Ahad, 3 Januari 2021

KHALID NORDIN HINA PAKATAN NASIONAL

 

INI SUARA

NAIK PRESIDEN

BUKAN KETUA

CAWANGAN

AMIN

MUHYIDDIAN 

MAKIN PAYAH

AMIN


PN tak mampu tarik sokongan bukan Melayu – Khaled

KUALA LUMPUR – UMNO mengulangi pendiriannya untuk kekal dengan Muafakat Nasional dan menolak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin berkata, parti pimpinan Ahmad Zahid Hamidi itu berpandangan PN tidak mempunyai daya untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.

“Peranan tersebut telah diterajui oleh Muafakat Nasional. Perikatan Nasional juga tidak akan mampu untuk menarik sokongan bukan Melayu kerana dilihat sebagai peringatan politik parti berteraskan Melayu dan tidak lebih daripada itu.

“Perwakilan bukan Melayu dalam Perikatan Nasional seperti hanya penyeri agar PN tampak berseri dengan dua tiga orang Menteri bukan Melayu,” katanya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang, hari ini.

UMNO sebelum berkata tidak akan menyertai gabungan itu sebagai salah satu parti komponen.

Malah, Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan jelas bahawa mereka hanya mendokong kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Khaled lagi, penubuhan PN secara ‘ad hoc’ juga tidak mencerminkan ia mempunyai misi yang jelas untuk negara ini.

“PN tertubuh secara ad hoc hanya di peringkat ahli-ahli parlimen tanpa rujukan kepada ahli-ahli tanpa idealisme dan ideologi yang jelas dan tanpa misi yang strategik untuk Malaysia.

“Jalan ke hadapan adalah dengan kita mengukuhkan Barisan Nasional, BN adalah jenama politik yang sangat sebati dengan masyarakat majmuk Malaysia ada logiknya sederhana pendekatan yang berasas Muafakat,” katanya lagi.

Khaled sebelum ini berkata penubuhan ‘coalition over coalition’ atau gabungan selepas gabungan tidak diperlukan kerana ia hanya strategi survival untuk mendapat kekuatan daripada sokongan parti terbesar.

Justeru itu katanya, Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebaliknya mesti membina kekuatan melalui undi dan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU). – MalaysiaGazette

APA AKAN 

JADI DENGAN

BERSATU

AMIN

APAKAH AKAN

BERPECAH

KAH KAH KAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan