tuan Haji  Muhyiddin Yassin dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ditanya mengenai dakwaan kewujudan kem yang menyokong Ku Li di dalam UMNO untuk diangkat sebagai Perdana Menteri, Annuar memilih untuk mengunci mulut.

“Saya tak ada (komen) untuk ulas mengenai apa- apa spekulasi,” katanya.

Menurutnya, semua pihak sepatutnya memberi tumpuan kepada rakyat.

Dalam perkembangan sama Annuar berpendapat, tiada keseimbangan antara rakyat dan politik.

Katanya, rasa tidak puas hati akan datang sepanjang masa tetapi ia bukanlah alasan untuk bergaduh.

“Rakyat menjadi susah, pasaran saham merudum, bilangan pelabur luar akan kurang sekiranya kita ambil pendekatan sebegitu,” katanya.

Semalam, tular sepucuk surat, Ku Li mendakwa dua usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin ditolak sebanyak dua kali untuk dibahaskan.

Pendedahan itu dibuat sehari selepas Ku Li dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pertemuan itu diadakan selepas Presiden PKR, Tuan Haji Anwar Ibrahim mempersembahkan bukti yang didakwa memberi sokongan terhadapnya. – MalaysiaGazette


ANWAR PUN

KLIM DIA ADA

SOKONGAN

KAH KAH KAH

HANYA BOLEH

SELESAI DALAM

PARLIMEN

AMIN

SENANG SAJE

BUAT UNDI

KHALAS


UMNO TIBAI UMNO



BERITA BAIK

UMNO TIBAI UMNO

BAIK UNTUK

RAKYAT

BAIAK UNTUK NEGARA

AMIN

Umno mahu PM 

gugur 4 menteri, 

lapor media


UMNO mahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggugurkan beberapa pemimpinnya dari Kabinet yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti, lapor Suara TV.

Laporan itu yang memetik sumber berkata ini adalah sebahagian daripada beberapa permintaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dan bendahari BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu sidang maya semalam. 

Saluran berita itu mendakwa Biro Politik Umno mahu semua pelantikan Kabinet dalam kerajaan Muhyiddin mengambil kira hirarki dalam parti.

“Muhyiddin agak kecewa dengan permintaan tersebut dan masih menilai pilihan-pilihan yang ada dalam memastikan pentadbiran beliau kekal stabil sehingga pertengahan tahun depan,” kata sumber terbabit. 

Biro Politik Umno yang bersidang pada malam Selasa berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional kecuali permintaan mereka dipenuhi.

Umno merasakan mereka diketepikan dan diganggu oleh parti Bersatu yang lebih kecil serta mahu peranan yang lebih besar dan berpengaruh dalam kerajaan. 

Buat masa ini seramai empat menteri Umno di Kabinet Muhyiddin tidak memegang jawatan dalam parti.

Mereka adalah Hishammuddin Hussein (Menteri Luar Negeri), Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Nasional) dan Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Sumber itu bagaimanapun enggan menyenaraikan permintaan lain yang dibuat oleh Umno. 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata bahawa syarat baharu untuk menyokong kerajaan PN tidak termasuk perbicaraan rasuah yang melibatkan pemimpinnya.

Pemimpin Umno yang berdepan tuduhan rasuah termasuk Zahid, bekas perdana menteri dan Ahli Parlimen Pekan Najib Razak, Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim. – 15 Oktober, 2020.

DIBUANG

SAPA AKAN GANTI?

