RAKYAT FAHAM
RAKYAT TAHU
ORANG RAMAI SEDAR
AMIN
DARURAT BUKAN
SAKIT PERUT
NAK TERBERAK
AMIN
Darurat untuk kekal kuasa bukan lawan Covid-19, kata panel forum
KERAJAAN menyalah guna perisytiharan darurat untuk mengekalkan kuasa pentadbiran dan bukannya untuk melawan penularan Covid-19, kata ahli akademik dalam sebuah forum anjuran Universiti Selangor (Unisel) dan badan penyelidik Institut Darul Ehsan (IDE).
Mereka berpendapat usaha mengekang pandemik memadai dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada khususnya Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342, tanpa perlu perintah darurat.
Pengarah Pusat Kecemerlangan Unisel Mohd Nor Nawawi berkata akta berkenaan sebenarnya cukup lengkap untuk kerajaan kuatkuasakan bagi mengawal pandemik.
“Undang-undang kita cukup lengkap tapi apa yang kita perhatikan pihak ekskutif dapat kuasa lebih dan menyeronokkan bagi eksekutif apabila mereka tidak dipersoalkan.
“Kita bimbang ia akan menjurus kepada pemerintahan autokratik. Kalau ia terjadi saya sangsi kita akan berjaya selesaikan masalah ini (Covid-19) dengan cepat.
“Saya tak nampak darurat ini akan ditarik balik kalau wabak ini reda,” katanya, dalam forum yang dikendalikan secara dalam talian.
Forum dengan tema “Ordinan Darurat 2021: Apa rakyat perlu tahu” dianjurkan oleh Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (Iesad) Unisel dan IDE, dengan kerjasama Akademi PendidikanDemokrasi dan Kewarganegaraan Malaysia (APDK).
Mohd Nor juga berpendapat proklamasi darurat juga dijadikan benteng kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada dipersoalkan keabsahannya.
“Kalau Parlimen berjalan dan tidak ada darurat ini sidang Parlimen Mac ini mungkin kita lihat kerajaan jatuh,” tambahnya.
Jelas beliau, pentadbiran Muhyiddin boleh berterusan menggunakan alasan darurat untuk mengelak daripada ke Parlimen.
“Posisi mereka lebih terjamin daripada mereka serahkan kepada Parlimen. Darurat ini boleh berterusan, adakah masyarakat Malaysia boleh terima hakikat ini? Kita reda negara kita jadi seperti ini?” tanyanya.
Sementara itu, peguam yang juga felo Isead Madhi Hasan berkata, setakat ini, peraturan kecil yang digunakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 juga hanya menggunakan Akta 342, dan bukanya melalui ordinan darurat.
“Setakat hari ini diwartakan dan digazet sudah ada 13 peraturan kecil yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit…. tiada kena mengena dengan darurat.
“Penggunaan akta ini sudah digunakan secara intensif walaupun selepas darurat diumumkan,” katanya.
Disebabkan itu, beliau berkata timbul kebimbangan kerajaan seolah diberikan kuasa mutlak tanpa elemen semak dan imbang di bawah perintah darurat.
Pihaknya turut memetik laporan berkaitan tiga projek dewan di kawasan Parlimen Pagoh di bawah Muhyiddin bernilai RM35 juta setiap satu.
“Selepas berlaku darurat timbul isu dewan. Ini ciri-ciri tidak ada semak dan imbang, banyak cek keluar tapi kita tak tahu bakinya.
“Atas kesedaran ini, perlu ada pengimbang, (Parlimen) boleh laksanakan semak dan imbang. Apabila satu pihak tempang, dikhuatiri eksekutif terdorong akan korup,” katanya.
Perisytiharan darurat kali ini yang turut menggantung Parlimen juga katanya menyebabkan berlakunya ketempangan tersebut.
“Perdana menteri mestilah ada majoriti daripada Parlimen. Apa-apa nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong mesti berdasarkan perkara ini. Konsepnya mudah, pihak ada majoriti memerintah.
“Sedangkan pemilikan sokongan majoriti perdana menteri hari ini sudah hilang bila ahli Parlimen seorang demi seorang tarik balik sokongan,” katanya.
Dalam pada itu, Profesor Pelawat Fakulti Sains Kesihatan Unisel Jamal Hisham Hashim berkata darurat mempunyai kesan dan kuasa yang amat besar dan membantu pihak berkuasa kesihatan untuk mengawal penularan Covid-19.
“Saya tidak menafikan, tetapi perlu komitmen dan keikhlasan dari kerajaan untuk menggunakan peruntukan ini seperti mana yang sepatutnya dalam bidang kuasanya.
“Tetapi dalam apa-apa keadaan ia boleh disalahguna. Mungkin melalui jawatankuasa teknikal boleh dilihat sejauh mana peruntukkan darurat dapat diguna khusus untuk kekang Covid-19 dan bukan digunakan untuk perkara lain,” katanya.
Sehubungan itu katanya, darurat juga tidak lagi diperlukan sekiranya kes harian jangkitan Covid-19 berjaya diturunkan.
“Bagi saya jika kita ikhlas darurat untuk kekang Covid-19 dan gunakan kemampuan yang ada, jika ia berjaya dan dapat kurangkan angka kes harian jangkitan mungkin darurat tak lagi perlu, kita guna kaedah PKP biasa untuk teruskan usaha lawan Covid-19.
“Kita juga akan ada vaksin membantu kita. Kita akan ada senjata baru. Sejauh mana kita perlukan darurat?
“Mungkin jika sudah melewati paras merbahaya boleh fikir semula pelaksanaan darurat ini,” tambahnya.
Semasa menjelaskan perisytiharan darurat pada 12 Januari lalu, Muhyiddin berkata langkah itu bukan satu rampasan kuasa tetapi hanya darurat pentadbiran untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan menangani Covid-19. – 27 Januari, 2021.
TEPAT! Rakyat memang tahu, tapi tak minat. Darurat ke tak darurat, yang penting, macam mana nak kawal kobid, balik kerja, niaga, anak pi sekolah. Abah jadi piem, atok jadi piem, abam jadi piem, tak kesah. Siapa ada rancangan tolong rakyat, kita sokong jadi pemimpin. Tak kan abah turun dan abam ambilalih, abam tahu nak kawal kobid? Sampai sekarang, dah 12 bulan kobid merebak, abam pun belum bentang rancangan dia nak kawal kobid. Dia hanya tahu jerit, "saya da nombor!"
BalasPadamTT, nak tanya, kenapa panel forum akademik ni luang masa bincang darurat dan bukan kobid + ekonomi? Darurat pun ada kobid, tak ada darurat pun ada kobid. Sekarang sepinggan nasi dikongsi 3 anak. Apa-apa kesimpulan darurat, meja makan tak akan muncul 2 lagi pinggan nasi kelak.
BalasPadamkita mmg dalam keadaan daurat walau tiada darurat
BalasPadam