KES IKAN BILIS
AMIN
BUKAN KES
BILION NAJIB
AMIN
KES JUTA JUTA
ISA SAMAD
AMIN
2 anggota polis dipenjara 36 bulan, denda RM25,000 kerana rasuah
DUA anggota polis masing-masing dihukum penjara 36 bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000, lima tahun lepas.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain turut memerintahkan Lans Koperal Shafiq Kharidan, 28, dan Koperal Muhamad Nurlizam Ali, 35, dipenjara sembilan bulan lagi jika gagal membayar denda.
Ahmad Zamzani membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 21 saksi pendakwaan serta tiga saksi pembelaan dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Shafiq dan Muhamad Nurlizam didakwa menerima suapan sebanyak RM3,000 dan RM1,000 daripada seorang peniaga sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap dirinya serta seorang lagi rakan kerana memiliki rokok seludup di Jalan Felda Kechau dan Taman Cahaya di Lipis, pada 23 dan 24 September 2016.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Kedua-dua tertuduh yang semasa kejadian bertugas di cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis, dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 15 Ogos 2018.
Pada prosiding itu, peguam Shukri Mohamad memohon mahkamah membenarkan penangguhan hukuman kerana kedua-dua anak guamnya berhasrat memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
“Mereka kini berniaga sendiri selepas digantung kerja dan tidak pernah gagal hadir ke mahkamah setiap kali perbicaraan diadakan. Shafiq walaupun belum berkahwin menanggung ibu bapanya manakala Muhamad Nurlizam mempunyai tiga orang anak,” katanya.
Ahmad Zamzani membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan tersebut selesai didengar dan jaminan RM5,000 yang dikenakan sebelum ini dikekalkan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nadzirah Zahari.– Bernama, 5 Februari, 2021.
Kalau nak kira setiap hari 'orang kita' pau rakyat Malaysia, tapi apa kan daya, Bossku jadi contoh terbaik sistem undang undang negara ini,.kalau ada duit boleh rayu rayu sampai diampunkan, nasib koperal gaji caput nak rayu pon tak ada arah, ini lah curi susu tepung terus ke penjara, kalau curik juta billion masih boleh pakai vellfire mohon tangguh rayu ampun kah kah kah
BalasPadamAdohai.Kes dah berlaku 5thn.Pau pun colah gigi jo.4 ribu bagi duo.Kono penjara 3thn dan dondo 25 ribu.Kes ni kono refer pd Ustaz Hj Adi Wang.Mkin dia blh keluar fatwa supaya kes ni d gugurkan..
BalasPadam