Sabtu, 9 Januari 2021

APA OXFART KATA

 


DULU LOKMAN

JADI LOBAKMAN

KAH KAH KAH

SEKARANG 

MAT MASLAN

JADI 

GORENG PISANG

KAH KAH KAH

DON PLAY PLAY

KAH KAH KAH

INI KATA HIKMAH

DARI OXFART

KAH KAH KAH




Dulu IQ tahap lobak, sekarang pemikiran goreng pisang – KJ

PUTRAJAYA – Alasan UMNO mahu menamatkan kerjsama dengan Bersatu disebabkan kerajaan Perikatan Nasional enggan menggugurkan kes membabitkan pemimpin-pemimpin parti itu lahir dari pemikiran tahap goreng pisang.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merujuk kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan yang menyebut alasan tersebut sebagai antara punca timbul rasa tidak puas hati ketua-ketua bahagian UMNO.

Rasa tidak puas hati itu menyebabkan mereka mengusulkan supaya kerjasama kedua-dua parti ditamatkan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

“Kalau sebab kita tidak memberi sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikiran level goreng pisang lah.

“Kualiti IQ dia dulu lobak, ini goreng pisang, ia bukan alasan berkualiti,” katanya dalam sidang media di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini.

Khairy awal hari ini memuatnaik Instagram Story keratan video Ahmad Maslan bercakap mengenai perkara tersebut dan melabelkan sebagai goreng pisang.

Beliau juga meminta Ahli Parlimen Pontian itu tidak bercakap soal itu mewakili parti kerana bukan semua pemimpin mahu campur tangan eksekutif dalam kes mahkamah.

Katanya, jika itu yang dimahukan maka pemimpin UMNO tidak ada beza dengan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan juga Lim Guan Eng.

Perkara tersebut menarik perhatian para wartawan dan bertanyakan tentang hal itu kepada Khairy dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Khairy  yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi membidas segelintir ahli-ahli politik yang acap kali mendesak Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

“Saya rasa ini pendirian yang tidak bertanggungjawab, hujah mereka pilihan raya diadakan di Singapura dan New Zealand, saya rasa kita tak boleh buat perbandingan dengan negara-negara tersebut.

“Negara tersebut skalanya lebih kecil daripada kita dan pematuhan SOP kita semasa Pilihan Raya Negeri Sabah jelas terbukti kita tak dapat mematuhi SOP terumatanya ahli-ahli politik.

“Sebab itu saya rasa tidak sesuai untuk kita membuat perbandingan.

“Orang yang cakap nak adakan pilihan raya saya selalu nampak dalam Facebook mereka pun tak pakai pelitup muka, selalu salam orang, saya fikir ini tahap pemikiran goreng pisang,” katanya.

Sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy menegaskan bahawa pelaksaaan PRU15 ketika ini tidak sesuai ketika ini jumlah kes positif Covid-19 sangat tinggi.

Tambahnya, PRU15 bukan sahaja dihalang oleh akar umbi UMNO bahkan majoriti rakyat di negara tidak mahu ia diadakan dalam waktu terdekat susulan kes jangkitan masih tinggi ketika ini.

“Saya sebagai menteri sains yang melihat kepada data-data jangkitan dan sebagainya, saya juga tahulah bahawa kalau sekiranya kita adakan PRU15, ini akan mengundang risiko yang tinggi kepada kesihatan awam.

“Jadi sebab itu saya melihat bukan hanya akar umbi UMNO tapi rakyat secara keseluruhan tidak ingin diadakan PRU15,” katanya lagi. – 

KESIAN LOKMAN

KESIAN MAT MASLAN

KAH KAH KAH

PATUT JAWAP

PUNDEK PUNDEK

EKAO

KAH KAH KAH

APO  DIO

PUNDEK PUNDEK 

EKAO 

KAH KAH KAH 

CARI SENDIRI

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan