BILA TOWKAY
MULA BERSUARA
INI MAKNANYA
EKONOMI MAKIN
TENAT PARAH
AMIN
BILA UNTUNG
TAK TAK LATANG
MANYAK SUSAH
KAH KAH KAH
Ekonomi tidak pulih kerana masalah dasar tangani pandemik, kata Daim
EKONOMI tidak akan pulih selagi kerajaan tidak melaksana dasar yang betul untuk menangani pandemik Covid-19, kata bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.
Tegasnya, kerajaan perlu menangani pandemik dengan berkesan memandangkan jumlah kes terus meningkat sehingga empat angka setiap hari sejak November.
“Tiada dikotomi di antara pandemik dan ekonomi. Betulkan dasar mengenai pandemik barulah ekonomi akan pulih.
“Jika dasar pandemik salah, ekonomi akan merudum dan tidak akan pulih,” katanya seperti dipetik dalam satu wawancara dengan FMT.
Katanya, walaupun kerajaan melancarkan beberapa inisiatif dan pakej bantuan kewangan, kesannya tidak dirasai oleh rakyat.
Tambahnya, rakyat melihat kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tiada perancangan dan gagal menjelaskan dasarnya untuk menangani pandemik dan memulihkan ekonomi.
“Banyak saranan dibuat oleh ahli Parlimen pembangkang, pemimpin industri, pakar kesihatan, NGO dan juga rakyat biasa.
“Jadi, rungutannya kerajaan nampak tidak mendengar.
“Apabila perdana menteri membuat pengumuman khas mengenai pakej bantuan Covid-19, selalunya ia jauh menyimpang dan gagal menangani masalah yang dibangkitkan industri terjejas.”
Daim juga menyelar parti dalam Pakatan Harapan kerana gagal menjalankan tanggungjawab semak dan imbang.
“Mereka juga pernah berada dalam kerajaan, walaupun hanya untuk 22 bulan. Setiap bekas menteri boleh menjadi menteri bayangan bagi portfolio mereka sebelum ini,” katanya. – 15 Februari, 2021.
Selesai sakit selesai ekonomi. Maksudnya apa? Kita adalah ekonomi. Buruh,tenaga kerja, nilai kita adalah ekonomi. Bukan sesiapa. bangkit kita membuka pencerahan. kuatkan diri. Buang tahyul. Buang takut. Buang momok momok. Buku, ilmu, wasiat ronal rijen. Maju kini. Mula sekarang.
BalasPadam