Ahad, 27 Disember 2020

KAMPUNG DEN KONO SORANG

 

CILAKO

DEN TAKDO

DI RUMAH

KAMPUNG DEN

KONO SORANG

HAMPEH KOBID

AMIN


PKPD di 2 kawasan di Johor, 1 di Negeri Sembilan

TIGA kawasan akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan jumlah kes positif Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ketiga-tiga kawasan itu adalah Pusat Koreksional Johor Bahru di Jalan Ulu Choh-Pontian, Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, di Kota Tinggi dan di Penjara Jelebu di Negeri Sembilan.

PKPD akan berkuatkuasa mulai esok sehingga 10 Januari.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan lapan kes positif dalam lapan hari bermula 16 Disember hingga 23 Disember. Kes dikesan setelah tahanan menghadiri kes mahkamah di daerah lain. Sebanyak 685 tahanan dan kakitangan penjara terdedah kepada lapan kes positif itu,” kata Ismail Sabri ketika merujuk kejadian di pusat koreksional Johor Bahru.

“Oleh itu, PKPD di pusat koreksional akan berlangsung dari 28 Disember hingga 10 Januari,” tambahnya.

PKPD itu melibatkan 937 tahanan, 322 kakitangan dan 128 keluarga.

Berkaitan PKPD di Taman Desa Sejahtera, Ismail Sabri berkata, kes pertama kali dikesan di lokap balai polis daerah Kota Tinggi, di mana 125 kes direkodkan.

“Kementerian telah melakukan 171 ujian dan mengikut nasihat kementerian, pemerintah telah memutuskan untuk menjatuhkan perintah pembatasan dari 28 Disember hingga 10 Januari,” katanya.

Sementara itu, di penjara Jelebu, Kementerian Kesihatan mencatatkan 307 kes positif Covid-19 yang melibatkan 305 banduan dan dua wali penjara.

Pihak berkuasa juga telah memeriksa 1,086 individu dan pengesanan hubungan sedang dilakukan.

“Kami telah mengesan peningkatan kes Covid-19 positif dan kami telah dinasihatkan untuk melaksanakan PKPD di penjara sehingga kami dapat mengenal pasti virus tersebut.”

“PKPD akan bermula dari 28 Disember hingga 10 Januari. PKPD akan melibatkan pusat penjara dan juga tempat kakitangan,” kata Ismail.

Dalam hal lain, Ismail Sabri juga mengumumkan penamatan PKPD di Flat Persiaran Paya Terubong, Relau di Pulau Pinang.

PKPD sepatutnya berakhir pada 31 Disember tetapi ditamatkan memandangkan pihak berkuasa tidak mengesan kes baharu.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melakukan 5,585 ujian saringan ke atas penduduk di setiap blok dan menemui 113 kes.

“Terdapat penurunan jumlah kes positif dan tidak ada lagi sampel yang sedang diuji.

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk menarik kembali perintah itu hari ini,” kata Ismail Sabri. – 27 Disember, 2020.

WOIT 

WARIKH

CAM MANO NI

PANGLIMO 

POTASEH

MACAM MANO 

DEN NAK BALIK


KAMPUNG

TAK JADI

CILAKO KOBID

AMIN


GANJA SELAMATKAN EKONOMI

 


 GANJA SELAMATKAN

EKONOMI NEGARA 


PAKATAN HARAPAN RAMAI

 




TAHNIAH


MANTAP 


DAP, PKR setuju tubuh gabungan besar pembangkang, kata Khalid



Amanah akan terus kukuhkan Pakatan, kata Mat Sabu


AMANAH akan terus memainkan peranan untuk mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) serta meluaskan jaringan kerjasama untuk membentuk satu gabungan besar menjelang pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

Katanya, gabungan besar itu memerlukan satu penjajaran semula politik, yang melibatkan parti-parti lain.

“Menyongsong ke hadapan, saya berpandangan adalah mustahak untuk Amanah terus berperanan memperkukuhkan Pakatan Harapan.

“Bahkan lebih mustahak lagi adalah untuk melebarkan kerjasama dengan semua pihak dan parti pembangkang yang lain buat menjalinkan satu penjajaran besar sebelum kita berjaya membentuk sekali lagi satu gabungan besar,” katanya, dalam pidato presiden pada Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara, di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.


 RAKYAT

MENUNGGU

GARIS BARU

PAKATAN HARAPAN

AMIN


APA KATA ZAHID TENTANG ANWAR

 

 

ANWAR AKAN

DEKAT MADEY?

KAH KAH KAH

JANGAN KETAWA

KAH KAH KAH

DEMI KERUSI PM

SEMUA BOLEH

BERLAKU

AMIN


Anwar tak dapat jadi PM 

kalau tak dekat 

dengan Mahathir, kata Zahid

Harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan kesampaian sekiranya presiden PKR itu tidak berdamai dengan Dr Mahathir Mohamad, kata bekas setiausaha politik perdana menteri ketujuh Zahid Md Arip.

“Dalam keadaan sekarang, dia dengan Dr Mahathir nampak macam suam, menjauhkan diri.

“Selagi dia tak tunduk dan dekat dengan Dr Mahathir, saya ingat dia macam itulah. Dia tak boleh jadi PM,” katanya dalam temu bual bersama portal MalaysiaPost malam tadi.

Kata Zahid, tidak mustahil untuk Anwar akan kembali berbaik semula dengan Dr Mahathir, demi mengejar hasrat dan cita-cita poitiknya.

Senator Dewan Negara itu juga mengulas dakwaan Anwar yang berulang kali berkata mempunyai bilangan sokongan majoriti di parlimen, malah sejak September 2008 lagi.

 DALAM POLITIK

TAKDA MUSTAHIL

SEMUA BOLEH

KAH KAH KAH

ASALKAN DAPAT

YANG DIRANCANG

AMIN

POLITIK IALAH

SENI SEMUA BOLEH

AMIN



ADA KEBENARA FAKTA INI

 


 ADA KEBENARAN

FAKTA INI

panglimo potaseh commented on

 "GANJA BOLEH BUAT UBAT"

Lu tau tak di Puchong ada kilang METHADON ..bukang9X ..ini bukang kumpulang Death Metal ..kalau ganja boleh tanam ..methadon tak laku. Kalau ada TaT kita boley buat air doa kovid dah tontu airnye dihoramkang ..silap2 TaT tu sekali dimasukang dlm pusat pemulihang akidah ..kahkahkah

ADA KEBENARAN

 


 ADA KEBENARAN

Jungle man commented on 

"GANJA BOLEH BUAT UBAT"

Ganja diharamkan kerana nak lakukan makanan luar negara seprti kfc mcdonald maggi Mee ajinomoto dll dan juga nak lakukan dadah dan rokok

BETUL KE PAKAR INI ?

 




 BETUL KE 

PEKARA INI?

KAH KAH KAH

Anwar tak dapat jadi PM

 kalau tak dekat dengan Mahathir, 

kata Zahid


 KALAU BETUL

INI BERAT

AMIN

FAKTA SEJARAH - SUAMI KENA ISA

 


 FAKTA SEJARAH

SUAMI KENA ISA

Unknown commented on 

"SAPA BOW SARIMAH"

tt lamo sangat gosip ni..
 orang pun dah takdo nak cerito..

SEDEKAH SADIKIT

 


 BERILAH

SEDEKAH 

Capt salai commented on 

"MUNCUL

 KERAJAAN BANDUAN"

Blog ni pun dh x jadi Tukar Tiub..kd Tampal Tiub..sbb tt dh miskin x mampu nk tuka tiub kahkahkah

MELAYU JADI UMPAN

 



MELAYU JADI

UMPAN

Unknown commented on

 "MELAYU JADI UMPAN 

UMNO UNTUK KAYA"

dulu orang kata kalau ada surat.. surat sokongan yb mudah dapat projek .. betoi ka ? baru2 ni ada dengar cerita ada orang simpan surat.. surat sokongan kepala lanon.. lagi gila.. katanya senang nak jadi pm.. betoi ka ?

CHINA RAHSIAKAN BAHAYA WUHAN - RUSIA RAHSIAKAN BAHAYA CHERNOBYLL

 


 CHINA RAHSIAKAN

BAHAYA WUHAN

RUSIA RAHSIAKAN

BAHAYA CHERNOBYLL

MALAYSIA RAHSIAKAN

APA ITU VEKSIN

RAHSIA - UNTUK TIPU RAKYAT ?

