Selasa, 5 Januari 2021

BERKHALWAT HARI KE 294

 



KHALWAT KE 294

SELASA 5/1/2021

KITA MASUK KE HARI 294
BERKHALWAT

KELMARIN DI LONDON
MAHKAMAH MEGISTRATE
DI OLD BAILEY LONDON
TELAH MEMBUAT PENGHAKIMAN
TERHADAP JULIAN ASSANGE

JULIAN TIDAK
 BOLEH DIHANTAR
KE AMERIKA
KERANA HIDUP DAN KESEHATAN
TIDAK TERJAMIN
DALAM PENJARA BERSENDIRIAN

PAGI INI JULIAN MASIH LAGI
DI PENJARA BELMARSH

MINGGU DEPAN
PEGUAM ASSANGE AKAN
MEMOHON JAMIN
UNTUK PEMBEBASAN

DIJANGKAKAN
KERAJAAN AMERIKA
AKAN  MERAYU
DAN 
KES AKAN BETERUSAN LAGI
AMIN

PAGI INI
DARI BALKONI GUA NAMPAK
MATAHARI DAH KELUAR
CUCA AMAT CANTIK

BILA GUA MASUK HOKKIEN
DISAMBUT OLEH 
SIMPONI CENGKERIK
SEMUA GUMBIRA

KUALA LUMPUR INDAH
CAHAYA MATAHARI MEMANAH
SANA SINI
BANGUNAN PETRONAS
KELIHATAN MEMANCAR
KL SENTRAL
DIBALUTI  AWAN BIRU

PANAS YANG MENJANJIKAN
DAN MUNGKIN HUJAN PETANG

POKOK ARA
MASIH BISING
MUNGKIN PARLIMEN UNGGAS
SEDANG BERSIDANG

WARGA ASLI
HOKKIEN MARAH BILA
TAKTAK DAN EZI LALU DEPAN
WILAYAH MEREKA

DARI JAUH GUA
TERDENGAR JANTAN 
BERKOKOK

BRO
JANGAN BERJALAN DIHADAPAN
MUNGKIN MEMBER TAK IKUT
JANGAN BERJALAN DIBELAKANG
MUNGKIN TAK MAHU IKUT MEMBER
JALAN BERSAING
JADI KAWAN

BRO
KAWAN KAWAN
ADALAH KELUARGA
YANG KITA PILIH

KETIKA BERKAWAN
LUPAKAN APA YANG KITA BERI
TAPI
INGAT APA YANG KITA TERIMA

BERKAWAN KAWAN INI
MACAM FALSAFAH
MACAM LUKISAN
 TAK ADA  NILAI PENYELAMAT HIDUP
TAPI
IANYA MEMBERI NILAI
UNTUK KESELAMATAN HIDUP

BERKAWAN KAWAN INI
SUSAH HENDAK DITERANGKAN
KITA PELAJARI  KETIKA KITA DISEKOLAH
KALAU TAK FAHAM 
ERTI PERSAHABATAN MAKNANYA
DISEKOLAH KITA TAK BELAJAR APA APA

BILA ORANG BEBAL
MENINGGALKAN KITA
MAKNANYA
HIDUP KITA MENUJU BAHAGIA

JANGAN BAWA  KESILAPAN DALAM POKET
BERAT NAK BERJALAN
LETAKKAN BAWAH KAKI
GUNAKAN UNTUK MELONCAT

BRO
JALANI KEHIDUPAN
KE TAHAP BILA ADA
ORANG MENGUTUK KITA
TAKDA SIAPA YANG PERCAYA

KALAU KITA
TAK KEMBANGKAN KEPAK
MACAM MANA NAK TAHU
TERBANG

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan