Khamis, 18 Februari 2021

BEKAS MENTERI PKR PALING RASUAH

 


HARI HARI AKHIR

SAEKOR XAVIER

AMIN

BEKAS MENTRI PKR

PALING RASUAH

AMIN


SPRM sahkan 

RM1.2 juta tunai 

dirampas semasa 

pemimpin PKR

 berkait bekas menteri

 ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan laporan MalaysiaNow bahawa mereka merampas wang tunai sebanyak RM1.2 juta dalam siasatan terhadap ahli politik yang dikaitkan dengan bekas menteri semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, SPRM berkata wang tersebut disimpan di sebuah rumah dan pejabat kepada proksi kepada Timbalan Pengerusi PKR Perak MA Tinagaran dan bekas menteri air, tanah dan sumber asli, Xavier Jayakumar.

SPRM juga mengesahkan penahanan dua pengarah syarikat berkait projek yang dianugerah kepada mereka, serta sejumlah RM77 juta dalam beberapa akaun bank dibekukan.

Bagaimanapun, kenyataan SPRM itu tidak menyebut nama Tinagaran atau Xavier.

“Sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan turut dirampas,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu hadir selepas seorang pemimpin PKR dan Xavier hari ini menafikan laporan MalaysiaNow, yang memetik sumber mengatakan siasatan tersebut berkait dengan perjanjian perlombongan pasir, yang berada di bawah bidang kuasa kementerian yang pernah diketuai Xavier.

Xavier hari ini mengatakan Tinagaran, yang direman bukan pembantunya tetapi “rakan keluarga dekat”.

Sementara itu, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador, yang juga setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, turut menggesa satu tindakan perlu diambil terhadap laporan MalaysiaNow kerana menyebarkan “berita palsu”.

Farhash bertindak mempertikaikan laporan MalaysiaNow mengenai rampasan wang tunai berjumlah RM1.2 juta, sebaliknya mengatakan hanya RM17,000.

SPRM dalam kenyataannya hari ini mengatakan siasatan masih berjalan.

“SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan ini,” tambahnya.

XAVIER 

ORANG  KUAT

PEMIMPIN ISLAM

ANWAR IBRAHIM

AMIN

PASAL ITU

AWAL AWAL

SETPOL ANWAR

TELAH PERTAHAN

XAVIER

KHALAS




1 ulasan:

  1. PEMIMPIN lain DAP, Amanah dan PKR, ada apa ulasan? Ada apa pendirian? Dulu masa pilihanraya umum, jerit kuat anti-korupsi. Sekarang macam mana?

    AHLI-AHLI DAP, Amanah dan PKR, ada tanya PEMIMPIN parti ada apa pendirian?

    PEMIMPIN lain PKR, ada tubuh jawatankuasa siasat dakwaan?

    Pakatan Harapan???

    BalasPadam