Sabtu, 27 Februari 2021

PUAD JADI BIJAK

 


KENAPA POLITIKUS

BILA HILANG KUASA

BILA NAK MASUK JIL

MENJADI BIJAK?

KAH KAH KAH

PUAD JADI BIJAK

NAJIB JADI BIJAK

ZAHID JADI BIJAK

AMIN

SEMUA BERCAKAP

HAK RAKYAT

KAH KAH KAH



Perikatan tak boleh diharap, kata Puad Zarkashi

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) tidak boleh diharapkan kerana terus mengulangi kesilapan kerajaan lalu, kata ahli majlis tertinggi Umno Puad Zarkashi.

Beliau antara lain membangkitkan mengenai pencapaian ekonomi yang semakin buruk, kemerosotan pelaburan asing dan kelemahan dalam usaha menangani pandemik.

“Kita lihat ekonomi kita bertambah teruk, pelaburan asing tak masuk dan paling rendah di peringkat Asean.

“Penjualan aset  juga berterusan semasa PN memerintah sebab itu kita (dulu) marah PH (Pakatan Harapan) kerana banyak jual aset.

“Harapan kita, kerajaan PN lebih baik daripada kerajaan PH (tetapi) tidak berlaku,” katanya dalam wawancara dengan The Malaysian Insight.

Lebih mengecewakan lagi, Malaysia kehilangan pelabur apabila syarikat seperti pembuat kereta Korea Selatan, Hyundai memindah operasi mereka ke Indonesia, katanya.

Hyundai pada bulan lepas menutup ibu pejabat Asia Pasifik di Malaysia dan berpindah ke Indonesia kerana insentif pelaburan kenderaan elektrik yang lebih baik.

Bahkan, tiada semak dan imbang dalam kerajaan PN selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggunakan proklamasi darurat untuk menangguhkan sidang Parlimen, katanya.

“Apabila tidak ada semak dan imbang, ini sebabkan eksekutif pada hari ini seolah-olah terlalu bebas lakukan apa saja.

“Sehingga rakyat kritik Menteri (Pembangunan Luar Bandar) Rina Harun contohnya, yang sesuka hati menggunakan pejabat untuk jadi model,” katanya.

Lagi pula, kerajaan PN yang mentadbir pada masa ini tidak meraih majoriti di Dewan Rakyat, kata ahli Parlimen Batu Pahat itu.

“Adakah ini wajar tapi siapakah yang boleh ambil tindakan? Parlimen tak ada, jawatankuasa pilihan tak ada. Apatah lagi kerajaan pada hari ini adalah kerajaan minoriti dan bukan kerajaan majoriti.

“Maka adakah kita nak membiarkan kerajaan mentadbir dan mengurus negara menggunakan kuasa darurat,” katanya.

Pencapaian PN

Puad tidak menolak bahawa beberapa dasar yang dilaksanakan kerajaan Muhyiddin berguna namun beliau melihat usaha tersebut masih tidak memadai.

Beliau memberi contoh pakej rangsangan ekonomi diumumkan Muhyiddin yang dilihatnya tidak mencapai sasaran membantu rakyat yang terkesan kerana pandemik Covid-19.

“Biasanya kita mestilah ada Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) atau RMK12 tapi ini tak ada asas.

“Berdasarkan perkara ini saya tak nampak dari jangka masa panjang apa yang boleh kita yakinkan ekonomi akan pulih terutama dari segi menarik pelaburan asing dan menyediakan peluang pekerjaan

“Yang baik pun saya nampak dua tiga hari ini kerajaan bawa vaksin Covid-19 sampai tiga menteri tunggu di lapangan terbang, itulah yang nak dibanggakan,” katanya.

Puad juga membangkitkan tindakan kerajaan PN yang menolak saranan Umno membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM10,000 dari akaun tanpa syarat.

Perkara itu tidak disertakan dalam pembentangan Bajet 2021 namun langkah bantuan itu diumumkan kerajaan semula.

“Sebab itu sekarang ini banyak pihak yang mendakwa berjasa apabila syarat KWSP sudah ditiadakan,” katanya.

Walhal, Najib Razak sebagai sebagai pengerusi kelab penyokong Barisan Nasional sudah pun menyatakan kesediaan untuk menyokong langkah itu, tapi tidak diumumkan, katanya.

“PN ambil masa dua bulan (untuk umumkan). Kalau dari awal perkara itu nak dilaksanakan kenapa tak nak memudahkan.

“Akhirnya baru sekarang apa diperjuangkan kita (sekarang) kononnya dari PN dilaksanakan,” katanya.

Langkah bantuan melalui pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 tanpa syarat itu pada awalnya dicadangkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib.

Selain itu, pemimpin Umno itu juga antara lain menggesa tempoh moratorium bagi bayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada enam bulan lagi.

Biarpun kerajaan memberikan insentif memanjangkan tempoh moratorium kepada golongan B40 dan peniaga kecil namun menolak cadangan Umno untuk membenarkan pengeluaran KWSP.

Kerajaan kemudiannya akur dan membenarkan pengeluaran KWSP tanya syarat dibawah insentif i-Sinar selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan semula untuk mengekang pandemik. – 27 Februari, 2021.

MACAM POLIS

PENCEN

KAH KAH KAH

DAH PENCEN

BARU CERITA

SANA RASUAH

SINI ROMPAK

SITU SAMUN

KAH KAH KAH

TAN SERI ITU

TOKAN DADAH

TAN SERI INI

TOWKAY LENDIR

KAH KAH KAH

MASA ADA KUASA

NYAP SENYAP

KAH KAH KAH



1 ulasan:

  1. nampak bijak bersurah pelabor asing tapi budak puad ni kenai ke pelabor asing....byk lagi pelabor asing dari China, vietnam,philipine,siam,indon, rusia... kalau tak percaya pg star Hill... betul tak tt

    BalasPadam