KAH KAH KAH

UMNO CDANG

NAJIB ZAHID

KU FRAUD 

DAN AZEEZ

KAH KAH KAH



UNDI TAK CAYA PADA MUHYIDDIN

 


BILA NAK UNDI 

Ku Li ada hak kemuka usul di Dewan Rakyat – Annuar

BERITA MENYUSUL

JANJI MASYUUUK

 



JANJI MASYUUK


Ricesaffron@gmail.com commented on

 "JANGAN HINA RAJA LAWAK"

TT cuba tanya lokman mana pergi amaran beri 7hari pada zahid, Hari ni dah masuk hari keberapa,, Zahid dengan Anwar sibuk menghitung hari untuk memikirkan jual nombo dengan jual org mana lebih untung cuma bezanya nombo tak boleh jual diri sendiri tapi org boleh jual diri sendiri itu yang dk panggil jual maruah,, 


janji mashukkkkkkkkkk P Ramlee perna berkata di dalam film dari Ana jual unta lebih baik anak jual org, perniagaan jual org paling untung bermula jual hamba abdi , jual cicken, jual artis jual permain bola ahli sukan sehingga yg palik untung besar jual org politik (rich man trading )

TETAP PM SELAGI TAK LETAK JAWATAN

 



TETAP PM

SELAGI TAK 

LETAK JAWATAN

Unknown commented on

 "MUHYIDIN BOLEH BERTAHAN ?"

TSMY boleh bertahan Dan kekal Sebagai perdana menteri walaupun dia ada satu sokongan dari dirinya sahaja, bahkan kalau semua anggota kabinetnya meletakkan jawatan beliau TETAP PM dengan syarat dia tidak meletak jawatan atau mati.. takkan xboleh faham.. 

selagi tidak letak jawatan, menangis meraung berguling gulingpun beliau TETAP PM, penganalisis Politik, pengulas pengkritik berbakul2 bil internet berbilionpun beliau TETAP PM, seluruh manusia planet x sukapun dia tetap PM selagi dia tidak letak jawatan.. xkan Tak reti2 lagi? Berhenti jadi bodoh Dan membodohkan manusia.. tamatkan kemelut secepat mungkin.. Bosan

BUANG EMPAT MENTERI

 


BUANG 4 MENTERI

Umno mahu PM gugur 4 menteri, lapor media


BERITA MENYUSUL

SETUJU



BETUL SETUJU

Unknown commented on 

"KERANA TT TAHU DAN WAJIB BERCAKAP BENAR"

Tak bersopan guna bahasa kesat. Adakala gwa tak setuju dengan apa TT tulis, tapi gwa sokong hak TT bersuara, asalkan bukan menyebar fitnah and kepalsuan. Kita orang bertamadun. Tukar pendapat berdasar fakta and analisa. Saling menghormati.

CERITA DARI SANA DARI SINI

 





CERITA DARI SANA

CERITA DARI SINI

Unknown commented on

 "CINTA TORTILLA"

No Money, No Honey.


Mat Despatch commented on 

"CINTA TORTILLA"

Sedap bace crita ni ilang sakit ati kat Tt asyik meraban politik. Lau blh selit sket adegan lucah yg leh wat stim hurmmm...

MASUK AKAL KE ?

 




MASUK AKAL KE?

Ricesaffron@gmail.com commented on

 "NAK TANYA DATUK SERI"

TT cari jalan mudah ,TT nasihat kawan lama TT Anwar supaya cerai kan PKR dan rujuk untuk masuk umno BN kemudian pelahan lahan tendang Zahid,, Anwar lebih ramai peminat jika di bandingkan dengan Zahid, saham Zahid dalam umno sekarang dah hancuh,, Anwar lain, mcm tonik cap gajah atau air cap badak, umno anwar dan Tun M benci tapi rindu,, Tun M pun tengah gila talak sebenarnya pd umno,, cuba TT fikir

WA SOLI WA SOLI

 


WA SOLI  WASOLI

Ketua Pengarang commented on

 "PEMIMPIN ISLAM BERKATA BENAR"

selalu jadi imam selalu baca kutubah kalau berpidato selalu ada wasoli wasoli

CINTA TORTILLA

 



CINTA TORTILLA


Bila aku menjejak kaki  ke Belgium pada musim sejuk tahun 1982 aku tak tahu langsung tentang negara yang membebaskan aku dari penjara Bombay. Tiga bulan aku ditahan atas tuduhan masuk ke India dengan  menggunakan  paspot  palsu. Sabenarnya aku lari dari kapal terbang Aeroflot milik Rusia yang nak menghantar aku pulang ke Siam. Untuk memudahkan  pendakwaan di mahkamah, polis India telah  menuduh aku masuk ke India  menggunakan paspot Siam palsu.  

