JENG JENG JENG
GEROMBOLAN
PECAH EMPAT
KAH KAH KAH
LAGI BAHAYA ATAU
KURANG BAHAYA
UNTUK MALAYSIA
AMIN
Gelora, pepecahan dalam Umno, apa seterusnya?
Sepertimana diakui oleh bekas Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN), Annuar Musa sebelum ini — Umno kini sudah berpecah kepada tiga kumpulan.
Ahli Parlimen Ketereh itu mengakui, kelompok berkenaan terdiri daripada kumpulan yang menolak kerjasama dengan Bersatu dan kumpulan yang berada di tengah-tengah.
Tidak ketinggalan, kata beliau, wujud juga kumpulan dalam Umno yang menerima kerjasama dengan parti pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu, lapor Astro Awani baru-baru ini.
Berdasarkan kenyataan Annuar itu, siapakah kelompok yang menolak kerjasama dengan Bersatu? Siapa kumpulan di tengah-tengah? Siapa yang menerima kerjasama dengan Bersatu?
Jika kita mengimbas kembali, seawal 2018 juga ada dakwaan mengatakan parti itu berpecah kepada empat kumpulan iaitu kumpulan pertama, yang dikatakan mahu parti bangkit dengan semangat perjuangan memelihara Islam, Melayu dan tanah air, selain menjadi pembangkang berwibawa.
Kumpulan kedua ialah mereka yang mahu Umno bekerjasama dengan Pas dan seterusnya mewujudkan satu gerakan kesedaran orang Melayu dan mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.
Kumpulan ketiga pula, menurut beliau, kumpulan yang mahu menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ia mungkin kerana ada janji tertentu, di samping berpendapat Anwar tidak akan mendapat laluan mudah sepertimana dalam perjanjian Pakatan Harapan.
Manakala, kumpulan keempat pula didakwa, ialah mereka yang mahu memperkukuhkan suara Melayu dalam kerajaan. Sebab itu ramai keluar parti dan kebanyakannya lebih ke arah menyertai Bersatu, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan