Selasa, 15 Disember 2020
SALAHKAN MINTA WAN AZIZAH DAN NURUL BERCAKAP BENAR
SALAHKAN MEMINTA
WAN AZIZAH
DAN NURUL IZAH
BERCAKAP BENAR
Sukakan kedamaian commented on
"WAN AZIZAH WAJIB
BERTERUS TERANG"
Sudah2 lah.semakin Hari kamu semakin merapu. Dari kamu buka AIB orang baik kamu jaga AIB kamu.
Sukakan kedamaian commented on
"WAN AZIZAH WAJIB
BERTERUS TERANG"
Janganlah biadap sangat.kamu ni Napa yer.nak hancurkan hidup Dr wan.apa dosa dia DeKat kamu.jgn jadi manusia paling celaka. Sudah2 lah bro.ajaran Islam mana yg kamu belajar Dan pegang no Ingatlah.sapa kamu nak membuka AIB orang.jangan sampai Allah buka AIB kamu nanti.
JANGAN KECEWA - BERI PENCERAHAN SUSUN BANGUN LAWAN
BRO
JANGAN KECEWA
BERI PENCERAHAN
SUSUN ATUR
BANGUN LAWAN
zaharuddin ahmad commented on
"REFORMASI TANYA WAWI"
Aa.aah..sudah la.a... semua main wayang... aku dah tak percaya dengan orang politic.. sepatutnya dicalonkan untuk bekerja untuk rakyat.. semuanya barua belaka.. barua kaum kapitalis.. barua kaum feudalisma.. barua kaum yang agongkan kertas kepala agong..
rakyat yang inginkan perubahan.. hanya dibenarkan bermimpi je.e.. lebih-lebih.. masuk lockup.,,yang dah sah masuk lockup dibenarkan dilepaskan meng"fuckup"., hal ehwal negara..yang meng"lookout" akidah.. sudah shockedup mercdabalak... kalau orang tanya aku .. pasal negara M'sia.. aku jawab "its a fuckup nation to begin with"...
KITA TUNGGU APA AKAN TERJADI
KITA TUNGGU
APA AKAN TERJADI
cikminah commented on
"BUJET LULUS"
Seperti biasa, Tengku Razaligh chicken out!!!....hahahaha. Adakah kemenangan ini bererti, geng mahkamah akan lepas dpd sebarang tuduhan meropmpak wang rakyat dan menggubal wang haram....?
KOBID MASIH MENGGANAS
AWAS
HATI
HATI
Malaysia catat 1,772
kes baharu Covid-19
TAK DATANG ERTINYA TAK SOKONG
TAK DATANG
ERTINYA
TAK SOKONG
sakai bangsar commented on
"BUJET LULUS"
kah kah kah kah
JANGAN TERPERANJAT PAKAR BIJI TERSELIT
BRO
LU JANGAN
TERPERANJAT
KAH KAH KAH
PAKAR BUAH DADA
PAKAR BIJI TERSELIT
ADALAH JUGA
PAKAR POLITIK
KAH KAH KAH
Hubungan MN terjejas selepas wujudnya 3 kem dalam UMNO – Mokhtar Senik
HIGH NOON - DUA ATOK
HIGH NOON
Unknown commented on
"MADEY TEMBAK ANWAR"
Woit tak habis habis lagi kah ? Atok dua orang dok komplot apa lagi ? Baik hanyut kan semua yang dah lepas umur 60 tahun, bagi pencen saja dari dunia politik, bila pulak nak bagi peluang kepada anak atok, cucu atok ?? Malaysia ini semakin hancur kalau orang tua yang tak mahu mampus cepat lagi taubat lah wahai tua kah kah
HUJAN TURUN
HUJAN
ISRAEL SAUDI DAN AMERIKA
ISRAEL SAUDI
DAN AMERIKA
Tahun depan pada 20 Januari 2021 Joe Biden akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Sarekat ke 46. Joe Biden dari Parti Democrat mengalahkan Donald Trump dari Parti Republican dalam pemilihan Presiden Amerika 2020.
Kita lupakan apa yang sedang dilakukan oleh pasukan peguam Donald Trump yang mahu menggagalkan pemilihan Joe Biden melalui tindakan mahkamah. Di belakang tabir keputusan telah dibuat.
Hakikatnya Joe Biden dengan bantuan ‘ daulah terpendam - deep state’ , media arus perdana , teknoloji gergasai bersama oligarki telah berjaya mengalahkan Donald Trump. Amin.
Perserikatan empat kuasa ini telah berjaya menobatkan Joe Biden. Sama saperti Obama, Joe Biden juga dipilih untuk mewakili kaum pemodal kerana sosok ini dilihat sopan , berhemah dipecayai memiliki imej yang ‘lembut’ untuk menjadi ‘muka depan’ kaum pemodal antarabangsa yang mahu menjarah harta kekayaan dunia.
