POLITIKUS
TAK DAPAT
TOLONG RAKYAT
TAK APA
AMIN
TAPI JANGAN
SUSAHKAN
HIDUP RAKYAT
AMIN
Kadangkala kami hanya makan nasi bubur, lauk kangkung – Siti Azizon
KUALA LUMPUR – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Begitulah bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal empat anak termasuk seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kini terpaksa menjadi ketua keluarga selepas bercerai dengan suami sejak enam tahun lalu.
Pada usia 41 tahun, Siti Azizon Mohamad yang menyewa di Tasik Height di Bandar Tasik Selatan di sini melalui ujian besar.
Ini kerana beliau turut menyara dan membesarkan lima anak saudaranya yang berusia setahun tiga bulan hingga 20 tahun selepas adiknya meninggal dunia dalam usia 37 tahun akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan masalah buah pinggang pada Disember 2019.
Rumah tiga bilik yang disewa sebanyak RM1,000 itu kini didiami seramai 12 beranak termasuk adik bongsunya yang tidak dapat bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.
Wanita kelahiran Kelantan itu mengakui, kehidupannya kini hanya bergantung dengan pendapatan bersihnya sebanyak RM1,600 sebagai anggota tentera dan jualan nasi lemak dan goreng pisang oleh ibunya, Azina Ab Rahman, 58, dengan anggaran RM300 sebulan.
“Saya ibu tunggal dan bela anak empat orang dan seorang anak OKU, lima lagi anak arwah adik saya. Ibu dan adik bongsu pun tinggal bersama.
“Kewangan saya memang tidak cukup tampung untuk rumah kerana masa arwah adik ada kami kongsi bayar sewa bersama adik bongsu.
“Gaji bersih saya pula adalah RM1,600 dan sewa rumah RM1,000, selalu lewat bayar dan kadang-kadang tunggu gaji bulan depan dan bulan ini sewa rumah tertunggak. Pernah tidak cukup makanan, saya ambil nasi di kem (tentera) bawa balik rumah,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.
Siti Azizon kini dalam latihan peralihan untuk menamatkan perkhidmatan tentera pada bulan Julai ini.
Dia yang berpisah dengan suami sejak tahun 2014 bersyukur bekas suaminya masih memberi nafkah kepada anak-anak sebanyak RM200 sebulan mengikut kemampuan gara-gara pendapatannya sendiri pun tidak seberapa.
“Saya berpisah dengan suami enam tahun dan nafkah kadang-kadang dia bagi. Dia pun kerja tak seberapa dan saya tak kisah, janji dia bagi anak-anak RM200 sebulan dan beban saya berkurangan untuk jaga anak-anak.
“Sebelum ini, kami tinggal dalam kem dan keluar menyewa kerana peraturan di dalam kem tidak boleh ramai ahli keluarga dan tidak dibenarkan adik dan anak saudara.
“Ketika itu, arwah adik selalu keluar masuk kem untuk pergi kerja,” katanya berterus-terang.
Siti Azizon menambah, kehidupan mereka menjadi getir selepas kematian arwah adik kerana sejak menyewa dua tahun lalu, komitmen kewangan sering dikongsi bersama.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, arwah adiknya, Siti Azira ‘pergi’ mengejut meninggalkan mereka selepas hanya mengalami demam dalam tempoh seminggu sahaja.
Namun luahnya dia akan menjaga semua anak arwah seramai lima orang itu kerana telah berjanji dengan Siti Azira untuk tidak berpisah dengan anak-anaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
“Saya sedih sebab emak masih kena bekerja dan adik bongsu pun banyak membantu. Namun saya nekad menjaga semua anak saudara walaupun susah sekali mana pun.
“Saya pernah mohon bantuan zakat namun tidak layak kerana bekerja sebagai tentera. Tidak apa dan saya reda kerana masih dalam perkhidmatan. Lagi pun habis kerja tentera, saya kerja kedai di kedai makan untuk basuh pinggan dan alhamdulillah, ada makanan lebih saya boleh bawa pulang untuk keluarga,” katanya sambil memberitahu adik iparnya tidak pernah mengambil tahu hal anak-anaknya selepas kematian isterinya.
Apa pun Siti Azizon berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana memberi bantuan bulanan sebanyak RM150 sebulan untuk anak sulungnya yang OKU.
“Anak saya OKU yang menghadapi masalah pembelajaran dan pada masa mengidap penyakit jantung, asma dan mata yang rabun teruk sejak lahir. Ketika ini, saya sedang tunggu keputusan pakar sama ada perlu menukar injapnya selepas berjaya membuat pembedahan sebelum ini,” katanya.
Wanita itu mengakui sering terfikir apa yang akan berlaku kepada ibu, anak-anak dan anak saudara jika dia ditakdir pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.
“Memang takut bila fikir kadang-kadang sebab saya ulang-alik naik motosikal ke mana-mana. Sekiranya berlanggar, siapa nak jaga anak dan anak arwah serta emak saya sebab tanggungjawab saya besar dan berat. Saya kena kuat walaupun sakit,” katanya yang mengakui mengalami tekanan perasaan dan pernah bertemu pakar sakit jiwa.
Mengakhiri perbualan, Siti Azizon ditanya bagaimana dia berbelanja dengan baki gaji sebanyak RM600 dengan 11 ahli keluarga perlu diberi makanan.
Akuinya jujur, dia memberi keutamaan dengan membeli lampin pakai buang dan susu anak saudaranya serta beras sebanyak 20 kilogram sebulan selain peruntukan untuk persekolahan anak-anak.
“Saya masak satu lauk sahaja sehari, kalau menu daging ayam, hanya ayam sahaja dan tiada menu sayur. Kalau telur, hanya telur sahaja.
“Kadang-kadang kalau tiada wang untuk makan, saya masak ikan bilis sahaja. Atau pun buat nasi bubur dan beli sayur kangkung untuk jadi lauk,” katanya sambi mengalirkan air mata.
Sementara itu, kunjungan MalaysiaGazette itu turut disertai Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuek Po Guan yang mewakili Datuk Kamarudin Jaafar yang juga Timbalan Menteri Luar yang memberi bantuan beras.
Orang ramai yang ingin membantu atau bertanya khabar boleh menghubungi Siti Azizon menerusi talian +60174981751 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional – 03109-29-00002664-1. – MalaysiaGazette
MEMANG SEDIH.RAMAI LG YG SEANGKATAN DGN DIA.INI TIDAK D FAHAMI ORG POLITIK HARAMJADAH.MEREKA BERGADUH TP SYG NYAWA,BINI,HARTA DAN PANGKAT SENDIRI.MEREKA BIARKAN RAKYAT MATI.SEPATUTNYA 220 MP BIAR SEMUA D JANGKITI COVID.SENANG LUPUS JE..
BalasPadamMana pergi adik ipar, bapak kepada anak-anak aruah adik dia, tau memantat je, anak-anak terbiar melarat. Yang pejabat ugama pun, Hal macam ni la nak kena tengok, jangan sibuk nak tangkap pondan je.
BalasPadam