Rabu, 17 Februari 2021

DARURAT KACAU EKONOMI

 

INI SUARA

TOWKAY BESAR

AMIN

DARURAT KACAU

EKONOMI

AMIN

APA AKAN JADI

AMIN 


Pelabur beralih ke negara jiran kerana 'kebuntuan' kerajaan, kata Daim 

BEKAS menteri kewangan Daim Zainuddin berkata pelabur melihat kerajaan Malaysia buntu tanpa rancangan untuk meningkatkan semula ekonomi, tidak seperti negara jiran. 

Dalam temubual dengan FMT, beliau berkata angka pelaburan menunjukkan pelabur tidak yakin dengan kerajaan yang tidak tahu apa yang dilakukannya. 

“Kerajaan seolah-olah buntu dan tidak mempunyai rancangan berkesan. Pelabur tidak akan masuk sebuah negara di mana ketidakcekapan begitu nyata.

“Jika kita mahu memulihkan status Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik, pemimpin kerajaan harus meningkatkan prestasi mereka. Namun, pelabur tidak nampak tanda-tanda ini berlaku.

“Kita jangan lupa pelabur ada pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan apa yang nyata dan hakikat,” kata Daim.

Membandingkan Malaysia dengan Indonesia, Vietnam dan Singapura, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berkata pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia mencatatkan penurunan besar berbanding negara jiran.

Daim berkata ini menunjukkan persaingan Malaysia dalam lanskap pelaburan telah merudum dan pemimpin negara perlu bertindak sebelum Malaysia lebih jauh ketinggalan.

Bekas menteri kewangan berkata perisytiharan darurat tidak membantu meningkatkan sentimen pelabur di Malaysia.

“Untuk membendung kesan negatif susulan pengisytiharan itu, kerajaan harus telus dalam setiap tindakannya supaya tidak menghakis lagi keyakinan pelabur.”

Untuk Malaysia mengatasi masalah ekonominya, Daim mengatakan naratif pertumbuhan masa depan yang menarik dengan fokus, strategi dan dasar mesra pelaburan yang jelas diperlukan.

Beliau mencadangkan kerajaan mengambil langkah sesifik seperti merangsang pelaburan langsung domestik (DDI) kerana kedua-dua DDI dan FDI sama penting dan boleh memberi kesan pelengkap jika jaringan “DDI-FDI” bernilai tinggi diwujudkan, dengan PKS domestik yang menjadi tulang belakang perindustrian Malaysia; mempercepatkan pembaharuan pengawalseliaan, mengatasi kelemahan dalam penyediaan tenaga kerja berkemahiran dan menangani pengangguran serta menggubal dan melaksanakan pelan tindakan ekonomi dan perindustrian berwibawa. – 17 Februari, 2021.
 

LEPAS KOBID

EKONOMI

LAGI TEROK

AMIN

APAKAH  HADI 

DAN PARTI PAS

AKAN BUAT 

SEMBAHYANG 

HAJAT

PULEH EKONOMI

KAH KAH KAH

ATAU BACA DOA

MACAM MINTA

 HILANG KOBID

AMIN 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan