Jumaat, 22 Januari 2021

BERKHALWAT MASUK KE HARI 311

 





KHALWAT KE 311

 22/1/2021

KITA MASUK KE HARI 311
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 10

KITA MASIH GAWAT
KOBID MASIH MENGGANAS
BELUM DAPAT DI LUNTUR
PKP2 SEDANG  BERJALAN

PKP2 
KINI DI SAMBUNG HINGGA
4-2-2021

MASIH ADA WARGA
YANG GAGAL IKUT ARAHAN
KITA WAJIB TOLONG KITA
JANGAN HARAPKAN
ORANG LAIN TOLONG KITA

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR KELAM

CENGKERIK UNGGAS
TERKUKUR  MERBAH
BERLAGU

AGAKNYA HARI INI
KAKAN PANAS
GUA NAMPAK MATAHARI BULAT 
DIBELAKANG POKOK
TANPA DI LINDUNG AWAN
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
IANYA AKAN MEREBAK
MEMPENGARUHI
YANG LAIA

BRO
LAKUKAN APA
YANG TELAH DIRANCANG
LAKUKAN SEPENUH HATI

BRO
LEBIH BAIK KITA
MENGALAH DAN MENGAWAL
DIRI KITA
DARI MENGALAHKAN 
DAN MENGAWAL 
ORANG LAIN

BRO
KALAU LU NAK TAHU
APA  MASA DEPAN LU
TENGOK APA YANG
LU BUAT SEKARANG

BUATLAH KEBAIKAN
SAPENUH HATI
TANPA MINTA PEMBALASAN

BRO
BILA HANG BUAT SALAH
HANG MENGAKU
BILA HANG BETUL
TAK PERLU BISING

DITOLAK DENGAN JELAS
LEBIH BAIK
DARI DIBERI JANJI KOSONG

BRO
MUKA CANTIK SENANG DITEMUI
HATI JUJUR
SUSAH NAK JUMPA

JIKA KITA TAHU
SAPA KITA
MAKA KITA TAK AKAN 
AMBIL PORT
APA ORANG LAIN KATA

BRO
BERANI BERKATA TIDAK
TANPA 
MEMBERI PENJELASAN

INGAT
BILA ADA SOSOK
YANG JAUHKAN DIRI
DARI KITA
TAK PERLU KITA CARI DIA LAGI

JANGAN JADI GELABAH
NAK HENTIKAN TAUFAN
TENANGKAN DIRI
TAUFAN AKAN BERLALU

BRO
WUJUDKAN DUNIA INI
DENGAN LU PUNYA FIKRAH

SENTIASA CAKAP BENAR
TAK PERLU MINTA MAAF
KERNA JUJUR

INGAT BRO
JANGAN MENJAWAB
KETIKA MARAH
JANGAN BUAT JANJI
KETIKA GEMBIRA
JANGAN BUAT KEPUTUSAN 
KETIKA BERSEDIH

BRO
SATU DETIK
BOLEH MENGUBAH SATU HARI
SATU HARI BOLEH MENGUBAH
SATU KEHIDUPAN
SATU KEHIDUPAN
BOLEH MENGUBAH DUNIA
AMIN

LAKUKAN SEKARNG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

  1. PKP & Covid :- Ada yang Cerah ada Gelap.

    Disebabkan PKP dan Covid ni, makin CERAH ler kulit kita ni sbb tidak kerap keluar sentiasa berada dirumah. Tapi yg pasti ada yg GELAP masa depan beberapa ahli politikus negara kita..kah..kah..kah..Anwar masih tetap PM Menanti yg tidak kesampaian.

    BalasPadam