Ahad, 28 Februari 2021

AMANAH BERI AMARAN PADA ANWAR IBRAHIM

 


AMARAN AMANAH

PADA

ANWAR IBRAHIM




KENYATAAN MEDIA PIMPINAN AMANAH BUKIT BINTANG

28 FEBRUARI 2020


GESAAN KAJI SEMULA KERJASAMA DENGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. Kami pimpinan AMANAH Kawasan Bukit Bintang menggesa pimpinan AMANAH Nasional supaya mengkaji semula hubungan kerjasama dengan PKR dan kedudukan parti tersebut dalam Pakatan Harapan setelah menerima tiga ADUN AMANAH di Johor dan dua ADUN AMANAH di Selangor yang melompat. Senario ini mengeruhkan lagi hubungan serta mencalarkan semangat setiakawan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan.

2. Kami juga menyokong penuh kenyataan YB Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden AMANAH) yang menyesali tindakan parti rakan PH yang menerima ADUN-ADUN AMANAH yang melompat. Tindakan ini melambangkan tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

3. Strategi politik parti-parti dalam PH sepatutnya berteraskan pembelaan nasib rakyat yang terkesan atas caca marba pengurusan kerajaan Perikatan Nasional yang masih tiada keabsahan dan bukannya menzalimi sesama rakan parti dalam pakatan dalam persiapan menghadapi PRU ke-15 jika parlimen dibubarkan.

4. Berdasarkan Global Corruption Barometer 2020 oleh Transparency International yang melibatkan responden seramai 20 ribu orang di 17 negara di rantau Asia, hampir sepertiga daripada responden mempunyai persepsi negatif iaitu ahli parlimen adalah mereka yang terlibat gejala rasuah. Justeru, kami juga menyarankan agar akta anti lompat parti dikaji dan diperhalusi bagi mengekang amalan lompat parti daripada terus menjadi barah proses demokrasi di Malaysia.

 Ini adalah pendirian bersama:
Ustaz Ahmad Asri Talib
Ketua AMANAH Bukit Bintang

Ahmad Thaari Abdul Rahim
Timbalan Ketua AMANAH Bukit Bintang

Sheikh Khuzaifah
Ketua Pemuda AMANAH Bukit Bintang

Ustazah Sharifah Juanie
Ketua AWAN AMANAH Bukit Bintang

Fatihah Salahuddin
Ketua WARDA AMANAH Bukit Bintang

Ismail Othman
Ketua ARIF AMANAH Bukit Bintang




2 ulasan:

  1. Masa Tun Madey trima org2 Umngok Abam dan anak beranak bising.Bila org2 PKR melompat,dia kata pengkianat.Tp bila Amanah lompat pd PKR dia kata Alhamdulillah.I got the number.Patut Abam buka kedai ekor je,mesti ramai pengikut..

    BalasPadam
  2. biarkan.. mangkuk bergaduh ini bagus untuk rakyat.. kita tambah minyak atau ky jelly.. ehmm sedap.. kah kah kah

    BalasPadam