Selasa, 26 Januari 2021

BERITA BAIK

 


INI BERITA

BAIK

AMIN




PKP tidak akan dilanjutkan kerana beri kesan ekonomi – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkata, usaha membendung pandemik Covid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua angka.

Bercakap dalam sesi taklimat media mengenai Darurat Covid-19 secara dalam talian, Dr Noor Hisham yakin sekiranya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan, jumlah kes yang tinggi sekarang ini akan dapat diturunkan.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif Covid-19 yang semakin meruncing kini.

“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.

“Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada ekonomi,” katanya.

Semua negeri kecuali Sarawak kini sedang menjalani PKP 2.0 hingga 4 Februari ini. –

SEMUA 

TERPUALANG

PADA KITA SEBAGAI 

SOSOK 

TANGGUNG JAWAB

AMIN

PERLU WAJIB

MENJAGA DIRI

AMIN

WAJIB IKUT

ARAHAN KESEHATAN

AMIN

JANGAN HARAPKAN

ORANG LAIN

AMIN



2 ulasan:

  1. Veksin mana ..Indonesia dan Tumasik dah lama dapat ..kita tak de duit nak beli ke ..atau3X ..nak up kan lagi harga. Kata Pendikar Todi of Pasir Salak ..komisen 5OO juta siapa balun ..

    BalasPadam
  2. 1. Rakyat perlu pilih jangkitan CV19 atau Ekonomi.
    2. Kalau mahu ekonomi jalan saperti biasa, perlu jaga SOP. Jika tak jaga dan terkena jangkitan jangan salahkan kerajaan.
    3. Jika mati sebab CV19, salahkan diri sendiri.
    4. Adakah rakyat semua bersedia mati demi sesuap nasi ( ekonomi ) ?

    5. Kalau bersedia mati dek CV19, harus kerajaan benarkan ekonomi berjalan spt biasa dgn SOP.

    BalasPadam