KAH KAH KAH
INI SINDROM
POLIS PENCEN
KAH KAH KAH
MASA BERKUASA
JADI PENCURI
KAH KAH KAH
DAH NAK MASUK
PENJARA
BARU SEDAR
KAH KAH KAH
WOIT
DAH TERLAMBAT
AMIN
Beri kuasa
kepada rakyat,
kata Najib
RAKYAT Malaysia dan Parlimen harus diperkasakan lagi kerana kerajaan semasa gagal menegakkan kebajikan rakyat, kata Najib Razak.
Bekas perdana menteri itu berkata pentadbiran Perikatan Nasional kini tidak menjaga rakyat dan keadaan ini perlu segera diperbetulkan.
“Demokrasi berparlimen dan kuasa rakyat tetap dijulang dan dihormati.
“Di masa timbulnya kegagalan memelihara keperluan rakyat dan menyelesaikan keadaan yang semakin menghimpit rakyat, maka sudah tentu akan timbul persoalan dan perbezaan. Dan wajar diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan panjang di Facebook.
Beliau menambah keutamaan kerajaan adalah menjadi pelindung kepada rakyat dan mana-mana pentadbiran harus berusaha untuk berbuat baik untuk rakyat Malaysia.
“Fungsi besar kerajaan ialah menjadi pelindung kepada rakyat dan pembekal kepada keperluan rakyat.
“Dalam apa jua keadaan pun, kebajikan dan kesejahteraan rakyatlah segala-galanya,” katanya.
Bekas presiden Umno itu memperingati pemergian ayahnya Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia pada 1976 ketika memegang jawatan perdana menteri kedua.
Najib juga membandingkan masa ketika bapanya terpaksa meminta darurat kerana berlaku rusuhan kaum dan ketika beliau perlu melakukan perkara yang sama untuk keadaan jerebu teruk di Muar dan Ledang pada 2013.
Ahli Parlimen Pekan berkata darurat diisytiharkan sebagai “perlu dan harus dilaksanakan” tetapi itu tidak berlaku untuk keadaan darurat seperti yang diumumkan pada Selasa lepas.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa mengumumkan kebenaran atas permintaan Putrajaya untuk mengisytiharkan darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos.
Pengisytiharan darurat dibuat sehari selepas kerajan PN mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor serta Sabah.
“Pada masa sama, saya juga menegaskan bahawa pengisytiharan darurat bencana jerebu ini tidak mengubah corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan.
“Saya mengambil iktibar daripada ayahanda saya. Kuasa pentadbiran di tangan pemimpin bukan miliknya,” katanya.
Beliau juga memberikan contoh bagaimana ketika beliau menjadi perdana menteri, beliau melancarkan banyak program untuk memberi manfaat kepada rakyat dan melihat ekonomi Malaysia berkembang.
“Pada masa itu, saya tetap meneruskan agenda ayahanda dan nadi perjuangan Barisan Nasional dengan memperkenalkan pelbagai kebajikan rakyat.
“Dari kesihatan awam, pendidikan, perumahan mampu milik, bantuan kebajikan masyarakat bulanan, elaun nelayan dan petani, geran pekebun kecil, sehinggalah kepada bantuan secara langsung kepada keluarga-keluarga.
“Saya sediakan kebajikan dan jaring keselamatan sosial (social safety net) yang menyeluruh,” katanya. – 14 Januari, 2021
Nasi sudah menjadi jib,,sungai buluh telah tersedia untuk menyambut tetamu yang mulia...‼️ Kah Kah Kah
BalasPadamAnwar pandai lawak, sekarang Najib pula pandai lawak. TT nak pikir jemput Anwar dan Najib bentuk tim komidi tiga orang, bagi nama "3 Malaysian stooges"? Aku rasa kalau tim ni lawak babak "drop the soap" akan jadi #1 dan menang oskar ...
BalasPadamNajip kata dia ambil iktibar dari bapaknya. Kahkahkahkahkah. Bapak dia kalau keluar kubur dah tentu dtg bagi penyepak kat muka dia. Malu bapak dia hari hari kena gelakkan dgn kapal sink kt kubur. Memalukan org tua sbb anak jadi scammer termasyhur didonia! Satu lagi kena gelak rajak kaw2 Sebab najip sain nak umno join dap dan pkr. Kahkahkahkahkahkahkah
BalasPadam