WOIT
PAK LEBAI
YB ISLAM PUN
TAK SOKONG
KAH KAH KAH
Tak semua ahli Parlimen Umno sokong RUU355, kata Hadi
TIDAK semua pemimpin dalam Umno menyokong usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Rang undang-undang itu yang digelar RUU 355 ditolak kalangan pemimpin Umno berkenaan menyebabkan PAS gagal mendapatkan majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk pemindaan, katanya.
Perkara itu menyebabkan RUU 355 terpaksa ditangguhkan semula, katanya sewaktu bercakap dalam satu forum dalam talian hari ini.
“Jadi nak meluluskan undang-undang ini perlu majoriti mudah dalam perlembagaan. Malangnya dalam Umno tak cukup, tak semua dalam Umno sokong.
“Bila tak cukup kita cuma dapat bacaan kali kedua saja.
“Kita dah berjaya bincang dengan Umno dan Umno setuju sokong RUU ini tapi bila sampai nak undi tak cukup jadi terpaksa dihentikan, tangguh,” katanya.
Tambahnya, biarpun kini PAS menjadi sebahagian dalam kerajaan, usaha membawa RUU355 terpaksa ditangguh sehingga darurat selesai.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai usaha PAS bersama kerajaan baharu untuk melaksanakan semula usaha meminda akta tersebut.
Hadi mencadangkan RUU kontoversi itu di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016 dan mengemukakannya semula pada November 2016.
Seterusnya, beliau membentangkan cadangan pindaan akta kontroversi itu melalui usul persendirian sebagai ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada April 2017.
Usaha meminta akta tersebut antara lain mendapat tentangan MCA yang kini menjadi antara parti dalam kerajaan Perikatan Nasional bersama PAS.
Siri perhimpunan yang digerakkan menyokong RUU355 bersama Umno kemudian menjadi titik tolak kerjasama kedua-dua parti itu yang membawa kepada penubuhan Muafakat Nasional.
Usul pindaan itu bertujuan menaikkan hukuman maksimum penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan 100 sebatan.
Peruntukan Akta 355 pada masa ini hanya membenarkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan.
PAS kini menerima kritikan kerana masih gagal meminda undang-undang tersebut walaupun berjaya menguasai Putrajaya sejak Februari lalu dengan menyertai gabungan itu.
Pada November lalu, timbalan menteri undang-undang dari PAS, Ahmad Marzuk Shaary memberitahu Dewan Rakyat, pindaan itu akan dibuat di peringkat negeri terlebih dahulu.
Katanya, akan dibentangkan di negeri-negeri awal tahun ini sebelum dibentang di Parlimen semula. 19 Januari, 2021.
Bila ugama di jual secara longok longok macam jual jering kerdas petai di tepi jalan atau pasar tani,,,, yg ini selongok 5gial yg ini 10 gial yg ni 8 gial tengok pd pemintaan dan keperluan,,
BalasPadamJangan bohong, TT! Arab atau Melayu sama-sama dapat 72 bidadari lepas masuk kubur. Kafir saja yang tak dapat bidadari, mungkin dapat unta 72.
BalasPadam