Rabu, 20 Januari 2021

BERKHALWAT HARI KE 309




KHALWAT KE 309

 RABU  20/1/2021

KITA MASUK KE HARI 309
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 8

GAWAT MASIH BERTERUSAN
EKONOMI JATUH
POLITIK KACAU
KOBID TERUS MENYERANG

PAGI INI HOKKIEN BIASA SAJE
SIMPONI CENGKERIK
TAK RANCAK

YANG HEBOH TERKUKUR
DARI JAUH GUA DENGAR
JANTAN BERKOKOK

SAEKOR HELANG BESAR
MELINTAS LORONG

DARI KL SENTRAL
DERAMAN KERETA KUAT
DARI ARAH SUNGAI BESI
DERAMAN KERETA LAGI KUAT

APAKAH PKP2
BERJAYA MENURUNKAN
ANGKA SERANGAN?

BRO
HIDUP INI
KITA CUBA
JADI KE TAK JADI

JIKA TAK ADA TEKANAN
MUSTAHIL INTAN  AKAN WUJUD

BRO
JANGAN RISAU
SEMUA TEMBOK
PASTI ADA PINTU

BRO
KITA LAKUKAN KESILAPAN
BUKAN KESILAPAN
BUAT KITA

KEBAHAGIAN BERGANTUNG
KEPADA KEBEBASAN KITA
KEBEBASAN KITA BERGANTUNG
PADA KEBERANIAN KITA

KEBAHAGIAN 
BUKAN TUJUAN
TAPI HASIL DARI
KEHIDUPAN YANG KITA JALANKAN

BRO
KALAU KITA CAKAP JUJUR
KITA TAK PERLU
INGAT APA APA

BRO
JANGAN TERPENJARA
OLEH PANDANGAN 
DAN 
APA ORANG LAIN KATA

KEBEBASAN BUKAN
KEADAAN PISIKAL
TAPI
KEADAAN FIKRAH

BRO
KALAU PINTU TU
TAK TERBUKA
JANGAN GUNA KUNCI LAMA

BERITA PALSU
SENANG CEPAT MEREBAK
BERITA BENAR
 BERJALAN LAMBAT

BRO
MASA TERUS BERJALAN
KITA BOLEH HIDUP
DENGAN CARA YANG KITA SUKA
ATAU HIDUP 
DALAM ALAM YANG KITA TAK SUKA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

2 ulasan:

  1. Gaji buta atau gaji rabun
    Sepajang tahun 2020 seluruh dunia tiada concert open air atau sebarang pertunjukan hiburan terbuka ini sejarah dunia, tapi yg masih di teruskan adalah sarkis pertunjukan ahli parlimen dan org politik wlpun concert sarkis ini tidak kena bayar ticket secara terus tapi kita kena bayar ticket dalam bentuk cukai ,,
    Di sini lah bermulanya semula sarang covid membiak , cuba tengok muka muka sarkis yg jadi mak bapak pengedar covid yg mahu pilihan raya sabah di adakan,, berapa banyak nyawa hilang berapa banyak duit habis gaji mereka tetap masuk,,
    Ini di panggil gaji apa. Buta atau rabun? Penjawat awam pun hampir sama makan gaji rabun belum buta lagi,, cikgu cikgu pun hampir dekat dengan buta,, ,, mereka semua ni kalau nak mampus mampus lah nak cuti ke nak tidur ke nak pesta cuti nak hari hari rehat depan hp ke tapi mereka ni kena pasti kan our delivery system kena tepat pada masa bukan gaji dia kena tepat
    Tak malu ke pd rakyat yg mcm nak mampus kerja bayar cukai, kerajaan harus potong
    kemudahan org politik dan penjawat awam civil servant,, cuepacs tak malu ke KSN tak malu ke,, pernah ke CUEPACS dan KSN minta maaf pd rakyat Malaysia bila ramai civil servant dan org politik di tangkap SPRM,, tak malu ke pelabur lari kerana delivery system kita teruk ,,,,

    BalasPadam
  2. Atok Pasir Salak positif. Selama ni gwa ingat Atok superman. Kena berjaga jaga, Atok. We will miss you, Atok.

    BalasPadam