 


NAJIB ADA

SCORPENE

DARI FRANCE

KHAIRY  ADA

VEKSIN  

DARI BELGIUM

AMIN


Perjanjian beli vaksin COVID-19 boleh batal jika langgar syarat rahsia, kata peguam

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin berdepan risiko pembatalan perjanjian pembelian dan perolehan vaksin COVID-19 sekiranya negara didapati melanggar syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin.
Menjelaskan perkara itu, peguam Wan Azmir Wan Majid berkata jika perjanjian kerahsiaan (NDA) adalah cadangan daripada pengeluar vaksin, negara tiada pilihan selain mematuhinya.
Beliau berkata jika berlaku pelanggaran syarat yang ditetapkan, pemungkir boleh dikenakan tindakan dan perjanjian utama (perjanjian pembelian vaksin) boleh dibatalkan.
“NDA adalah satu kontrak yang termaktub terma-terma yang merahsiakan sesuatu perkara atau perbuatan. Kesan obligasi kerahsiaan yang tidak dirahsiakan akan juga termaktub dalam NDA tersebut.
“Semua terma akan tertulis dalam NDA termasuk akibat kemungkiran (ingkar) kepada NDA itu,” katanya kepada Bernama.
Wan Azmir tidak menolak kemungkinan kerajaan mungkin berdepan risiko lain termasuk disaman pihak pengeluar vaksin jika didapati melanggar syarat itu.
Justeru, beliau berkata perlu difahami bahawa terdapat perkara yang boleh didedah kepada umum dan ada yang perlu dirahsiakan mengikut syarat dalam perjanjian yang telah dipersetujui.
Pada sidang media perkembangan perolehan vaksin COVID-19 di Putrajaya hari ini, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sedia memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan pemerolehan vaksin COVID-19, termasuk kosnya secara terperinci.
Bagaimanapun, beliau berkata ahli jawatankuasa perlu mematuhi syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin kerana Malaysia tertakluk dengan syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat terbabit.
Katanya syarat kerahsiaan itu dibuat oleh syarikat pengeluar vaksin, justeru jika berlaku pelanggaran syarat, ia akan menjejaskan perjanjian dengan syarikat terbabit.
Isu berkaitan pemerolehan vaksin COVID-19 turut mendapat perhatian masyarakat khususnya dalam kalangan pengguna media sosial yang antara lain mahu kerajaan lebih telus dengan mendedahkan perjanjian pemerolehan vaksin.

APA
YANG
NAK
RAHSIA
APA
NAK
PUTAR

KHALAS


GANJA BOLEH BUAT UBAT

 


GANJA BOLEH

BUAT UBAT

Unknown commented on

"LIHAT GANJA DENGAN POSITIF"

Gwa minta maaf tersilap baru ni komen pasal mamat yang tersembam dalam kuali daging di rumah kenduri. Boleh jadi dia hisap. Kalau dia bubuh 3helai masa tanak nasi mungkin kejadian itu tidak berlaku. Gwa rasa ganja sengaja diharamkan atas sebab salahguna. Walhal jika ikut cara betul boleh jadi ubat

KENAPA DR NOOR HISHAM CAKAP MACAM INI

 


 JANGAN TIPU

JENG JENG JENG

INI KATA KATA

DR NOOR HISHAM
KHALAS


Jangan tipu, 

aniaya ‘frontliners’

 – Dr Noor Hisham


 

SAPA TIPU

SAP SOROK

SAPA RAHSIA

JENG JENG JENG

ISLAM TUMPU DUNIA LEPAS MATI

 


KAPIR TUMPU

DUNIA SEKARANG

ISLAM TUMPU

DUNIA LEPAS MATI


panglimo potaseh commented on 

"SOALAN YANG WAJIB DIJAWAB 

- KENAPA RAHSIA"

Kalau disebut sbg peneraju inovasi teknologi sudah tentu datangnye dari Kapir Barat dan Kapir Timur Jauh. Kita yang Islam balik2 cerita ttg Avisina, nabi loncat ke langit, bahtera Noh, Hud2 dan prihal Akhir Zaman. 


Bila Kovid memula mendarat di Wuhan TaT kita tak kering gusi nyerita ..balasan Tuhan pada Kapir Harbi China Merah. Bila Kovid diperkanalkan pada kita melalui Toblique ..rizki TaT jual minyak terputus. Ha ..skrg penawar Kovid dah di temui ..macam biasa ..orang gila je yang tak nak jadi BILIYUNWAN ..Lu tak caya lu tanya Abam.