Wajah Joe Biden tidak menggangu gugat perjalanan warga di Wall Street.
Dari stratiji kaum pemodal adalah lebih molek dilihat Orang Hitam mengebom mati orang hitam di Afghanistan dari Orang Putih membuat kerja bunuh membunuh. Joe Biden yang berhemah akan dilihat mulia dikaca mata rakyat dunia. Berbanding dengan Trump yang lucah dan celupar dilihat membawa bahaya kepada modal.
Pemilihan siapa menjadi Presiden di Amerika tidak ada membawa apa apa makna yang fundumental yang boleh mengubah keadaan ekonomi, politik dan sosial majoriti warga Amerika menuju ke ruang yang lebih elok.
Gula-gula pilihan raya ini di ding-dongkan empat tahun sekali dengan bijak, licik dan teratur.
Tujuan pemilihan ini untuk memberi harapan kepada orang ramai bahawa negara Amerika Sarekat sebuah negara yang demokratik. Rakyat di Amerika setiap empat tahun sekali diberi peluang untuk membuat pilihan sosok mana yang diberi mandat untuk memimpin mereka.
Dalam masa yang sama pilihan raya Presiden di Amerika akan ditakrif dan digunakan sebagai contoh unggul ciri ciri negara demokratik. Ciri demokrasi ini wajib dijadikan ikutan dan tauladan oleh negara-negara lain terutama di dunia ketiga saperti Malaysia. Tanpa pilihan raya negara itu akan dianggap tidak demokratik. Ada pilihan raya dianggap negara pengamal demokrasi dan kebebasan.
Pilihanraya kini disamakan maknanya dengan demokrasi. Pilihanraya disamakan dengan kebebasan. Pilihanraya disamakan sebagai bebas bersuara, bebas berkumpul dan berpersatuan. Negara yang ada pilihanraya ditakrif sebagai menghormati hak asasi manusia.
Dua sosok - dari Parti Repbulican dan Democrat - yang bertanding sabenarnya tidak memiliki perbezaan dasar yang hakiki. Amat payah lagi sulit untuk warga dunia membezakan rasa Coca Cola dengan rasa Pepsi Cola. Biden Pepsi atau Trump Coke atau Biden Coke dan Trump Pepsi. Mustahil dapat dibezakan kerana dua-dua dasar parti yang mereak anuti adalah sama.
Dua parti ini mewakili kepentingan kelas kaum pemodal. Mewakili kepentingan pasaran mencari untung. Dua-dua parti politik ini klim bahawa dibawah parti mereka sistem ekonomi kapitalis akan dikendalikan dengan lebih baik. Keuntungan akan belipat ganda.
Beza yang jelas hanyalah ketika berkuasa Trump memberi arahan menembak penunjuk perasaan di arah kepala. Manakala Biden yang akan dapat kuasa memberi arahan tembak di bahagian dada. Satu tembak di kepala dan satu lagi tembak di dada untuk warga Amerika. Untuk warga dunia arahan mereka sama – bom sampai lumat. AminDalam politik khususnya politik pilihan raya di Amerika ada satu lagi kuasa di belakang tabir. Kuasa ini jelas dilihat dan diketahui ramai. Tetapi tidak ramai yang berani menyuarakan apa yang mereka nampak.
Kuasa ini begitu berkuasa sekali hinggakan tidak ada sesiapa di Amerika berani berkata benar apabila berhadapan dengan kuasa ini.
Semua orang tahu. Semua orang buat buat tidak tahu.
Kuasa yang memiliki kuasa besar di Amerika dan dalam dunia hari ini ialah kuasa Zionis Israel. Zionisma ialah kuasa yang sedang mendominasi politik, militer, diplomasi dan ekonomi dunia kita hari ini.
Bersama kuasa Zionis ini ada satu lagi kuasa untuk menjadikan kuasa tiga serangkai. Kuasa ini ialah kuasa Islam. Islam Saudi ini dikenali sebagai Wahabi.
Tiga kuasa inilah yang sedang mengharu birukan dunia Arab. Tiga kuasa ini bukan hanya membuat kacau di dunia Arab malah bertanggung jawab membuat kacau di seluruh dunia. Kuasa imperialis Amerika, dibantu oleh Zionis Israel dengan sokongan idealoji Wahabi.
Betul ke Saudi ini berkuasa dan berpengaruh?
