CEMAR AIR
ERTINYA RACUN
AMIN
RACUN ERTINYA
BUNUH
AMIN
ERTINYA
PENCERMARAN
BUNUH ORANG
KAMPUNG
KHALAS
Kilang haram lebur besi, cemari Sungai Semenyih disita
SEMENYIH – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyita sebuah kilang dan jentera berat yang menjalankan kerja-kerja peleburan besi secara haram yang menyebabkan pencemaran Sungai Semenyih sejak tiga hari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, premis berkenaan mengeluarkan efluen menyebabkan pencemaran longkang parit monsoon di Taman Semenyih Permata, kira-kira 3.30 petang, Khamis lalu.
“Siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mendapati pencemaran berpunca daripada premis peleburan besi yang beroperasi tanpa kebenaran di Lot 1317, Mukim Hulu Semenyih, Daerah Hulu Langat dengan keluasan 3 meter persegi.
“Siasatan di tapak juga mendapati kesan daripada aktiviti peleburan atau pembakaran besi telah menghasilkan debu atau serbuk karbon berwarna kehitaman dan dibuang di dalam dua kolam berhampiran,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Siasatan LUAS juga mendapati debu atau serbuk karbon tersebut telah bercampur dengan air dan menjadikan kolam berhampiran berwarna kehitaman.
Jelasnya, pencemaran itu berlaku apabila hujan lebat menyebabkan limpahan aliran hitam dan telah mencemarkan longkang monsun berhampiran dan berpotensi mencemarkan Sungai Semenyih.
“Jarak lokasi tersebut ke Sungai Semenyih adalah 2.3 kilometer (km) dan jarak ke muka sauk Jenderam Hilir ialah dalam anggaran 22 kilometer,” katanya.
Dalam usaha menangani insiden pencemaran itu, LUAS telah menjalankan ujian pensampelan efluen dan kualiti air bagi parameter Jumlah Pepejal Terampai (TSS), Minyak dan Gris (O&G) dan saringan logam untuk tujuan analisa Jabatan Kimia Negara.
“Oleh kerana minggu ini cuti panjang, kita mengharapkan seawal esok kita akan memperolehi keputusan ujian pensampelan itu dan seterusnya untuk tindakan lanjut,” katanya.
Selain itu, premis haram itu dipercayai memproses bijih besi yang diperolehi daripada kilang besi berhampiran, termasuk dari Selangor dan Perak, bagaimanapun ia masih dalam siasatan.
“Mereka membawa sisa buangan besi ke sini untuk diproses semula menjadi besi sebelum dijual di pasaran.
“Kita percaya mereka ini melebur besi ini secara tradisional dan kaedah yang digunakan sejak 60-an dan peralatan lama boleh dilihat di tapak ini,” katanya.
Sehubungan itu, Loy Sian berkata LUAS telah mengeluarkan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122 (1), Enakmen LUAS 1999 kepada premis terlibat susulan risiko dan ancaman insiden itu kepada kuantiti dan kualiti air Sungai Semenyih.
“Premis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali serta denda selanjutnya RM3,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan sehingga perintah itu ditarik balik.
“Premis itu juga diarahkan menghentikan pelepasan efluen dari kolam dan menjalankan kerja-kerja pembersihan segara di tapak,” katanya.
Susulan insiden itu, katanya lagi, MPKj mengambil tindakan segera dengan membina ban atau benteng di lokasi kolam bagi menyekat aliran air tercemar dan menyita jentera serta pintu masuk premis tersebut.
“Tindakan penguatkuasaan dijalankan JAS selaras Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan berkaitan.
“Sementara itu, tindakan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat adalah selaras dengan Kanun Tanah Negara 1965,” katanya. –
Salah bang nong lg
BalasPadam