Ahad, 10 Januari 2021

TOLAK PARTI GILA KUASA

 




KITA RAMAI RAMAI

TOLAK PARTI

GILA KUASA

AMIN

KITA RAMAI RAMAI

TOLAK YB

GILA KUASA

AMIN

KITA RAMAI RAMAI

TOLAK YB

NAK LARI DARI

HUKUM MAHKAMAH

KHALAS




Bukan masanya 

untuk pilihan raya,

 kata kesatuan


AHLI politik perlu mengetepikan “pertikaian kecil politik dan tidak masuk akal” mereka serta mula menumpukan perhatian dalam membantu rakyat mengatasi wabak Covid-19 dan ekonomi yang lembab, kata Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) hari ini.

Presidennya Mohamed Shafie BP Mammal berkata ini bukan masanya untuk mengadakan pilihan raya seperti yang disarankan oleh beberapa ahli politik.

“Kesatuan kita ada banyak alasan untuk menentang pilihan raya umum pada masa ini.

“Sayangnya pemimpin politik kita lebih berminat untuk mendorong kekuatan politik dari menolong rakyat yang sangat memerlukan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata wabak ini mengakibatkan ekonomi terjejas teruk, menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan atau pengurangan gaji secara besar-besaran.

Tambahnya kos sara hidup juga meningkat dengan pesat yang menambah tekanan bagi mereka yang hilang pekerjaan dan gaji mereka dipotong.

Selain itu katanya banjir di seluruh negara juga menyebabkan lebih ramai penduduk berdepan kerugian.

“Tetapi apa yang dilakukan oleh pemimpin kita? Hanya fokus sepenuhnya pada pertikaian kecil politik dan tidak masuk akal mereka,” katanya. 

Beliau berkata ahli politik perlu memberi perhatian terhadap nasihat Yang di-Pertuan Agong sebelum pembentangan Belanjawan 2021 agar mereka mengetepikan perbezaan politik dan menumpukan perhatian dalam membantu rakyat yang menanggung beban akibat Covid-19 dan kemerosotan ekonomi.

“Pemimpin politik kita memperlekehkan titah Agong. Yang lucunya adalah ahli politik sama yang bersumpah untuk mematuhi titah Agong sebelum ini,” katanya.

Tambahnya pilihan raya umum boleh ditangguhkan sehingga wabak reda.

“Selain itu kerajaan juga perlu menunggu ekonomi pulih dengan jumlah pengangguran juga berkurangan.

“Jika pemimpin kita gagal melakukan perkara-perkara ini sebelum meminta pilihan raya diadakan, mereka hanya membuatkan rakyat marah,” katanya.

Dalam beberapa minggu terakhir Umno memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan mengatakan bahawa akar umbi mahu parti itu menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional dan meminta agar pilihan raya diadakan dengan segera.

Jumlah kes harian Covid-19 di Malaysia kini berjumlah empat digit dengan kerajaan dijangka akan mengumumkan perintah kawalan pergerakan lebih ketat pada esok. – 10 Januari, 2021.


SOKONG PARTI

YANG TAK MAHU

PRU 15

AMIN 

SOKONG YB

 YANG TAK 

MAHU PRU 15 

KETIKA KOBID 

BELUM REDA

AMIN



1 ulasan:

  1. kau juga yg sokong kerajaan PN yg di dalamnya ada penyamun umno ni. Sewel kah

    BalasPadam