MUHYIDIN MAKIN
PARAH
AMIN
DISERANG OLEH
GEROMBOLAN
AMIN
APA AKAN JADI?
AMIN
Putuskan hubungan dengan Bersatu, gesa Umno Kubang Kerian
UMNO Kubang Kerian mahu Umno memutuskan hubungan dan kerjasama parti itu dengan Bersatu, selain mengkaji semula kerjasama dengan PAS.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bahagian Umno Kubang Kerian malam tadi, yang meluluskan usul politik atas tajuk Umno dan masa depan.
“Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian membuat ketetapan seperti berikut… mendesak memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu berdasarkan suara akar umbi yang menolak kerajaan Perikatan Nasional serta permainan licik politik Bersatu,” kata ketetapan Umno Kubang Kerian yang dipaparkan di Facebook.
Usul itu juga mencadangkan Umno mengkaji semula kerjasama dengan PAS atas dasar sikap parti Islam itu yang tidak mengutamakan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional.
Umno Kubang Kerian juga mencadangkan agar Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan sebelum April 2021 supaya rakyat dapat membuat pilihan.
“Sekiranya PRU15 tidak dapat diadakan dalam masa terdekat, maka ahli-ahli Parlimen Umno mestilah menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional,” kata usul itu.
Dalam pada itu, Umno Kubang Kerian menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Nurjazlan Yaakub.
Mesyuarat Umno Bahagian Kubang Kerian dirasmikan oleh ketuanya Bakri Yusoff, malam tadi.
Umno dan PAS menjalin kerjasama rasmi atas nama Muafakat Nasional (MN) pada September 2019, ketika dua parti utama Melayu itu menjadi pembangkang.
PAS bagaimanapun selepas itu bersama Bersatu menubuhkan PN, yang tidak disertai oleh Umno dan BN.
Umno dan BN sebaliknya mengambil pendirian menyokong kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sehingga pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik sebelum ini berkata sudah sampai masanya untuk PAS membuat pilihan antara PN atau MN.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kelmarin berkata PAS tidak perlu dipaksa untuk buat pilihan kerana MN adalah platform untuk penyatuan ummah.
Semua 191 bahagian Umno di seluruh negara mengadakan mesyuarat agung tahunan sepanjang tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.
Mesyuarat bahagian termasuk tiga sayap parti ini diadakan menjelang Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2020 yang tertangguh sejak tahun lalu dan kini dijadual berlangsung pada hujung bulan ini.
Beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insight, persidangan bahagian tahun ini dijangka akan memberi tumpuan kepada isu masa depan Umno dan kerjasama politiknya dengan parti politik lain dalam kerajaan PN. – 2 Januari, 2021.
berapa kali mau high noon la TT? rakyat dah jelak dan bosan dengan mainan politik umno! kah! kah! kah!
BalasPadam