ANWAR KENCING
ZAHID
DUA KALI
AMIN
PERTAMA 1998
UCAPAN KETUA
PEMUDA KKN
AMIN
SEKARANG
SEKALI LAGI
AMIN
Ramai mahu Zahid berundur, kata pemerhati
PRESIDEN Umno, Ahmad Zahid Hamidi sedang ditekan dari dalam dan luar partinya sendiri ketika banyak seruan memintanya meletakkan jawatan sebagai presiden, kata orang dalaman parti dan para pemerhati.
Penganalisis dan pemerhati politik berkata parti itu kini berpecah kepada tiga haluan, senada dengan kenyataan bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa.
Menurut mereka ada yang berpihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), mereka yang ingin menjatuhkan kerajaan sekarang dan mereka yang mahu bekerjasama dengan DAP dan pemimpin Pembangkang.
Zahid dan bekas presiden dan perdana menteri Umno, Najib Razak dikatakan bersekutu memimpin haluan yang ingin bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
Bekas timbalan perdana menteri Barisan Nasional itu juga di tuduh di mahkamah dengan 47 tuduhan termasuk 12 atas kesalahan pecah amanah, lapan kerana rasuah, dan 27 untuk pengubahan wang haram.
Seruan kini mula lantang di kalangan pemimpin pemuda dan akar umbi parti supaya Zahid berundur agar kepemimpinan baharu dapat bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Media sosial juga kencang dengan pelbagai kata-kata yang melabelkan Zahid sebagai “presiden Umno paling lemah dalam sejarah”.
Bagaimanapun, seorang anggota majlis tertinggi Umno mempertahankan presidennya dengan berkata ini adalah perkara biasa bila ada perselisihan di antara anggota “keluarga”.
“Walaupun dalam keluarga, ada puak. Setiausaha agung telah umumkan, kepemimpinan parti masih berfungsi seperti biasa.
“Tunggu sehingga waktu yang sesuai (pemilihan parti),” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak mahu disebutkan namanya.
Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata Zahid hanya ikut kehendak akar umbi yang sudah tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PN.
“Zahid sebagai presiden bertindak atas keputusan banyak bahagian Umno yang tidak mahu bekerjasama dengan PN sebab PN bukan kerajaan majoriti,” katanya.
Nur Jazlan berkata, selepas pengisytiharan darurat, ahli Umno keliru tentang demokrasi yang ditangguhkan ini.
“Pelaksanaan perintah darurat menimbulkan banyak pertanyaan yang perlu ditangani jika kita masih menjadi kerajaan demokrasi berparlimen,” katanya.
Bekas timbalan menteri dalam negeri itu turut membidas beberapa pengkritik Zahid dalam pemerintahan PN.
Beliau berkata pengkritik ini patut mengkritik Muhyiddin Yassin dahulu tentang keperluan pelaksanaan perintah darurat sedangkan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) sudah ada untuk mengekang penularan Covid-19.
“Menteri dan ahli Parlimen Umno perlu menjalankan tugas mereka untuk semak dan imbang. Mereka perlu persoalkan PM dan tidak menyerang Zahid secara peribadi.
“Mereka semua dibayar oleh rakyat untuk menjalankan tanggungjawab itu,” kata Nur Jazlan.
Pengarah perunding risiko Bower Group Asia Malaysia Adib Zalkapli berkata kepada The Malaysian Insight, beberapa Menteri Umno lebih berpihak kepada PN berbanding Umno kerana mereka berminat untuk mengukuhkan gabungan untuk memperkuatkan kedudukan mereka sendiri.
“Perpecahan dalam Umno tidak mengejutkan memandangkan pemegang jawatan tertinggi tidak berada dalam Kabinet sementara beberapa ahli Parlimen berkhidmat sebagai menteri.
“Sememangnya mereka yang berada dalam Kabinet ingin memperkuatkan pentadbiran PN,” kata Adib.
Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun berkata Zahid tidak tidak mempunyai sokongan akar umbi Umno kerana beliau dilihat sebagai penyokong Anwar sejak awal lagi.
“Zahid tidak pernah mempunyai penyokong tegar dalam parti, setelah menjadi orang kuat Anwar melawan Dr Mahathir Mohamad, dan kemudian banyak kali tukar haluan politik untuk bertahan,” kata Oh.
“Beliau menjadi TPM hanya kerana Muhyiddin mengundurkan diri dan sangat sukar buat Najib (bekas perdana menteri Najib Razak) untuk melantik sepupu sendiri,” katanya merujuk kepada Hishammuddin Hussein dari Umno.
Tambah Oh, setelah pengunduran Najib secara tiba-tiba, Zahid dijadikan pemangku presiden untuk memimpin Umno sebagai parti pembangkang untuk pertama kalinya.
“Beliau menjadi presiden Umno hanya sebab Najib undurkan diri secara tiba-tiba sementara calon lain yang berpotensi mengambil keputusan untuk berkecuali dalam keadaan yang mengelirukan selepas pertama kali dalam sejarah Umno kalah pilihan raya umum,” katanya. – 21 Januari, 2021.
jawa dan bugis kono koncing dongan koling penang
BalasPadam