TIM MAHKAMAH
BERSAMA
TIM BANDUAN
MAHU PRU15
AMIN
YB YANG
TANDA TANGAN
JELAS MENOLAK
PROJEK TIM BANDUN
YANG MAHU PRU 15
AMIN
APA MAKNANHYA
AMIN?
Ahli Parlimen
pembangkang
dari 7 parti
tolak gesaan Umno
untuk adakan
PRU15 ketika
pandemik
Lebih sedozen ahli Parlimen menolak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim pandemik, ketika pemimpin-pemimpin Umno yang bersekutu dengan Najib Razak terus mengugut untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.
“Hampir tiga minggu selepas belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat ini diluluskan, Umno mahu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia,” kata 14 pemimpin itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.
“Mereka memperlihatkan kepada kita semua diri mereka yang sebenar.”
Kenyataan itu ditandatangani 13 ahli Parlimen dan seorang senator iaitu: Darell Leiking (Penampang), Syed Saddiq (Muar), Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Hannah Yeoh (Segambut), Yeo Bee Yin (Bakri), Baru Bian (Selangau), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Salahuddin Ayub (Pulai), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Teo Nie Ching (Kulai), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Samad (Shah Alam) dan Marzuki Yahya (senator).
Mereka yang terdiri daripada anggota parti DAP, PKR, Amanah, Warisan, Pejuang, Muda dan PSB berkata, semalam sejumlah 1,741 kes baru positif Covid-19 dicatatkan dan beberapa negeri pula kini dilanda banjir menyebabkan lebih 15,000 rakyat terpaksa dipindahkan.
“Dengan mempertimbangkan semua perkara ini, kami begitu terkejut dengan permintaan berterusan oleh Umno menuntut mengadakan pilihan raya dalam keadaan seperti ini.”
Mereka berkata, apa yang dilakukan Umno pada hari ini tidak ubah seperti tindakan bekas perdana menteri Najib Razak yang pernah menggesa ahli-ahli Umno untuk mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun menjelang PRU13 pada 2013 dengan berkata. “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”
“Rakyat Malaysia mesti menolak cita-cita jahat dan sikap mementingkan diri demi kuasa. Kita sudah cukup banyak kehilangan masa bertahun-tahun akibat salah laku pentadbiran dan rasuah,” kata kenyataan itu.
Haram jadah punya kluster banduan. Kalau perancangan dia orang membuatkan PRU diadakan, ingat muka-muka mereka, bila dia orang mati, kita ramai-ramai kencingkan kubur dia orang. Pesan juga pada anak cucu kita.
BalasPadam