AHLI PARTI
TAK CAYA PADA
SETIAUSAHA AGONG
KAH KAH KAH
INI SUDAH BERAT
KAH KAH KAH
Pemuda Umno desak Annuar Musa dipecat
PEMUDA Umno Pasir Puteh mendesak agar Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa dipecat dari parti itu kerana didakwa bertindak sebagai jurucakap Bersatu.
Astro Awani melaporkan Muhammad Saifullah Ali mengusulkan menteri Wilayah Persekutuan itu dipecat dari Umno pada mesyuarat perwakilan pergerakan semalam.
“Perwakilan mendesak Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membuang keahlian Annuar, kerana Annuar menjadi tali barut Bersatu, tidak menghormati presiden parti, mendahului keputusan parti dan tidak membela Umno,” katanya kepada Astro Awani hari ini.
Dalam kalangan pemimpin Umno, Annuar yang merupakan pendamai Bersatu mendesak agar menghentikan serangan ke atas parti dan perbincangan mengenai rundingan kerusi dapat diteruskan secara rasional.
Ketika suara-suara Umno yang lain percaya parti Melayu yang pernah dominan dapat bersaing dalam pilihan raya umum dengan PAS dan tanpa Bersatu, Annuar yang jawatan menterinya diberikan oleh presiden Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terus mendesak kerjasama antara Umno dan Bersatu.
Muhammad Saifullah juga berkata bahawa Umno perlu segera memutuskan hubungan dengan Bersatu dan mencadangkan supaya Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam suku pertama tahun ini.
Menurutnya sekiranya pilihan raya umum tidak didadakan, perwakilan mengusulkan agar kesemua ahli Parlimen Umno meletak jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional. – 4 Januari, 2021.
apa makna tak dipecat tapi diganti.. apakah maknanya nuar muso.. diterajang tanpa sepak..
BalasPadambila mat 3.8 berhujah