Buktinya cukup senang. Tak perlu kajian mendalam. Tak perlu ijazah PPE ( Politic Philosophy Economy) dari Oxford Universiti atau dari UITM. Untuk Amerika negara tanpa pilihanraya adalah negara tidak demokratik. Saudi Arabia semenjak diwujudkan oleh Inggeris pada tahun 1930 tidak pernah ada pilihan raya. Tetapi Rumah Putih senyap tak memberi apa apa komen.
Media Amerika – New York Times, Los Angles Times, Wall Street Journal dan kaum kerabatnya tidak pernah menimbulkan atau mengkritik Saudi Arabia. Media Amerika hanya berupaya membuat laporan acah acah sahaja berbanding laporan maut mengenai Cuba atau Venuezula. Kenapa?
Jawapan senang sahaja. Kerana Saudi ini adalah sebahagian dari projek Zionis – Anglo- Amerika.
Dalam tahun ini sahaja kita telah membaca dua pembunuhan yang dijalankan oleh Amerika. Pada 3 Januari 2020 Major General Qasem Soleimani telah dibunuh atas arahan Presiden Trump. Qasem adalah sosok ke dua terpenting dalam hiraki kepimpinan politk Iran sesudah Presiden.
Pada 27 November 2020 yang baru berlalu Mohsen Fakhrizadeh telah dibunuh. Mohsen ialah saintis dan pakar tenaga nuklear Iran.
Apa tujuan pembunuhan ini.Sekali imbas kita lihat bahawa Qasem dibunuh kerana sosok ini memiliki kebijaksanaan dalam hal militer. Iran musuh Amerika maka Qasem wajib dimatikan. Manakala Mohsen dibunuh kerana sosok ini pakar nuklear. Amerika tidak mahu Iran memiliki senjata nuklear. Maka Mohsen wajib dimatikan.
Tetapi hakikatnya di belakang pembunuhan ini ialah Zionis Israel dan Saudi. Zionis dan Wahabi menganggap Iran sebagai musuh utama mereka justeru Iran wajib dimusnahkan. Yang memiliki kuasa untuk menyerang musnah Iran hanya Amerika.
Pembunuhan ini bertujuan untuk menjemput Iran melakukan serangan balas. Dari segi perancangan Zionis -Wahabi - pada perhitungan mereak pasti Iran akan bertindak balas.
ZionisWahabi berharap Iran akan mengarahkan jaringan atau anak buahnya untuk melakukan serangan balas . Saperti yang berlaku pada tahun-tahun 70’an dan 80’an. Kelab malam Le Belle yang dikunjungi oleh soldadu Amerika di bom di Berlin pada 5 April 11986. Pada 18 Julai 1994 bangunan pejabat Isreal-Argentina dibom di Beunos Aires. Seramai 865 tewas dan ratusan cedera.
Apa sahaja tindakan balas dari Iran akan memberikan alasan kepada Amerika untuk bertindak. Zionis-Wahabi hanya melakukan provokasi. Mereka mahu Amerika berperang dengan Iran. Ini cara Zionis-Wahabi bekerja.
Lihat bagaimana kerajaan Saddam dijatuhkan. Lihat bagaimana Muammar Gadafy dibunuh. Lihat hingga sekarang Syria masih lagi dalam kancah perang . Semua ini adalah projek Zionis-Wahabi.
Pasti ramai pembaca akan menuduh bahawa Hishamuddin Rais anti Islam. Menuduh tulisan ini tidak bertanggung jawab. Mustahil Saudi negara syumul Islam - penjaga kubur Nabi dan Kaabah - akan bekerja sama dengan Zionis Israel. Ramai akan menuduh tulisan ini adalah fitnah.
Untuk memahami duduk perkara bukan satu yang susah. Kita hanya memerlukan fikrah rasional. Buangkan emosi yang memandulkan fikrah.
Saudi Arabia ini diwujudkan oleh kuasa Inggeris pada tahun 1930. Ini sebagai stratiji pisau dibawah perut Kerajaan Ottoman. Kuasa imperial German- Hungary-Austria berjaya mengalahkan kerajaan Ottoman pada tahun 1914 . Banyak wilayah Ottoman jadi rebutan. Saudi jatuh ke tangan Inggeris. Maka lahir apa yang kita kenali sebagai Saudi Arabia.
Saudi wujud bersama ajaran Islam Islam Wahabi. Ajaran Islam Wahabi ini dimunculkan dari pandangan sosok pemikir dan ilmuan Islam yang bernama Muhamd bin Andul Wahab ( 1703-1792)- justeru dipanggil Wahabi.
Apa yang menjadikan Saudi Arabia penting dari stratiji geo-politik kuasa imperia ialah bahan bakar petrolium. Wilayah yang kita kenali sebagai The Kingdom of Saudi Arabia terdapat bahan bakar minyak.
Minyak adalah penjana ekonomi. Tanpa bahan bakar minyak ekonomi dunia tidak bergerak. Saudi mengeluarkan 12 juta tong minyak sehari. Satengah dari pengeluaran minyak dunia datang dari telaga minyak Saudi Arabia.
Tanpa bahan bakar minyak sistem ekonomi kapitalis tak dapat bergerak. Tanpa bahan bakar minyak dari Saudi Arabia sistem ekonomi kapitalis tak berjalan. Justeru Saudi menjadi penting dalam geo-politik sistem ekonomi.
Amerika dibawah Presiden Nixon telah membuat perjanjian dengan Kerjaaan Saudi dimana minyak yang dijual dari Saudi wajib dibeli dengan dolar. Hakikatnya jual beli minyak hanya akan menggunakan dolar. Ini berlaku sesudah Nixon membatalkan nilai dolar disamakan dengan nilai emas. Ini permulaan apa yang dikenali sebagai petrodollar.
Amerika akan memastikan kerajaan Saudi tidak diganggu gugat. Perjanjian ini memastikan keselamatan Saudi dijaga oleh Amerika.
Apa sangkut paut semua ini dengan apa yang berlaku sekarang? Apa sangkut pautnya Zionis dengan Wahabi dengan Iran dan apa yang berlaku sekarang?
Semuanya ikat berikat. Semuanya memainkan peranan dalam dunia kita hari ini. Kita lihat sejarah bagaimana Zionis-Wahabi berkembang seiring dengan kekuatan petrodolar. Tunggu minggu hadapan.(TT)
MUHYIDIN JATUH ZAHID ATAU NAJIB JADI PM?
MUHYIDIN JATUH
ZAHID ATAU NAJIB
JADI PM?
Unknown commented on
"KERAJAAN MUHYIDDIN
JATUH ESOK"
aku melihat situasi diperak .. mb perak di jatuhkan oleh umno + dap.. dari kejatuhan itu.. siapa yang naik.. MB UMNO.. kerajaan masih PN. kalau ikut pelan tun + kuli.. patut kerjaan baru.. tapi macam mana kalau umno/bn + pn sailang pelan tun + kuli..
angkat Hadi atau Zahid jadi PM ?.. kerjaan PN kekal.. tapi yang aku pelik nuar ni macam mana dia boleh dapat 113 kerusi ? kalau ikut situasi diatas tak mungkin nuar boleh ada 113 kerusi yang aku nampak nuar cuma boleh dapat banduan ..
kah kah kah
WAN AZIZAH WAJIB BERTERUS TERANG
WAN AZIZAH
DIMINTA BERTERUS
TERANG
Unknown commented on
"WAN AZIZAH DAN NURUL IZAH
WAJIB BERKATA BENAR"
Sayangku dto seri wan jijah...luahkan lah. Jangan malu..sudah sampai masenye untuk bertarustarang. Bagaimana puan boleh bertahan selama ni dengan membiarkan karipapop puan dimasukin pisang yg tak kenal mana depan mana belakang..kihkihkih
REFORMASI TANYA WAWI
WAWI WAJIB
BERKATA BENAR
Unknown commented on
"INI SURAT RAFIZI HINA ANWAR"
Piji sudah bunyi... Songel balas reformasi institusi... namun si songel sengal masih gila gila mimpi... reformasi utama mesti lah dulukan dari diri sendiri...reformdiri reformdiri! tolong tanya wawi, tolong tanya norul gotu, tolong hambat songel tengok cermin tanya hati...sampai bila nak menipu...apa temberang sampai mati???
NAJIB NAK TIPU MALAIKAT
NAJIB NAK TIPU
MALAIKAT
Unknown commented on
"LAGI KES NAJIB ROSMAH"
Pinjawat awam rasuah tak pandai. Rasuah bodo namanya. Dah makan duit haram tanak sedekah sikit kat anak yatim. Tengok jibby. Samun duit beratus juto dia ingat anak yatim. Bagi sorang sikit anak yatim, tahfiz. Hebat jiby.
Rakyat hakim semua dia tipu selamba. Paling best Dengan malaikat pencatit dosa pahala pon jibby try nak tipu. Nak kawtim!Kahkahkahkahkahkah
MADEY TEMBAK ANWAR
HIGH NOON
KUALA LUMPUR
Tun M, Ku Li
jangka kerajaan PN
tumbang hari ini
Saya tidak perlu tunduk,
taat kepada Anwar –
Tun M
TUHAN INI APA?
TUHAN INI APA
RA DAN ZEUS?
Unknown commented on
"GURU NANAK IMAM BENGALI"
oh ya ke ... aku ingat guru gobind sing tuhan tt .. sorri lah .. aku bukan paham politik
BERKHALWAT HARI KE 273
SELASA 15/12/2020
BERKHALWAT