MUHYIDIN SILA
SAMAN PUAD
AMIN
PM TAK PERNAH
MENYAMAN
AMIN
MADEY ORANG
KUTUK
DIA SENYAP
KAH KAH KAH
Enggan minta maaf pada Muhyiddin, jumpa di mahkamah, kata Puad
AHLI Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi tidak akan memohon maaf kepada Muhyiddin Yassin kerana dikatakan memfitnah perdana menteri berhubung peraturan kurantin tiga hari untuk menteri.
Mengesahkan beliau menerima surat tuntutan daripada peguam perdana menteri, Puad berkata ia jelas adalah cubaan untuk mendiamkan pengkritik Muhyiddin.
Surat tuntutan itu mendesak Puad menurunkan posting di Facebook bertarikh 9 Februari atas nama “Dr Mohd Puad Zarkashi”, dan memberinya tempoh tujuh hari untuk mematuhi tuntutan itu.
Dalam posting di Facebook hari ini, Puad berkata beliau hanya minta penjelasan berkenaan peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri yang pulang dari luar negara kerana ia isu yang membabitkan kepentingan awam.
Puad mempertikaikan “pilih kasih” dalam isu kuarantin itu menerusi posting di Facebook dan dituduh memfitnah perdana menteri.
Beliau berkata itu adalah haknya untuk kebebasan bersuara dan tidak ada keperluan untuk memohon maaf atau menurunkan posting di Facebook.
“Saya tidak mahu dibuli oleh Muhyiddin seperti mana Umno dibuli,” kata Puad.
“Sebagai individu, saya ada hak kebebasan bersuara dan saya tidak akan minta maaf atau memadam post Facebook saya.”
Puad berkata beliau membuat keputusan untuk melawan di mahkamah kerana itu akan memberinya peluang bersama rakyat menentang “pilih kasih” berkenaan isu kuarantin.
“Saya hanya mempersoalkan dan minta penjelasan. Jika mereka hendak saman saya kerana perkara ini, lebih adil jika kita ke mahkamah.”
Muhyiddin menghantar surat tuntutan itu minggu lalu mendesak permohonan maat secara terbuka dang anti rugi RM10 juta daripada Puad kerana memfitnahnya. – 19 Februari, 2021.
JOM GASAK ABAH SECARA BERJEMAAH... WOITT 10 JUTA TUH.. NI NAK BUAT BELANJA PRU15 KE
BalasPadamXder nyer abah berani...kakaka
BalasPadamKutti Kerala org kutuk dia senyap je ..tapi 3 hari kemudian Tukang Kutuk tu kono sumbat dlm ISA ..kahkahkah ..Kutti ckp dia tahu apa2 ..kahkahkah ..akal koling ..
BalasPadam