Khamis, 21 Januari 2021

SIKAP BERTAMADUN PDRM

 


 TAHNIAH

AMIN

SIKAP BERTAMADUN

POLIS KITA

AMIN

INI BUKTI BAHWA

SIKAP BOLEH

BERUBAH

KHALAS 




Ibu curi makanan, ubat untuk anak terima bantuan polis 

SEORANG ibu kepada tiga anak yang mencuri ubat dan makanan untuk anak-anaknya, hari ini menerima kejutan apabila polis melawat dan menyampaikan sumbangan di kediamannya di Petaling Jaya, hari ini.

Wanita itu dikatakan gagal membayar barangan iaitu Kool Fever patch, sosej dan kek, yang keseluruhannya bernilai RM58 untuk anaknya-anaknya yang seorang daripadanya mengalami demam ketika ditahan pengawal keselamatan sebuah pasar raya, di Petaling Jaya pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sumbangan yang diserahkan adalah barangan yang gagal dibeli wanita itu untuk anak-anaknya semalam, dan makanan serta keperluan harian lain yang disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya terpanggil untuk datang memberikan sumbangan ini selepas mengetahui kejadian itu, apabila pasar raya berkenaan membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Saya turut berpesan kepadanya supaya memohon bantuan zakat, datang ke masjid atau datang ke balai polis, jika benar-benar perlu bantuan pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama.

Nik Ezanee juga berkata berkata wanita itu diberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatannya dan kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Wanita ini turut terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 dan sekarang adalah masa bagi semua anggota masyarakat untuk saling bantu membantu,” katanya.

Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya turut membuat hantaran mengenai ziarah berkenaan, dan mendapat maklum balas positif daripada pengguna laman sosial itu.– Bernama, 21 Januari, 2021.

 KOBID MEMBUKA

DUA RUANG HATI

AMIN

RUANG KEBENCIAN

ATAU

RUANG KEMANUSIAN

AMIN

KITA SEMUA SEDANG

DIDUGA OLEH KOBID

AMIN



3 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Terbaik. Isla bukan menghukum, tapi menegakkan keadilan.Bila dh Islam, sepatutnya kita semua berakhlak spt nabi muhammad.

    BalasPadam
  2. lagi satu kisah klasik sikap bertamadun PRDM ialah pakcik seorang bakal bapak mertua tunggang motor takda lesen takda cukai jalan takda nombor plet. lalu di sekatan jalan polis yang bertugas ialah bakal menantu si pakcik tadi. ok boleh lepas.
    yelah takkan nak saman bakal bapak mertua sendiri.

    adapun sebelum dan selepas itu dah berapa banyak saman si polis yang konon bertamadun tu keluarkan. dan duit pow yang dia dah sapu. polis cabuk rasuah kecil polis besar maka besarlah juga rasuahnya. bila dah pencen dia akan berbangga konon berbakti kepada agama dan bangsa. ameeennn

    itu kisah klasik dalam negara melayu islam. Allah Muhammad ada tersemat di baju. ameennn

    BalasPadam
  3. Not new for north american police work...kurang lebih 3 tahun lalu ada seorang anak muda mencuri pakaian dan perkemasan formal bersama tali leher.

    Andai di Malaysia terus dihantam di pukul kerana anak muda tegap cukup sifat mencuri di gedung besar...hanya kerana dia anak muda dan its only natural akan dibelasah teruk!

    However that is not the case for the first policeman respondent to the shoplifting case involving the young man. The policeman ended buying the merchandice that was stolen for the young man for a full formal dress only because the young man was in need for the items only because he is up for a job interview.

    That young man went and indeed landed the job few days after. He made a mistake but it must be after he ran out of resources and place to turn to but his real intent was to just go get a job...apa boleh kita bent some rules if the condition and intention permits as mitigation, absolutely!!!

    Why not? If Riza anak setengah PM klepto could get away of stealing a Billion RM but made to pay back only half...he gets to keep half billion and got away too....what? Does Riza has anak and siblings tak cukup makan badan kurus kering merempat tak cukup vitamin to get away with setengah billion just like that?

    What 58 RM for a mother so desperate to do a Riza steal? Infact the people should go and steal from Riza which the money is not his anyway in the first place, agreed?

    BalasPadam