Selasa, 26 Januari 2021

BERKHALWAT HARI KE 315

 





KHALWAT KE 315

 26/1/2021

KITA MASUK KE HARI 315
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 14

GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
GAWAT POLITIK 
BERTERUSAN

POLITIKUS TAK HENTI
NAK RAMPAS KUASA
RAKYAT DAH MUAK

ANWAR IBRAHIM
MASIH HEBOH
DENGAN
NUMBO NYA

ANWAR DENGAN 
NUMBO NUMBNONYA
BIARKAN BIARKAN
AMIN

PAGI INI  DI HOKKIEN
DIATAS LANGIT DILIHAT
AWAN HITAM
MATAHARI TERSOROK

KRIK KRIK KRIK
CENGKERIK DI PINTU MASUK

KUR KUR KUR
TERKUKUR MEMBALAS

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM
SENYUMAN LU 
AKAN MEREBAK

KALAU NAK ALIH GUNUNG
MULAKAN DENGAN
MENGALIH BATU KECIL

BRO
PENUHKAN MINDA
DENGAN FIKRAH POSITIF
SEMUA YANG NEGATIF
AKAN BLAH

BRO
MULAKAN MEMBUAT 
APA YANG PERLU
KEMUDIAN BUAT
APA YANG BOLEH DIBUAT
TERTIBA LU AKAN BUAT
PEKARA YANG MUSTAHIL DI BUAT

HARI YANG BARU INI
KITA MULAKAN DENGAN
FIKIRAN BARU

BRO 
HIDUP INI PASTI KITA  ADA
BUAT KESILAPAN
INI BELAJAR NAMANYA
SABAR MENUNGGU
UNTUK BERKEMBANG
TANPA BERHENTI

KALAU KITA TERUSKAN
APA YANG KITA BUAT
PASTI AKHIRNYA
APA YANG KITA BUAT
AKAN JADI LEBIH BAIK
KITA JADI  LEBIH YAKIN
INILAH KEJAYAAN

APA YANG DI DEPAN KITA
APA YANG DI BELAKANG KITA
AMAT KECIL
BERBANDING DENGAN
APA YANG ADA PADA KITA

DARI BENDA BENDA KECIL
AKAN LAHIR BENDA BESAR

BRO
JANGAN RASA MENYESAL
KALAU SERONOK
RAYAKAN
KALAU MENYAKITKAN
SATU PENGAJARAN

TUMPUKAN
PADA BERAPA JAUH 
KITA DAH SAMPAI
BUKAN BERAPA JAUH
LAGI KITA PERLU SAMPAI

BRO
TAKDA SEMALAM
TAKDA ESOK
KALAU HANG NAK
MENJAYAKAN CITA CITA
HANG KENA BUAT
HARI INI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

2 ulasan:

  1. Kata Pak Pandir kok nak terbang ke matahari, terbang waktu malam ..TT kata nak ngalih gunung mulakan dgn ngalih batu ..gwa kata gunung tu tampak beralih jika kita alihkan sudut pandangan ..

    BalasPadam
  2. bro, saya perlukan suapan begini selama lagi kalau boleh 300 hari wajib
    bro, kalau seluruh alam katakan kau tua hippies, mungkin tulisan ini punca kau ke syurga

    BalasPadam