Rabu, 27 Januari 2021

OXYGEN UNTUK WARGA KOTA

 

TAHNIAH

SEMOGA OXYGEN

UNTUK WARGA KOTA

BERKEKALAN

AMIN


Mahkamah putuskan projek Taman Rimba Kiara tidak sah, kata kumpulan penduduk


KUMPULAN Save Taman Rimba hari ini berkata Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa projek Taman Rimba Kiara adalah batal dan tidak sah.

Mereka berkata panel itu, yang terdiri daripada tiga hakim sebulat suara memutuskan Kebenaran Merancang yang diperoleh pada 2017 dengan usaha sama Yayasan Wilayah Persekutuan dan pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd untuk projek Taman Rimba Kiara sebagai tidak sah.

“Panel Mahkamah Rayuan hari ini mengeluarkan perintah certiorari yang membatalkan arahan pembangunan.

“Keputusan ini merupakan kemenangan besar bagi komuniti kejiranan kami yang tidak henti-henti dan tidak putus-putus berjuang untuk memelihara Taman Rimba Kiara,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka berkata, perjuangan dan protes mereka selama ini adalah kerana kesatuan, ketekunan dan komitmen mereka untuk melindungi kehijauan alam daripada kepentingan komersial.

“Ditambah pula dengan sokongan kuat ahli Parlimen Segambut kami, Hannah Yeoh.

“Serentak dengan keputusan hari ini, kami mengulangi keazaman kami untuk mendapatkan perumahan baharu buat keluarga rumah panjang dan kami akan terus berusaha untuk mendapatkan penyelesaian yang saksama dan adil untuk perumahan kekal bagi keluarga-keluarga itu.

“Mereka adalah jiran dan rakan kami dalam komuniti TTDI dan kita akan berdiri bersama mereka.”

Para penduduk juga menyeru DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membuat perkara yang betul.

“Marilah kita bekerjasama untuk menyediakan rumah tetap yang berpatutan, berkepadatan rendah buat penduduk di dalam Rumah Panjang seluas empat ekar yang ada dan membiarkan Taman Rimba Kiara sebagai taman awam yang indah seperti mana asalnya.”

Pada 2014, DBKL telah meluluskan usaha sama itu ketika Tengku Adnan Tengku Mansor dari Barisan Nasional memegang jawatan menteri Wilayah Persekutuan.

Penduduk TTDI berkata, projek itu akan memusnahkan 10 hektar daripada salah satu alam hijau terakhir di Kuala Lumpur.

Di bawah Pakatan Harapan, menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah berunding untuk mengecilkan projek yang terdiri daripada empat blok pangsapuri servis dan 204 unit rumah mampu milik, yang mana juga ditolak oleh kumpulan Save Taman Rimba. – 27 Januari, 2021.


BERJUANG

BERPAKAT

BERSATU

BERJAYA

AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan