Sabtu, 16 Januari 2021

BEITA WAJIB DIBACA

 


WAJIB BACA



Kematian doktor selepas 16 hari divaksin sedang disiasat

MIAMI – Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat kes seorang doktor di Florida yang meninggal dunia akibat gangguan darah yang sangat teruk selepas 16 hari menerima vaksin koronavirus Pfizer-BioNTech.

Dr Gregory Michael, pakar obstetrik dan ginekologi berusia 56 tahun dari Miami Beach, menerima vaksin di Pusat Perubatan Mount Sinai pada 18 Disember dan meninggal 16 hari kemudian akibat pendarahan otak, menurut isterinya Heidi Neckelmann dalam hantarannya di Facebook.

Tidak lama selepas menerima vaksin, Michael mengalami keadaan yang sangat serius yang dikenali sebagai trombositopenia iaitu imun akut, yang mencegah darahnya daripada membeku dengan betul.

Dalam satu kenyataan, Pfizer memberitahu, firmanya edang “secara aktif menyiasat” kes itu.

Pfizer berkata, ia percaya kematian Michael tidak ada kaitan dengan dengan vaksin”.

Kira-kira sembilan juta penduduk Amerika Syarikat telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan sama ada vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna.

Kira-kira sembilan juta orang di Amerika Syarikat telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan sama ada vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna.

Setakat ini, masalah serius yang dilaporkan adalah 29 kes anafilaksis, reaksi alergi yang teruk, tidak ada yang membawa maut.

Ramai orang mengalami kesan sampingan lain seperti sakit lengan, keletihan, sakit kepala atau demam, yang biasanya bersifat sementara.

Pejabat pemeriksa perubatan Miami-Dade County masih menyiasat kematian Michael dan laporan bedah siasatnya belum selesai, kata jurucakap Darren Caprara. 


AWAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan