Selasa, 26 Januari 2021

RAKYAT MAHU BERITA GEMBIRA

 


RAKYAT SUSAH HATI

KOBID DARURAT

BARANG MAHAL

AMIN

RAKYAT TUNGGU

BERITA GEMBIRA

AMIN

RAKYAT NAK TENGOK

NAJIB 

MASUK PENJARA

AMIN


Kes Najib bersambung esok, mahkamah utamakan kes berkepentingan awam

PERMOHONAN Najib Razak untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar di Mahkamah Tinggi esok, seperti yang dijadualkan.

Pada 12 Januari lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dilaporkan berkata semua perbicaraan dan pendengaran kes jenayah di mahkamah terbuka yang dijadualkan dari 13 hingga 26 Januari ditangguhkan, selaras dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Ini menyebabkan kes berprofil tinggi termasuk yang melibatkan bekas perdana menteri itu serta  bekas timbalannya Ahmad Zahid Hamidi ditangguh kerana tarikh perbicaraan mereka jatuh dalam tempoh PKP. 

Bagaimanapun, pada 20 Januari, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengeluarkan arahan, iaitu walaupun kerajaan menguatkuasakan PKP, semua prosiding kes jenayah termasuk yang berkepentingan awam seperti rasuah dan jenayah komersial, akan terus dijalankan di mahkamah terbuka, berkuat kuasa 27 Januari.

Semakan menerusi laman web Kehakiman mendapati perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB yang dihadapi Najib di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ditetapkan pada 9.30 pagi esok.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Mustaffa P Kunyalam mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Mahkamah, pada Rabu, akan mendengar permohonan Najib untuk menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes itu. TPR Ahmad Akram Gharib akan mengetuai pasukan pendakwaan,” katanya.

Pada 12 Jun tahun lalu, Najib memfailkan permohonan untuk menggugurkan Sri Ram, disokong dengan dua afidavit, iaitu satu dikemukakan oleh Najib dan satu lagi oleh bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.

Najib, 67, dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, 45, dibicarakan atas tuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan, dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan tindakan diambil terhadapnya, sementara Arul didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan itu untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Sementara itu, perbicaraan kes Zahid yang dijadualkan bersambung pada hari sama di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah dilapangkan kerana presiden Umno itu sedang menjalani kuarantin kendiri selepas melakukan ujian calitan Covid-19 pada 20 Januari. 

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran mengesahkan penangguhan itu.

“Tarikh esok dilapangkan. Kami baru sahaja menerima makluman daripada mahkamah,” katanya ketika dihubungi.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Zahid, mengesahkan anak guamnya kini menjalani kuarantin kendiri.

Zahid, 68, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan berkaitan rasuah dan 27 lagi bersangkutan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi. 

Untuk perbicaraan Najib esok, pegawai mahkamah memberitahu wakil media akan ditempatkan di dalam sebuah bilik berasingan dilengkapi video yang menerima suapan langsung prosiding dari mahkamah terbuka. Ini sebagai mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

“Hanya 20 wakil media akan dibenarkan berada di dalam bilik berkenaan bagi kes melibatkan kepentingan awam dan mereka juga perlu mendaftar untuk mendapatkan pas kebenaran,” katanya. – Bernama, 26 Januari, 2021.

KOBID KE

BARANG MAHAL KE

 DARURAT KE

SEMUA 

SAP SAP SUI

BILA NAJIB

MASUK PENJARA

AMIN

KAH KAH KAH



1 ulasan:

  1. Setuju sngt.. sila sumbat najib dan koncu²ny yg huru harakn dunia hari ini... Pundek punya 1mdb..

    BalasPadam