Kerajaan Belgium  menerima aku sebagai pesuaka politik.  Aku telah diberi pilihan untuk menetap di wilayah Walloon atau di wilayah Flemish. Walloon  menggunakan bahasa dan budaya Peranchis. Flemish menggunakan bahasa Belanda. Tanpa berfikir panjang aku memilih  bahasa dan budaya Peranchis. Air anggur, gadis cun  dan filem Peranchis menjadi  asas pilihan aku.

Aku ditempatkan di Rumah Orang Pelarian di Braine-le-Comte. Braine-le-Comte wilayah warga kelas menengah Wallon 18 batu  dari Brussels ibu kota Belgium. Dalam pekan kecil ini aku sesat kerana sepatah habuk pun aku tak tahu bahasa Peranchis. 

Madame Olga dan Madame Anne menjaga kami dibanglo tiga tingkat milik Gereja.  Ramai orang pelarian  bersama aku. Tapi bukan ini cerita yang hendak aku surahkan. 

Olga mengajar kami asas bahasa Peranchis. Dia bukan cikgu bahasa yang terlatih. Maka Madame Anne mencadangkan aku masuk ke sekolah di Wavre dimana ada pembelajaran bahasa Peranchis khusus untuk menyediakan pelajar luar  masuk ke universiti di Belgium.

Minggu ke tiga  di Belgium aku dimasukkan  ke sekolah L'Athénée Royal Maurice Carême di Wavre 32 batu dari Brussels. Maknanya saban hari aku wajib naik kereta api 1 jam untuk ke sekolah.



Aku masih ingat lagi disekolah ini ada seorang pelajar  Amerika Sarekat, dua dari Hong Kong, seorang dari Sri Langka, seorang dari  Syria, seorang dari Palestin dan lima pelajar  dari Amerika Latin. Semuanya anak gadis kecuali dari Sri LaNgka , pelajar Arab dan aku. Semua sedang melamar untuk masuk ke universiti di Belgium. 

Wavre   terletak 5 batu dari Universiti Katholik Leuven le Neuve. Wavre boleh  dianggap kota university. Justeru sekolah bahasa ini diwujudkan oleh Majlis Bandaran Wavre. Aku  belajar percuma kerana status aku sama saperti warga Belgium.

Setiap hari  aku berulang alik 52 batu dari Braine -le Comte ke Wavre. Setiap hari aku melintasi Brussels. Elien pelajar dari Hong Kong menunjuk simpati kerana aku tinggal amat jauh. Dia mencadangkan agar aku mencari  bilik di Wavre. Elien membantu aku. Akhirnya  kami bertemu bilik  loteng atas kedai pertanian. Lalu aku berpindah ke Wavre.

Kami ada dua guru  – Madame Michoux dan  Andre Imberechts.  Aku menjadi murid Andre.  Awalnya aku tidak tahu siapa sabenarnya  Andre. Beberapa bulan kemudian aku mula mengenali  bahawa Andre ini  saorang penyaer  Francopone yang popular di Belgium. Andre menggunakan nama  pena William Cliff. Telah menghasilkan 7 buku puisi  yang diterbitkan  oleh  Gallimard – penerbit tersohor di Paris.

Kami yang tidak ramai dalam satu kelas amat senang menjadi mesra.   Awalnya kami menggunakan Bahasa Inggeris untuk bercakap. Pelajar Latino menggunakan bahasa Sepanyol.  Aku perhatikan pelajar Latino cepat menangkap apa yang diajar. Ini kerana tata bahasa Sepanyol tak jauh bezanya dari bahasa Peranchis – asasnya Latin.

Aku yang baru sampai dari negara Republik  Islam Pakistan agak terbuka mata. Pakaian pelajar Latino  ini  feshen terkini – entah dari Paris entah dari Madrid . Agak mengancam kejantanan aku – ketat dan sendat.  Aku merasakan bahawa rata rata mereka ini datang  dari kelas menengah. Belajar dengan perbelajaan sendiri di  negara Eropah.  

Aku cuba merapati  Gloria, Innes , Lorena dari Colombia. Aku ingin  mencuba nasib untuk merasa nikmat sakeping tortilla. Aku gagal. Bahasa menjadi halangan sebelum aku sempat melempar  buah dadu mencuba nasib.

Aku perhatian ada sesuatu tentang Innes. Gadis cun ini aku rasa belum melintasi 25 tahun. Pakaian bertukar saban hari – aku rasakan feshen terkini dari Paris.  Macam  baru keluar dari ‘cat-walk’.  Kadang-kadang kelihatan bersendirian.    Sesekali aku ternampak dia berdiri bersendirian  menghisap rokok. Innes agak berbeza dari Lorena dan  Gloria yang aku rasa baru selesai Tingkatan Enam.  

Satu petang sebelum kelas bermula aku ternampak sebuah Mercedes puteh  berhenti dihadapan sekolah. Innes turun  dari Mercedes ini . Biasanya pelajar  Latino ini datang dengan bas. Aku tak ambil pot. Mungkin hari ini Innes terlambat.

Habis belajar petang biasanya aku dengan Andre akan masuk ke pekan Wavre mencari café. Kami berlabon dalam bahasa Inggeris.  Andre berkesah  yang dia pernah  mengembara hampir enam bulan   merayau di  Amerika Sarekat dan Amerika Latin.

‘ Machu Picchu… memberikan aku inspirasi untuk menghasilkan sebuah buku……. ‘

Tetiba pada petang itu sebuah Mercedes puteh melintas dihadapan café kami.  Aku ternampak Innes dalam kereta itu.  Andre  yang sedang menikmati sagelas Stella tidak mengambil perhatian langsung.  

‘ Isham… kamu tak sampai lagi ke sana… ha ha.. Colombia.. gadisnya .. kokainnya …ha ha ha.. ..tapi awas kau akan  terjumpa black widow disana… ‘ Andre mengangkat tangan ingin memesan sagelas lagi Stella.

Semenjak dari petang itu aku selalu ternampak Innes datang dengan Mercedes puteh.  Aku tidak ternampak rupa sosok  Si Mamat yang menghantar Innes. Aku sedar  Belgium bukan Islamic Republic of Pakistan. Takda siapa ambil pot untuk menjaga tepi kain orang.  Apa yang jelas pada aku ialah Innes telah mendapat kekasih  warga Belgium.  Aku telah gagal untuk menikmati sakeping tortilla. Hanya aku berharap  cinta   gadis Latino dengan jantan Belgium ini  berkekalan.   Amin.

Hari berjalan musim berubah.  Hubungan kami sesama kami makin rapat. Disatu hujung minggu dipermulaan  musim bunga  Andre  mengajak  pelajar datang berkenduri di kampongnya – di daerah Gembloux. Andre ingin  berterima kaseh kepada kami pelajar luar yang membolehkan dia menjadi  guru satelah lama  ‘chomage’ - menganggur.  Kami semua menapak ke kampong Andre yang terletak dalam ladang gandum.  Innes datang lambat.  Mercedes puteh datang menghatar dan terus beredar.

Dua minggu kemudian Innes  mengajak aku bertandang  pergi ke Brussels. 

‘ Une soire a Brussels… Isham…avec my boyfriend…’ Innes menjemput untuk bercanda-canda di Brussels atas jemputan kekasihnya. Innes bukan hanya mengajak aku malah menjemput semua termasuk Andre.

Malam Sabtu yang dijanjikan kami bertemu dalam sebuah restoran  ‘chic’ dalam kota Brussels.   Lorena, Gloria dan Mopid dari Palestin datang. Andre warga Brussels  telah mencadangkan  restoran tempat berjumpa. 

Dalam restoran ini  untuk pertama kali kami berkenalan dengan pemilik Mercedes puteh - Monsieur Victor kekasih Innes. Malam itu Victor bersurah  bagaimana dia ternampak Innes sedang  ‘hitch hike’ ditepi jalan berhampiran  dengan Universitu Leuven a Neuve.  Dia menghantar Innes ke sekolah. Semenjak  petang itu cinta mereka bercambah. 

Aku rasa si Victor ini telah melintasi 40 ++ tahun atau mungkin lebih.  Pada hemat aku mustahil Victor ini bujang. Atau mungkin  telah berpisah kerana di Eropah cerai berai ini  satu pekara biasa.

Lepas makan malam kami berpindah ke sebuah kelab malam.  Victor dan Innes hilang entah kemana. Aku masih lagi cuba menjual buah dadu untuk mendapatkan sakeping tortilla.  Andre tersenyum memerhatikan anak anak murid sedang berlatih menggunakan bahawa Peranchis.

Malam itu aku  cukup seronok.  Kenapa tidak? Semua bil dibayar oleh  Victor.  Aku rasa si Victor ini mahu menyatakan pada Innes bahawa cintanya cukup kuat sehinggakan  kawan kawan Innes pun dia belanja.

Belgium negara Katholik. Bulan April  ada cuti dua minggu yang bersangkutan dengan Nabi Isa.  Aku naik kapal menyeberang Selat Inggeris ke Dover dan terus ke London.  Aku melupakan  bahasa Peranchis  dan tortilla. Di London aku memasang   lukah cuba nasib untuk menangkap fish and chip. Belum pun sempat mengangkat  lukah dariSungai Thames cuti telah  habis.

Petang Senin bila kelas  bermula aku tak nampak Innes. Mungkin masih  bersantai ke Paris atau di Amsterdam.  Tidak pula aku tanya tentang Innes dari  Gloria atau Lorena. 

Petang Rabu berikutnya  aku nampak    Mercedes puteh terpacak di tepi sekolah.    Gloria berbisik mengatakan Victor datang mencari Innes.  Aku melambai tangan pada Victor yang menuju  bilik guru. Aku tak tahu  apa yang berlaku. Aku terus masuk ke bilik darjah. Andre memulakan kelas agak lewat. 

Habis kelas Andre dan aku terus ke café tempat biasa kami minum. Aku tak sabar nak tahu apa yang telah berlaku.

‘ Ha ha… jantan Belgium telah kena sengat black widow

 …baru dia sedar.. Victor ada anak bini… ha ha ha…  I m sure his wife is happy now… ‘ Andre ketawa. 

Aku mengasak Andre untuk bersurah penuh. Barulah aku tahu duduk pekara. Mengikut  Victor  Innes mendapat telegram. Ibu Innes  di Bogota telah jatuh sakit. Innes wajib pulang serta merta. Victor membelikan tiket pulang dan  memberi duit. Innes  merancang tidak akan lama di Bogota  kerana university  akan dibuka untuk menerima pelajar baru.

‘ Victor menalipon berkali kali… tapi bukan  Innes yang menjawab … bukan number talipon Innes… Victor hantar telegram… telegram dipulangkan kembali… alamat tak betul.. banyak duit Victor  diambil oleh Innes..’ Andre bersurah sambil memegang gelas Stella.

‘ Isham…  ramai jantan Belgium tak tahu gadis Latino… gadis dari Amerika latin… mereka licik dan berpengalaman… mereka datang ke Eropah bukan  saja saja…mereka ada rancangan… Isham kau pergi Amsterdam.. lihat dalam gelas itu… majoriti dari mana?.. Kau tak perlu pergi jauh…pergi  ke Gare Midi di Brussels  ..pasti kau jumpa seratus Innes..’

Aku terperanjat satelah mendengar surah Andre. Aku faham makna black widow bukan hanya labah-labah. Lalu aku membuat keputusan untuk  tidak lagi  mengidamkan  tortilla. Amin. (TT)




MUHYIDIN BERNAFAS DALAM LUMPUR

 


BERAT AMAT

BERAT

DUA HARI SEKALI

MUHYIDDIN KENA

KIRA ORANG

KAH  KAH KAH

Adakah Muhyiddin cukup sokongan terus jadi PM?

APA yang berlaku dalam tempoh 48 jam lalu telah mengubah persoalan tentang sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

The Malaysian Insight difahamkan Muhyiddin dan Bersatu pimpinannya bergelut mahu mengumpulkan sokongan majoriti untuk Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat menjelang sidang pembentangan Belanjawan 2021 bermula 2 November. 

Kerajaan memerlukan majoriti mudah 112 ahli Parlimen untuk kekal berkuasa di Dewan Rakyat. Sebelum ini, ia mempunyai sokongan 113 daripada 222 ahli Parlimen.

Usaha mengumpulkan sokongan itu bermula selepas Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa. 

TENGOK DEPAN

TENGOK BELAKANG

TAKUT KENA PULUN

TAKUT HILANG

TAKUT KENA BELI

KAH KAH KAH



PERANGAI NAK PENCEN

 



PERANGAI 

NAK PENCEN

Unknown commented on

 "PENGUMUMAN ANWAR SAHEH"

Mula mula makan kek. Lepas tu makan pulut kuning.lepas tu ambil gambar punch card. Biasanya majlis rai pegawai pegawai nak pencen mmg macam tu. Tapi tak pernah lagi orang umum ada labia majora lepas tu pencen. Kronik sakit orang nak pencen ni.

MUHYIDIN BOLEH BERTAHAN ?

 


SEMUA BERTANYA

Adakah Muhyiddin 

cukup sokongan 

terus jadi PM?


BERITA  MENYUSUL

KERANA TT TAHU DAN WAJIB BERCAKAP BENAR

 



KERANA TT TAHU

WAJIB BERCAKAP 

BENAR

Unknown commented on 

"ANWAR MANGSA BERITA PALSU"

Mmg TT tak suka dsai.. Entah mengapa?


Unknown commented on 

"ANWAR MANGSA BERITA PALSU"

TT bukan saja pundek, cibai....tapi retarded....cara dia fikir macam WTF

NAK TANYA DATUK SERI

 





DATUK SERI


BETUL KE ESOK

JUMAAT 16/10/2020

DATUK SERI

DIPANGGIL  UNTUK

DISIASAT 

DI BUKIT AMAN

KES APA DATUK?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


T UNTUK TAMBI CHIK

 




T UNTUK 

TAMBI CHIK

Anto nyo beraga @ Antoniobraga commented on

 "PENGUMUMAN ANWAR SAHEH"

Tt..Meh bior aku pulak buat pencerahan kat macai Tukar Tiub Teori domino R.A.H.M.A.N dah diakhiri oleh Najip dan seterusnya teori domino M.A.H.A.T.H.I.R sedang bermula...Teraju negara kita ni dah di set..jadi buat letih je kita menyalak..lu tak caya cakap aku ko tengok nanti ...Tungguuuuuuuuuu...Hantu Raya nombor 6 yang aku bela kasi tau semua ni pada aku.. M(mahyudin.A(anwar).H(hadi).A(???)..??? Jadi moh le kita membalat dulu kasi sentim kapla

JANGAN HIA RAJA LAWAK

 



JANGAN HINA

RAJA LAWAK

Unknown commented on

 "TANYA X-BOSS LOBAK MAN"

Kadang2 aku konpius lokman adam, macam iras2 angah raja lawak pun ada

ANWAR MANGSA BERITA PALSU

 


ANWAR MANGSA

BERITA PALSU

Unknown commented on 

"NASEHAT NOKIA"

Dei Pundek TT, Habis senarai nama yang buatkan walauntaik dan penyamun gelabah tu dapat kat mana? Siap pi buat repot polis kunun tak sokong DSAI. Polis pulak panggil Anwar utk siasatan pasal enarai MP yang soskong DSIA. Mana polis dapat senarai yg agung pun tak dapat lagi. Senarai pun tak dak, macam mana nak siasat??? ada paham ka Pundek TT..

