Sabtu, 6 Februari 2021

MUHYIDIN MULA DIBENCI RAKYAT

 



 PASAI APA

MAKIN RAMAI

MULA BENCI ABAH

KAH KAH KAH

WOIT

PASAI KOBID KE 

KAH KAH KAH

ATAU PASAI

TAK BUAT 

KONSERT LIVE

KAH KAH KAH



Kebencian mulai dirasai Muhyiddin, perlahan tetapi pasti

Ketika peringkat awal pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN), panggilan Abah telah diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia,  Muhyiddin Yassin sebagai lambang kebapaan beliau kepada rakyat negara ini.

Beliau dianggap penyelamat kepada negara selepas serangan ke atas kerajaan Pakatan Harapan berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh laskar jihad Umno dan Pas.

Ketika itu, majoriti rakyat negara ini menerima Muhyiddin adalah penyelamat. Apabila pakar komunikasi dalam kerajaan Muhyiddin memberikan beliau gelarah ‘Abah’, ia diterima baik oleh rakyat negara ini.

Ia ditunjukkan dengan jelas dalam sosial media samada facebook yang banyak digunakan oleh orang ramai, twitter (golongan kelas menengah) maupun instagram (remaja).

Namun ia bertahan hanya beberapa bulan sahaja.

Seawal November 2020, kebencian terhadap Muhyiddin mulai dirasai apabila kajian yang dibuat oleh twitter mendapati, 75.56% pengguna media sosial itu membenci beliau.

Muhyiddin berada 15 peratus di belakang Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang khianat, yang didapati oleh twitter sebagai orang yang paling dibenci di Malaysia.
 
Azmin mendapat skor tertinggi iaitu 90.63 peratus posting yang dibuat dalam twitter membenci beliau.
 
Selepas tiga bulan berlalu, apa yang dirasai oleh Muhyiddin dalam twitter mulai dirasai dalam media sosial facebook pula. Ini bermakna, media orang awam juga mulai merasai kebencian ini.

Perkara ini dinyatakan oleh peguam yang juga aktivis politik DAP.

“Arus deras kini menghala kepada Abah dalam FB. Perlahan tetapi pasti,” tulis Syahredzan Johan, Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, veteran DAP yang berkicau melalui twitter beliau.

Kenyataan Syahredzan disokong banyak pihak.

Syed Amirul Syed Edros menulis, “Konsep dia mudah je tuan. Kebodohan lama-lama dihadapkan kepada orang ramai, pasti orang ramai muak juga. Mapuh ko PN”
 
Muhyiddin yang sudah 39 kali keluar menerusi TV memberikan hanya perutusan kepada rakyat juga diserang apabila beliau tidak sedia berdepan dengan wartawan.

Banyak pihak mula menulis di facebook tentang perkara ini termasuk tokoh wartawan,  A Kadir Jasin yang menulis tentang perkara ini semalam.

Rata-rata orang ramai mengecam Muhyiddin Yassin susulan perutusan khas Perdana Menteri bagi kerajaan hilang majoriti itu.

Muhyiddin dianggap mengumumkan kembali apa yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Lebih menyakitkan hati orang ramai apabila tiada tambahan bantuan yang sewajarnya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua sejak 13 Januari lalu.

Kadir memetik penulis pojok Sinar Harian, Awang Paku Serpih yang menulis:

“Menurut kawan-kawan dalam media, sejak Abah jadi Perdana Menteri pada bulan Februari (ralat) tahun ini, dia tak pernah adakan sidang media terbuka.

“Maksudnya dia tak pernah terima soalan daripada wartawan. Dah tujuh bulan dia jadi Perdana Menteri tapi tak pernah sekali buat sidang media dengan wartawan.”

Bagi bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu, dalam era media interaktif hari ini, nampak janggal apabila ketua kerajaan tidak berasa perlu atau tidak berkeyakinan berinteraksi dengan wartawan.

“Apatah lagi bagi seorang yang membahasakan dirinya “Abah”. Kalau Abah, kenalah mesra dan kerap berinteraksi dengan anak-anak.

“Satu lagi, perutusan ini sudah jadi seakan-akan “proof of life” kepada kewujudan beliau sebagai Perdana Menteri,” tulis Kadir.

 ABAH MAKIN 

BERAT

KAH KAH KAH

KALAU TAK SUKA

ABAH NAK

BUAT MACAM

MANA

KAH KAH KAH

KOBID  TERUS

MENGAANAS

SEMUA TERHALANG

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

KERAJAAN KOBID

KAH KAH KAH

AMIN




Tiada ulasan:

Catat Ulasan