RAKYAT SELAMAT
DARI KOBID
AMIN
MUHYIDDIN
DISELAMATKAN
OLEH KOBID
AMIN
Agong perkenan
darurat
hingga Ogos,
kata Istana Negara
YANG di-Pertuan Agong memperkenan permohonan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat sebagai usaha membendung pandemik Covid-19, menurut Istana Negara.
Kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin itu menyebut, baginda memperkenan proklamasi darurat diisytihar untuk tempoh sehingga 1 Ogos atau lebih awal.
Pengumuman itu dibuat sewaktu Muhyiddin ditekan kalangan pemimpin Umno yang menarik sokongan ke atasnya dan menuntut pilihan raya diadakan segera.
“Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan supaya pengisytiharan proklamasi darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.”
Menurut kenyataan itu Al-Sultan Abdullah juga memperkenan cadangan membentuk satu jawatankuasa bebas dianggotai ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan.
“Jawatankuasa bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” kenyataan itu dipetik.
Ia turut menjelaskan, cadangan itu pada awalnya diputuskan oleh Kabinet dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.
Jemaah menteri itu itu mencadangkan proklamasi darurat sebagai langkah membendung dan melandaikan kes positif Covid-19 harian, menurut Istana Negara.
Seterusnya selepas menerima sembah taklimat oleh para ketua pentadbiran negara dan merundingkannya dengan Raja-Raja Melayu, baginda memperkenan cadangan proklamasi darurat.
“Maka Al-Sultan Abdullah berpandangan penularan wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.”
“Perlu dimaklumkan perkenan ini juga mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.
“Perkenan ini turut mengambilkira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara. Ia juga berdasarkan statistik semasa Covid-19, khususnya kekangan kemudahan logistik mengikut negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat tersebut.”
Antara ketua turus yang tampil mempersembah taklimat adalah Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Idrus Harun dan Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang.
Turut tampil Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh.
Istana Negara menyebut, baginda menerima maklum mengenai tekanan yang bebanan yang ditanggung oleh sistem kesihatan pada masa ini dan keupayaan hospital menerima pesakit.
Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan sistem kesihatan negara hampir lumpuh dan tidak mampu menanggung peningkatan jangkitan sekiranya terus meningkat lebih 2,000 kes sehari.
Al-Sultan Abdullah seterusnya menasihati rakyat supaya bertenang menghadapi pelaksanaan darurat serta Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuatkuasa semula esok secara berperingkat.
Baginda pada Oktober menolak permohonan untuk mengisytihar darurat sewaktu kalangan ahli Parlimen berusaha mengemuka usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin.
Baginda juga mengarahkan semua ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada bulan berikutnya.
Muhyiddin mempersembah cadangan untuk mengisyithar darurat pada waktu itu sewaktu pemimpin Umno dilapor menyokong Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan.
Seterusnya, Muhyiddin mempersembahkan cadangan sekali lagi untuk mengisytihar darurat bagi menangguhkan pelaksanan pilihan raya kecil susulan kematian beberapa wakil rakyat.
Al-Sultan Abdullah pada 16 September mengumumkan perkenan mengisytiharkan proklamasi darurat untuk kawasan terbabit.
Ia membolehkan SPR menangguhkan tiga pilihan raya kecil untuk kawasan Parlimen Batu Sapi dan Gerik serta kawasan DUN Bugaya di Sabah. – 12 Januari, 2021.
Wait a minute ‼️ I have got the numbers ‼️
BalasPadamKah Kah Kah