KENAPA ADA RAHSIA ?

 


KENAPA ADA

RAHSIA

Awaiting moderation

capt salai commented on 

"BUKAN ANTI VEKSIN"

Alaa..takkan xleh baca perangai dia org ni..rahsiakn harga sebab senang nk kautim..lu up kan 20% dari harga asal boleh ke tauke..kita sama2 mkn ma

BERITA BAIK SAMPAI



TAHNIAH

BAHAGIAN DEPAN

MELAWAN KOBID

BERKORBAN

UNTUK

ORANG RAMIAN

AMIN


Lebih 30,000 pesakit Covid-19 sembuh di Sabah

SERAMAI 33,571 pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Masidi yang merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata 214 pesakit sembuh hari ini berbanding 239 direkodkan semalam.

“Sebanyak 1,553 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 567 di hospital dan 986 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah. Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi ialah 57 orang dan 18 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata 248 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,640 kes.

Beliau berkata 169 kes atau 68.1% kes positif baharu direkodkan itu berpunca daripada saringan kontak rapat; saringan bergejala 37 kes (14.9%) saringan kluster-kluster sedia ada 26 kes (10.5%) dan 16 kes (6.5%) lain-lain kategori.

“Tambunan kini bertukar daripada zon kuning kepada zon hijau sekali gus menyaksikan dua zon hijau direkodkan di Sabah termasuk Nabawan,” katanya dan menambah, kerajaan Sabah setakat ini telah mengagihkan 303,992 bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh daerah. – Bernama, 26 Disember, 2020.


DOKTOR MISI

JURURAWAT

JURU UBAT

HOSPITAL

TUKANG SAPU

TUKANG MASAK

SALUT UNTUK

SEMUA

AMIN 

KITA JAGA KITA



MUNCUL KERAJAAN BANDUAN

 


 

MUNCUL KERAJAAN 

BANDUAN

Unknown commented on

"BETUL KE INI"

Abam akan letak jawatan jika TT kahwin...KAKAKAKAKAKAKAKAKAKA

Unknown commented on 

"KALAU PKR KAWIN

 DENGAN UMNO JADI APA?"

KALAU PKR KAWIN DENGAN UMNO JADI APA?..TT akan gila sampai mati

KENAPA RAHSIA ? APA RAHSIA VEKSIN ITU

 


KENAPA RAHSIA

AMIN

Perjanjian beli 

vaksin COVID-19

 boleh batal

 jika langgar 

syarat rahsia, 

kata peguam


APA RAHSIA VEKSIN?

JENG JENG JENG

SAPA BOW SARIMAH

 



SAPA BOW

SARIMAH

Unknown commented on 

"JENAYAH NAJIB TIPU 

PENEROKA FELDA

 BELI SAHAM FGV"

Bosan ler TT asyik cerita jenayah Najib jer..jenaya Pm sebelum ni xder ker...Saja tanya jangan marah...KAKAKAKAKAKA

TANAM GANJA BATU EKONOMI

 


TANAM GANJA

BANTU EKONOMI

Unknown commented on 

"BERDITARI"

huhu... tanam ganja untuk kurangkan belanja dapor b40.. huhu.. ni sah sambil komen sambil berpaipon..tak pun mabuk ketum..

BERKHALWAT KE HARI 285

 




KHALWAT KE 285

AHAD 27/12/2020

KITA MASUK KE HARI 285
BERKHALWAT

CUTI PANJANG
MENYAMBUT KRISMAS
ANAK SEMUA BANGSA
BANGSA SEMAU AGAMA
SATU DUNIA
TELAH
SELESAI MENYAMBUT
MAULUDUL RASUL
NABI ISA
AMIN

TAPI DUNIA
MASIH BELUM TENTERAM
GAWAT KOBID 
MASIH BELUM DI BENDUNG

VEKSIN DIKATAKAN
TELAH SAMPAI
TAPI KECURIGAAN
MAKIN MENEBAL
TIDAK ADA KEYAKINAN
TERHADAP VEKSIN

DI MALAYSIA
YANG MENIMBULKAN
KERESAHAN IALAH
KENAPA HARGA
JUAL BELI VEKSIN INI
DI RAHSIAKAN

KENAPA RAHSIA?
PASAL APA RAHSIA?
APA YANG NAK DI RAHSIAKAN
RASUAH?
KOMISEN ?
APA ? APA?
BAHAYA BAHAYA BAHAYA
AMIN

PAGI INI CUACA CANTIK
DILUAR KELIHATAN
LANGIT INDAH
HARI YANG MENJANJIKAN 
PANAS

GUA TERNAMPAK
4 EKOR TIONG
DITENGAH JALAN TEPI BLOK
SEDANG MEMAGUT 
SERPIHAN MAKANAN

DARI JAUH
GUA DENGAR TERKUKUR

PAGI INI
GUA BERJALAN DENGAN JIRAN
DIA ADA TIGA EKOR ANJING
TAKTAK DAN EZI
AMAT SUAI DENGAN 
TOR DAN ULFA

KETIKA GUA MENGETIK INI
DILUAR TERANG
DAN  GUA DENGAR
AMAT KUAT KICAUAN MURAI
TAK HENTI HENTI

INDAHNYA DUNIA INI
MURAI 
YOU MAKE MY DAY

BRO
PAGI INI
KITA MULAKAN HARI
DENGAN SENYUMAN

SENYUMAN
IALAH LENGKOK
YANG AKAN MELURUS
SEMUA PEKARA

BRO
SOSOK YANG GAGAH
AKAN TERSENYUM
DALAM KESUSAHAN

SENYUMAN
IALAH ANAK KUNCI
YANG AKAN MEMBUKA
SEMUA HATI

PAKAIAN 
YANG PALING INDAH
IALAH SENYUMAN

BRO
SEMUANYA BELUM HABIS
SEHINGGA LU
TAK MAHU LAGI MENCUBA

BRO
DALAM HIDUP INI
KITA BUAT KEPUTUSAN KECIL
DENGAN BANTUAN KEPALA
KITA MEMBUAT KEPUTUSAN BESAR
DENGAN BANTUAN HATI

BRO
DALAM HIDUP INI
KITA PERLU KAWAN
KAWAN ITU
ADALAH HARTA KARUN KITA

BRO
KITA TAK HILANG APA APA
SEMUA NILAI YANG KITA MILIKI
SEMUA TERSIMPAN SELAMAT
DALAM ALMARI HATI

BRO
JANGAN SESEKALI
TUJUKAN SANGSI 
PADA DIRI SENDIRI
KETAWAKAN DIRI  SENDIRI TAK PA
TAPI BUKAN SANGSI

JANGAN SIMPAN
HATI KITA
DALAM PLASTIK

BRO
SOSOK YANG TERUS BERSAMA
KITA SEHIDUP SEMATI
IALAH DIRI KITA
KALAU KITA TAK SUKA
DIRI KITA
MAKA KITA  AKAN SENTIASA
BERSAMA ORANG YANG
KITA TAK SUKA
AMIN

BRO
BILA KITA  PERGI BELAJAR
ITU HANYA LAKUNAN CUBAAN
UNTUK KEHIDUPAN
DIMANA LU NANTI 
AKAN JADI WIRA

TAK ADA SESIAPA
DAPAT MEMBEBASKAN
DIRI KITA
MELAINKAN KITA SENDIRI

HANYA MEREKA
YANG BERANI PERGI JAUH
AKAN TAHU  
BERAPA JAUH DIA BERANI PERGI

BRO
HITUNG HIDUP INI
DENGAN BERAPA  RAMAI KAWAN
BUKAN BERAPA TAHUN
HITUNG HIDUP KITA
DENGAN
BERAPA BANYAK KITA SENYUM
BUKAN BERAPA KALI 
KITA  MENANGIS

BRO
JANGAN RASA
KESAORANGAN
SATU DUNIA INI
ADA BERSAMA KITA

DIMANA PUN
KITA BERADA
JADILAH SOSOK YANG BAIK

BRO
TAK PERLU JADI HEBAT
TAK PERLU NAK BERSINAR
TAK PERLU JADI 
MACAM ORANG LAIN
HANYA
PERLU JADI DIRI SENDIRI

BRO
KALAU HANG NAK SAMPAI 
KE LANGIT
PANDAI MENCANGGUNG DULU

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT