RABU SIANG
HIGH NOON
AMIN
RABU MALAM
HIGH NITE
AMIN
SELAMAT KAH
KERAJAAN MUHYIDIN
AMIN
Umno bincang usul bahagian dalam mesyuarat MKT Rabu ini, kata Zahid
KEPUTUSAN akar umbi Umno menolak kerjasama politik antara parti itu dengan Bersatu akan diangkat ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno pada Rabu ini, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata 143 daripada 191 ketua Umno bahagian sebelum ini berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu, dan pendirian itu akan dibuat secara rasmi oleh bahagian mereka masing-masing.
“Pada Rabu ini, akan diadakan mesyuarat MKT Umno dan usul (daripada mesyuarat bahagian) akan dibincangkan.
“Saya berharap keputusan yang akan dibuat nanti diterima sebagai keputusan parti kerana jika satu keputusan sudah dibuat, maka semua harus akur dan diikuti,” katanya, seperti dipetik BH Online di Bagan Datuk.
Ahmad Zahid juga berkata pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman bahawa Umno hanya akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti juga akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Rabu.
Tajuddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, semalam berkata Umno tidak akan mengikut langkah PAS untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.
Umno dan PAS menjalin kerjasama rasmi atas nama Muafakat Nasional (MN) pada September 2019, ketika dua parti utama Melayu itu menjadi pembangkang.
PAS bagaimanapun selepas itu bersama Bersatu menubuhkan PN, yang tidak disertai oleh Umno dan BN.
Umno dan BN sebaliknya mengambil pendirian menyokong kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sehingga pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik sebelum ini berkata sudah sampai masanya untuk PAS membuat pilihan antara PN atau MN.
Beberapa bahagian Umno yang bermesyuarat pada hujung minggu ini membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu, antaranya Kuala Selangor, Kubang Kerian, Johor Bahru, Pasir Salak, Padang Rengas, dan banyak lagi.
Beberapa bahagian termasuk pucuk pimpinan Umno negeri juga menyatakan pendirian tegas akan mempertahankan kerusi Parlimen dan negeri yang asalnya dimenangi oleh calon Umno tetapi wakil rakyat berkenaan melompat parti dan kini mewakili Bersatu.
Umno Pahang menasihati Bersatu untuk tidak bertanding negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15, sementara Umno Perak dan Terengganu tegas akan bertanding di semua kerusi, termasuk yang sekarang disandang oleh Bersatu.
Umno Bahagian Putrajaya bagaimanapun membuat keputusan mendukung kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan presiden Bersatu itu.
“Tidak ada kata-kata kononnya jangan sokong kepimpinan Muhyiddin dan sebagainya kerana saya sendiri tahu bahawa kita yang minta Muhyiddin jadi Perdana Menteri dan Umno sepatutnya mendokong kerana telah menubuhkan kerajaan bersama Muhyiddin.
“Saya amat hairan yang menyuarakan masalah-masalah ini (tidak sokong) adalah orang-orang yang kalah bukan yang menang (pilihan raya).
“Jadi saya harap jangan keruhkan situasi,” katanya, seperti dilapor oleh Bernama, selepas mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya hari ini.
Beberapa bahagian Umno juga membuat keputusan menolak kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP, sementara ada juga laporan menyebut ada beberapa bahagian yang meminta parti bersedia menjalin kerjasama dengan dua pihak yang ditolak itu.
Mesyuarat bahagian termasuk tiga sayap Umno berlangsung pada hujung minggu ini, menjelang Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2020 yang tertangguh sejak tahun lalu.
Umno menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan 2020 diadakan pada 30 dan 31 Januari. – 3 Januari, 2021.
Bolih percaya ke cakap zahid yg selalu dikomidikan..?? He is a serial liar.. selalu berbohong untuk kepentingan diri.. .. Kalau dia bolih tipu asalusul.nya.. entah apa lagi yg ditipunya untuk sampai ke tahap yg dia berada sekarang...
BalasPadam