Jumaat, 5 Februari 2021

MUHYIDIN TAK ADA KONSERT LIVE

 



MUHYIDIN TAKDA

KONSERT LIVE 

KAH KAH KAH

ATAU

TAK BERANI

KONSERT LIVE

KAH KAH KAH

HANYA BUAT

KOSERT DI TV

KAH KAH KAH


Perutusan Muhyiddin buktikan dia masih wujud, kata Kadir Jasin

Selepas menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah membuat 39 perutusan, tidak berani bersemuka dengan wartawan dan ia sudah hanya menjadi bukti bahwa dia masih wujud.

Demikian pandangan pelbagai pihak dan disahkan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin dalam tulisan beliau.

Bagi beliau, amat pelik dalam dunia media interaktif hari ini, apabila ketua kerajaan tidak merasa perlu atau “tidak berkeyakinan berinteraksi dengan wartawan”.

“Apatah lagi bagi seorang yang membahasakan dirinya “Abah”. Kalau Abah, kenalah mesra dan kerap berinteraksi dengan anak-anak.

“Satu lagi, perutusan ini sudah jadi seakan-akan “proof of life” kepada kewujudan beliau sebagai Perdana Menteri,” tulis bekas ketua pengarang kumpulan NSTP, kumpulan media terbesar negara itu.
 
Bagi beliau, perutusan Muhyiddin sudah jadi klise atau tidak ada apa-apa yang luar biasa.

Dalam konteks semasa, katanya, perutusan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin, telah menjadi klise (cliché) kerana digunakan secara rambang dan terlalu kerap sebagai cara berkomunikasi.

Mykamus.com mentakrifkan klise sebagai idea atau ungkapan basi, sesuatu pendapat yang kerap dikemukakan hingga menjadi lapuk. Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP mentakrifkannya sebagai kata basi.
 
“Sejak menjadi Perdana Menteri dengan menebuk atap (mengguna pakai fatwa politik Presiden Pas, Abdul Hadi Awang) pada 1 Mac lalu, Muhyiddin telah menjadikan perutusan sebagai kaedah komunikasi sehala – one way communication – beliau,” katanya.

Sepanjang yang boleh disahkan, sehingga 10 Oktober tahun lalu, Muhyiddin tidak sekali pun mengadakan sidang media terbuka, katanya.

Kadir merujuk tulisan penulis pojok Sinar Harian, Awang Paku Serpih yang menulis:

“Menurut kawan-kawan dalam media, sejak Abah jadi Perdana Menteri pada bulan Februari (ralat) tahun ini, dia tak pernah adakan sidang media terbuka.

“Maksudnya dia tak pernah terima soalan daripada wartawan. Dah tujuh bulan dia jadi Perdana Menteri tapi tak pernah sekali buat sidang media dengan wartawan.”
 
Menurut Kadir, beliau telah menghantar pesanan WhatsApp kepada pegawai media kanan Muhyiddin, bertanya jika butir dalam grafik di sebelah ini (gambar) tepat.

“Setakat ini belum ada respons. Tapi ada sumber mengatakan bahawa dengan perutusan hari ini, Muhyiddin telah membuat 39 perutusan TV kesemuanya,” katanya lagi.

DAH ADA ALBUM

KE BELUM

KAH KAH KAH

ATAU HANYA

JUAL KASET 

KAH KAH KAH

ATAU 

HANYA MIMING

KAH KAH KAH





2 ulasan:

  1. perutusan berdarah ku terima...
    gugur kutum ditengah halaman...
    medan ini kurasakan sepi...
    terpaku pilu

    kan ku usung oh jenazah cinta..
    semadikan nisan kasih suci..
    semangatmu tetap bersamaku
    selama pasti..

    bertabahlah malaysia..

    BalasPadam
  2. Hahaha... jidin dgn wartawan cari makan pun kecut... abam pun ok la jugak walau jawap kuntau sana sini...

    BalasPadam