Sabtu, 16 Januari 2021

APA KATA KADIR JASIN

 


WAJIB CEPAT

WAJIB PANTAS

WAJIB CERHAS

AMIN

BUKAN LEMBAB

ATAU

SEMBAB

AMIN


Darurat mesti cepat bukan lambat

1. Kalau berita yang dilampirkan (di atas) ini benar, apa guna Darurat, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan segala tok nenek SOP bersabit dengan wabak Covid-19 ini?

2. Bukankah Darurat bertujuan memberi kuasa dan kemudahan kepada kerajaan mengawal wabak ini dengan lebih cepat dan berkesan tanpa halangan dan gangguan?
 
3. Boleh jadi benar sistem kesihatan awam terbeban. Tapi bukankah kerajaan mempunyai kemudahan kesihatan sampingan seperti Kor Perubatan Tentera yang boleh digerakkan untuk tugas-tugas sivil?

4. Kerajaan boleh tukar guna hospital-hospital tentera dan berek-berek untuk merawat pesakit Covid atau membuka kemudahan perubatan tentera kepada orang awam untuk rawatan biasa.

5. Kalau kurang kenderaan seperti ambulans, kerajaan boleh melakukan “requisition” ke atas aset perubatan swasta dan persendirian. Dalam kefahaman saya, inilah kegunaan Darurat iaitu bagi memudah dan mempercepatkan tindakan mengawal dan menghapuskan Covid.

6. Sebaliknya kalau masalah yang sama terus berlaku dan keupayaan memerangi wabak ini tidak bertambah baik, jangan salahkan rakyat jelata jika mereka membuat kesimpulan bahawa Darurat ini adalah untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional semata-mata.

7. Maaf kalau saya terlepas pandang tapi rasanya Jawatankuasa Khas pelbagai pihak yang dijanjikan belum lagi ditubuh walaupun Darurat sudah 4 hari berjalan. Dalam kefahaman saya juga, bila darurat kita kena cepat. Bukan macam tarian zapin yang lemah gemalai tapi macam cha cha cha atau rumba yang pantas dan cergas.
 
8. Di sinilah Jawatankuasa Khas yang dijanjikan itu boleh berfungsi sebagai badan bertindak tertinggi dengan kepakaran dan bidang kuasa yang luas. Ia juga boleh mengambil alih peranan kawal selia Parlimen yang telah digantung. Namun ini tidak pula bermakna Alhi Parlimen boleh goyang kaki, makan gaji buta atau meraba-raba dalam kegelapan dan tengah hari buta.

9. Bayangkan kalau kes macam ini boleh berlaku di bandar atau di tempat yang mudah komunikasi dan pengangkutan, apa halnya dengan rakyat jelata totok yang tinggal jauh di pedalaman?

10. Sepatutnya tanpa gangguan politik dan dengan kuasa darurat yang luas, Muhyiddin dan konco-konconya mempunyai peluang yang lebih besar menterjemahkan doa mereka yang berkumandang di udara sepanjang masa kepada gerak kerja yang berkesan. Lagi pun mereka merancang Darurat ini sudah lama.

Wallahuaklam.Terima kasih.


GERAK CERGAS

TANPA GANGGUAN

AMIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan