Sabtu, 16 Januari 2021

BERKHALWAT HARI KE 305

 




KHALWAT KE 305

SABTU 16/1/2021

KITA MASUK KE HARI 305
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 4

NEGARA DALAM GAWAT
TAK NAMPAK 
JALAN PENYELESAIAN
POLITIKUS MASIH
BUAT HURU HARA

EKONOMI BURUK
SERANGAN KOBID
BELUM BERJAYA DIPATAHKAN
POLITIK KACAU BILAU
AMIN

DI AMERIKA
TRUMP AKAN DIPECAT
UNTUK KALI KE DUA

PAGI INI HOKKIEN LEMAU
TAK CERIA
MATA HARI TAK ADA
KUALA LUMPUR MALAP

JANTAN BERSUARA JAUH
YANG LANTANG GAGAK
AMIN

BRO
ILMU YANG KITA ADA
KALAU TIDAK DIGUNAKAN
UNTUK KEBAIKAN RAMAI
TAKDA GUNANYA

BRO
GUNAKAN ILMU
UNTUK PENCERAHAN RAMAI

BRO
PAGI INI MULAKAN
DENGAN SENYUM
JIKA MERASA SEDIH
BAYANGKAN SEDIH DULU
BAGAIMANA
LU DAPAT LAWAN

SEKARANG SENYUMLAH
KERANA HARI
INI KITA DILAHIRKAN
UNTUK MEMBUAT
KEBAIKKAN

BRO
TAHUN 2021
LARIKAN DIRI DARI
SOSOK YANG NEGATIF
TUMPU PADA MEMBUAT BAIK

MINDA KITA
AKAN PERCAYA APA
YANG KITA FIKIRKAN
FIKIRKAN KEBAIKKAN
FIKIRKAN SILATUL RAHIM
FIKRKAN KASEH SAYANG
FIKIRKAN PENCERAHAN

BRO
KALAU LU INGAT
LU KECIL SANGAT 
NAK UBAH MALAYSIA
CUBA TIDUR DENGAN NYAMUK

KALAU
MATA DI BALAS MATA
KITA SEMUA BUTA

BRO
KADANG KALA
KITA SENYAP TAK MENJAWAB
INI 
ADALAH JAWAPAN TERBAIK

BRO
KITA HIDUP BUKAN
NAK JADI LEBIH BAIK
DARI MAMAT SEBELAH
TAPI JADI LEBIH BAIK
DARI KITA 
PETANG KELMARIN

JIKA MASALAH ITU
BOLEH DISELESAIKAN
JANGAN JADI RISAU

BRO
BERSIHKAN MINDA
DARI CEMBURU
DARI PENTING DIRI SENDIRI
DARI MARAH GILA BABI
KITA AKAN HILANG KAWALAN
HILANG  PERHITUNGAN

JUJUR
SIKAP PALING BAIK
TAK ADA ORANG
NAK BUKA TEMBELANG KITA

BRO
AMBIL SIKAP YAKIN BOLEH
LU AKAN RASA SELESA
AMIN

LAKUKAN  SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan