Isnin, 22 Februari 2021

NAJIB MAKIN BIJAK

 


AMAT JELAS

NAJIB MAKIN 

BIJAK

AMIN

PANDANGAN DAN

CADANGAN NAJIB

BAIK UNTUK

NEGARA

AMIN


Percepat pelepasan kastam dan imigresen RTS, kata Najib

KEJAYAAN Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura memang bergantung kepada kepantasan pelepasan kastam dan imigresen, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata walaupun waktu perjalanan singkat, kerajaan perlu berusaha untuk mempercepat pelepasan kastam dan imigresen yang agak mengecewakan.

Beliau berkata ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) pertama kali merancang projek RTS dan sekarang menamatkan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura, mereka bersetuju agar pelepasan kastam dan imigresen untuk kedua-dua negara dapat disatukan.

“Pengumuman kerajaan minggu lepas bahawa penumpang RTS yang tempoh perjalanannya hanya 5 minit masih perlukan masa 10-15 minit lagi untuk proses pelepasan kastam dan imigresen agak mengecewakan.

“Semasa kerajaan BN dahulu rancang RTS dan HSR (yang sudah dibatalkan kerajaan PN), kita juga pernah bersetuju dengan negara Singapura untuk memudahkan proses kastam dan imigresen agar proses pelepasan bagi kedua negara disepadukan,” katanya. 

Laluan kereta api RTS yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura sepanjang kira-kira empat kilometer akan membawa pelancong dari satu negara ke negara lain hanya dalam masa lima minit perjalanan dan 10 minit.

Dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang per jam setiap arah, Link RTS diharapkan dapat membawa sehingga 300,000 penumpang sehari.

Waktu perjalanan hanya lima minit dan pada waktu puncak, kereta api akan bergerak selang waktu 3.6 minit.

Najib berkata dengan sistem teknologi yang berkembang pesat, proses pelepasan dapat dipercepat sambil mengurangkan potensi risiko keselamatan.

“Kini sistem pengecaman wajah (facial recognition) semakin canggih.

“Sistem Face ID Apple untuk iPhone juga telah mencapai kadar ketepatan setinggi 99.9999% iaitu kadar satu kesilapan bagi setiap sejuta wajah dicam.

“Bila digandingkan dengan kad sentuhan imigresen khusus bagi pelawat kerap, risikonya adalah teramat rendah,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata bahawa kerajaan tidak perlu menunggu sehingga RTS mula beroperasi kerana teknologi itu sudah ada dan mereka harus mengadakan perbincangan dua hala dengan negara jiran bagi mewujudkan sistem baharu secepat mungkin.

“Paling tidak, kerajaan Singapura dan Malaysia boleh mula mendaftar pemegang kad imigresen dan wajah pemilik dalam tempoh 6 bulan sebelum RTS mula beroperasi agar kejayaan RTS terjamin.

“Jika nak lagi pantas, kad sentuhan itu juga boleh digunakan sebagai kad tiket RTS supaya kastam dan imigresen dilepas semasa menaik keretapi,” katanya.

Pertama kali diumumkan pada 2010, projek landasan kereta api ini pada mulanya disasarkan siap pada tahun 2018.

Tarikh mula baru pada akhir 2024 telah dipersetujui pada 2017 dan kedua-dua negara menandatangani perjanjian pada tahun berikutnya dengan pembinaan bermula pada 2019.

Projek ini terhenti setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa di Malaysia pada Mei 2018.

Projek ini ditangguhkan selama enam bulan atas permintaan Malaysia untuk mengkaji skop, struktur dan kosnya serta dijadualkan siap pada akhir 2026.

Najib berkata projek yang awalnya dirundingkan, dipersetujui dan dilancarkan untuk meningkatkan pembangunan di Johor tetapi kini beliau mendakwa bahawa penangguhan oleh kerajaan PH telah menangguhkan kemajuannya.

Oleh itu beliau berkata bahawa untuk memastikan kejayaan projek RTS, kerajaan mesti beroperasi dengan mempermudahkan proses kastam dan imigresen untuk pengguna. – 22 Februari, 2021.

NAJIB MAKIN

BIJAK KERANA

MAKIN DEKAT

NAK MASUK

 PENJARA

KAH KAH KAH

ATAU KERANA

ADA BINI BARU

KAH KAH KAH

NAJIB BEBAS

TERPERANGKAP

DALAM COLI

BIK MAMA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH



1 ulasan:

  1. Najib segalanya bijak sekarang dalam fb. Hal kaywsp..hal rakyeat kebulur..hal duit. Tapi bila sentuh bab altantoya, hal azilah..tomi tomas pun habis dia amuknya wlaupun sebelum tu bukan main dia puji.kahkahkahkahkahkahkah.
    Kenapa azilah dam sirul bunuh amoi tu? Tanya je.kahlahkah

    BalasPadam