ABAM SOSOK TUCKWA

 



ABAM SOSOK 

TUCKWA

panglimo potaseh commented on 

"ANWAR ADA KE TIPU ?"

Ciss Abam ..kau main Agong ye ..gwa tak picaya dingan gogondang tolingo gwa ..Abam siorang yang sangat TUCKwa ..gwa tak picaya ..Tak Tak Tak.

BERKLHALWAT HARI KE 212

 





KHALWAT KE 212

HARI INI KHAMIS  15/10/2020

KITA MASUK KE HARI 212
BERHALWAT

INI HARI PERTAMA
PKP DI MULAKAN KEMBALI
KERANA SERANGAN
OMBAK KE TIGA KOBID

ANGKA TERUS MELONJAK
YANG  DIHINGGAPI
YANG TEWAS MAKIN
BERTAMBAH

PERANCHIS UMUM KERFEW
LONDON GAWAT
TAK JELAS  APA YANG WAJIB
DILAKUKAN
BINCANG DAN DEBAT
TAK HENTI HENTI

AMERIKA 
TRUMP KELUAR DARI HOSPITAL
TERUS BERKEMPEN
ENTAH OK ENTAH TIDAK

WARGA AMERIKA SAREKAT
MENGUNDI  TAK SAMPAI
TIGA MINGGU LAGI
SUASANA  GAWAT

CHINA MERAH TERUS
MENYOROKKAN ANGKA
TAK TAHU BERAPA DIJANGKITI
TAK TAHU BERAPA TEWAS
YANG PASTI 
KOTA DEMI KOTA
DITUTUP

PAGI INI HOKKIEN MALAP
KUALA LUMPUR MALAP
TAPI TAK BISING

ADA TIGA KERETA
DITEPI JALAN
ADA ANAK  MENANTU
BUAT ZIARAH KUBUR
PAGI INI

JIKA KITA INGIN  BERJAYA
SAMA SAPERTI INGIN BERNAFAS
INI  TANDA KEJAYAAN

JIKA ADA  ORANG KATA
JANGAN BUAT
INI BERMAKNA 
JANGAN LAKUKAN 
BERSAMA  DIA

HARI INI  KITA LAKUKAN
APA ORANG LAIN KATA JANGAN
ESOK KITA AKAN LAKUKAN
APA ORANG LAIN TERTEDAYA MEMBUAT

JANGAN SILAP
GAGAL SEKALI
DENGAN 
TERUS GAGAL

BILA 99%  ORANG
SANGSI TERHADAP
PANDANGAN KITA
KEMUNGKINAN KITA SALAH
ATAU
KITA AKAN MENCIPTA SEJARAH

TERUS TEKUN
DENGAN PEKARA  PAYAH INI
SATU HARI NANATI
IANYA HANYA KACANG PUTEH

JIKA KITA TIDAK
MENKOTAKAN MIMPI KITA
ORANG LAIN KAN UPAH KITA
UNTUK MENGKOTAKAN MIMPI MEREKA

BUAT APA YANG  BOLEH
BUAT DENGAN APA YANG   ADA
BUAT DIMANA BERADA

KEKUATAN DIRI
BUKAN MENDERAM KUAT
KADANG KALA SUARA KECIL
BERKATA
KITA SAMBUG LAGI ESOK

APA AGAKNYA 
YANG AKAN KITA LAKUKAN
 JIKA KITA TAK TAKUT

MASANYA SEKARANG
DETINYA HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT