Isnin, 4 Januari 2021

SIX MILLION DOLLARS MAN


 

SIX MILION 

DOLLARS MAN

DULU KEBAL

AMIN

KINI MAKIN GAGAL

AMIN 



SPRM serbu

 Prasarana

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pagi tadi bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam syarikat berkait kerajaan itu, kata Azam Baki.

Ketua pesuruhanjaya SPRM itu berkata selain daripada laporan media, terdapat beberapa pihak membuat laporan berkenaan isu itu.

“Saya sahkan kita sudah memulakan siasatan di bangkitkan dalam media baru-baru ini berhubung dengan isu Prasarana itu. Jadi SPRM akan melihat perkara ini dengan lebih teliti dan melakukan siasatan dengan adil,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Saya memohon mana-mana pihak jangan membuat sebarang komen dan kita memang ada menerima laporan daripada beberapa pihak dan kita perlu lihat perkara ini betul atau tidak.”

Azam berkata, semasa menyerbu pejabat Prasarana pagi tadi, SPRM mengambil beberapa dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan.

“Ya kita ada pergi pejabat Prasarana untuk mendapatkan beberapa dokumen yang relevan berhubung perkara ini dan kita akan adakan pertemuan dengan saksi-saksi yang relevan dalam tempoh terdekat mungkin esok kita mula panggil siasat untuk soal siasat.”

Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman memberitahu MalaysiaNow beliau tidak mengetahui berhubung kehadiran SPRM ke pejabatnya pagi tadi.

“SPRM pun kita tak tau tiba-tiba, kita dah panggil SPRM minggu sudah lagi takpa lah jalanlah. Nak tanya apa-apa tanya lah,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada SPRM dan bersedia untuk disiasat jika dipanggil esok.

“Saya tiada masalah itu kerja dia. Mestilah dia pihak berkuasa takkan kita hendak menentang pihak berkuasa kita akan bekerjasama.”

Tajuddin yang juga pengarah pilihan raya Umno dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada Mei tahun lepas selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan persekutuan.

Media melaporkan sebelum ini terdapat konflik kepentingan melibatkan Tajuddin berhubung projek pembangunan bernilai lebih RM1 bilion.

Menurut laporan itu, Tajuddin mahu membatalkan kontrak dua syarikat yang dianugerahkan untuk membangunkan projek pembangunan bercampur Latitud 8 milik Prasarana.

Salah satu daripada syarikat itu dikawal ahli keluarganya: isteri, anak lelaki dan anak perempuannya.

Sebarang langkah membatalkan kontrak akan menyebabkan Prasarana terpaksa membayar pampasan sebanyak berpuluh juta ringgit.

Pembangunan projek tersebut masih belum bermula walaupun sudah diberikan publisiti secara meluas semenjak 2016 kerana terletak di lokasi strategik di Kuala Lumpur.


INI NAMANYA

PERNIAGAAN

ANAK BERANAK

KAH KAH KAH

AYAH ADA KUASA

BERI PROJEK PADA

SEBUAH SYARIKAT

AMIN

SYARIKAT MILIK

ANAK SENDIRI

BINI JADI

PENGARAH

AMIN

KAH KAH KAH



2 ulasan:

  1. Tajudin sengaja je memyalahguna kuasa dn rasuah kan dirinyee.. Sebab selama ni dia rasa terpinggir tak masuk grup wasap teman banduan umno. Kahkahkahkahkah

    BalasPadam
  2. Macam lah TT tak tahu. Ini bukan masalah bapak bagi kontrek kepada anak-anak, maka SPRM diserbu SPRM. Perbuatan serupa itu boleh dikeluarkan Sijil HALAL jika Si Pasir Salak ni tidak melawan AbahCow.

    Di negaraku yang indah permai ini pemimpin politik boleh buat apa saja asalkan jangan sesekali menyanggah the guy who walks along the corridor of power.

    Tapi usah bimbang usah khuatir wahai Panglima Badut Pasir Salak, sijil halal songlapan di PRASARANA akan keluar juga dan SPRM akan tutup fail jika Mooyiddin jatuh Rabu ni..... negaraku yang indah ini nama lainnya adalah BOLEH LAND....

    BalasPadam