Jumaat, 29 Januari 2021

BERITA BAIK





 AWAS

BERITA BAIK

TAPI

BERWASPADA

AMIN




Semua operasi perniagaan boleh beroperasi hingga 10 malam mulai esok

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan waktu operasi semua sektor atau aktiviti perniagaan yang dibenarkan sehingga pukul 10 malam bermula esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi menyelaraskan semula waktu operasi perniagaan membabitkan semua sektor yang diluluskan sebelum ini.

Jelas beliau, pada masa sama, ia bagi memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Setelah membuat penilaian risiko, kita bersetuju untuk melanjutkan waktu perniagaan bagi sektor-sektor yang dibenarkan sehingga pukul 10 malam.

“Antaranya kedai runcit, serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi dan kedai cermin mata yang kita diumumkan sebelum ini.

“Jadi kita seragamkan semua waktu perniagaan bagi setiap sektor yang kita lulus dan benarkan,” katanya dalam sidang media di hari ini.

Pada 22 Januari lalu, operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga pukul 10 malam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut bersetuju untuk membenarkan sektor perhutanan, perkayuan dan rantaiannya yang melibatkan aktiviti pembalakan beroperasi mulai esok.

“Sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan sektor itu beroperasi seperti biasa dan kebenaran juga bermula esok,” katanya.


KITA

JAGA

KITA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan