Sabtu, 23 Januari 2021

BERKHALWAT HARI KE 312

 




KHLAWAT KE 312

SABTU 23/1/2021

KITA MASUK KE HARI 312
BERKHALWAT

GAWAT BERTERUSAN
KOBID TERUS MENYERANG
SUASANA TIDAK LUMAYAN

RISAU
SANGSI
KACAU

PAGI INI HOKKIEN SEJUK
AWAM HITAM 
BERTABURAN DILANGIT
JIKA BERKUMPUL
PETANG INI AKAN HUJAN
MATAHARI TIDAK KELIHATAN

TERDENGAR
AYAM BETINA BERKETAK
TERDENGAR TUPAI MENEGUR
TERASA  GUA DI KAMPONG
YANG TAK TAHU BILA
BOLEH PULANG
AMIN

BRO
MULAKAN  PAGI INI
DENGAN SENYUM
SENYUMAN ITU
AKAN MEMBAWA
SENYUMAN DARI YANG LAIN

BRO
HIDUP INI BUKAN 
MAHUKAN KITA TERBAIK
TAPI MAHU KITA
MENCUBA MELAKUKAN
YANG TERBAIK

BRO
HANYA LU BOLEH
UBAH HIDUP LU
ORANG LAIN MUSTAHIL

PENGEMBARAAN YANG
PALING INDAH DALAM HIDUP INI
IALAH HIDUP 
MENGIKUT APA
YANG DI IMPIKAN

DALAM HIDUP INI
ADA SATU PERSOALAN HAKIKI
APA YANG TELAH KITA
BUAT UNTUK ORANG LAIN

HIDUP INI
BUKAN MENCARI DIRI
TAPI
MENJELMAKAN DIRI

YANG PALING INDAH
DALAM DUNIA INI
TIDAK MUNGKIN DAPAT DIPEGANG
MUSTAHIL DAPAT DI LIHAT
IANYA HANYA DAPAT
DIRASA DENGAN HATI

HIDUP INI AMAT SENANG
KITA YANG BUAT
JADI SUSAH

HIDUP INI MEMBESAR
ATAU MENGEMPIS
BERGANTUNG PADA
KEBERANIAN KITA

BRO
KALAU LU TAK MINAT
LORONG ITU
BUAT LORONG LAIN

TIDAK ADA KUASA
YANG DAPAT MENGELAPKAN
CAHAYA DARI DALAM KITA

SOSOK YANG
BERANI MEMBUANG MASA
MASIH BELUM TAHU
NILAI HIDUP

BRO
BETAPA PAYAH PUN 
HIDUP INI
PASTI ADA SESUATU
YANG BOLEH KITA LAKUKAN
DENGAN JAYA

KITA NI  HIDUP SEKALI 
KALAU KITA BUAT DENGAN BAIK
SEKALI PUN DAH CUKUP

SAYANGI HIDUP YANG KITA LALUI
LALUI HIDUP
YANG KITA SAYANGI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan