Selasa, 23 Februari 2021

SAKSI DAPAT DATUK DISOAL

 



INI ANUGERAH

BUKAN TIMBANG

KILO

KAH KAH  KAH

PEGUAM NAK 

BAGI GEMPAQ

KAH KAH KAH


Pemberi maklumat jadi

 tumpuan utama 

perbicaraan 1MBD

PENGANUGERAHAN gelaran kepada pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) menjadi tumpuan semasa perbicaraan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib Razak hari ini.

Peguam pembela utama Muhammad Shafee Abdullah bertanya apakah pengarah JAN Nor Salwani Muhammad menerima gelaran Datuknya setelah memberi bukti berkaitan kes pindaan laporan audit 1MDB.

Nor Salwani mendapat pengiktirafan awam setelah beliau menjadi saksi yang menyimpan laporan audit asal mengenai 1MDB setelah diarahkan untuk memusnahkannya.

Tindakan beliau sebagai pemberi maklumat telah membantu pasukan pendakwaan dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam tuduhan pindaan laporan audit 1MDB yang terakhir.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menganugerahkan gelaran Datuk kepada Nor Salwani semasa sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari tahun lalu.

Shafee: Bolehkah kamu beritahu mahkamah bila kamu jadi Datuk?

Salwani: 1 Februari 2020.

Shafee: Kamu dianugerahkan Wilayah Panglima Mahkota (PMW), betul?

Salwani: Ya.

Shafee: Adakah kamu setuju dengan kandungan artikel oleh Harian Metro pada 1 Februari 2020 yang bertajuk “Tahniah Datuk Nor Salwani”?

Salwani: Saya tidak setuju (dengan isi kandungannya).

Salwani antara 25 individu dianugerahkan PMW yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan ke-16 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Shafee membaca beberapa perenggan akhbar yang menyatakan Salwani diberikan penghargaan kerana jasanya dalam menyimpan bukti kes tersebut.

Artikel berita itu juga memetik Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Khalid Abdul Samad yang berkata penganugerahan itu juga sebagai manifestasi kementeriannya yang tegas menolak sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.

Shafee bertanya Salwani adakah beliau akan mengaitkan pengakuannya dengan kenyataan menteri itu. Yang mana Salwani menjawab beliau tidak tahu.

Tambahnya, pencalonan untuk darjah kebesaran itu sebelum menjadi saksi dalam perbicaraan dan penghargaan itu kerana tugas setianya di jabatan audit selama 30 tahun.

Ketika peguam menekannya dengan soalan, Hakim Zaini kemudian mencelah, “Hanya menteri yang dapat menjawabnya (atas kerana penghargaannya), kamu hanya dapat meminta pandangannya mengenai kenyataan itu.”

Salwani kemudian berkata, “Saya menghormati pandangan menteri. Walaupun apa yang berlaku, pencalonan saya lebih awal dan jika penghargaan saya berdasarkan kepada justifikasi (menjadi pemberi maklumat), saya tidak setuju.”

Mahkamah akan bersambung semula pada 11 Ogos setelah Shafee meminta agar sesi perbicaraan esok ditangguhkan. Pasukan pembela dikatakan memerlukan masa untuk mempersiapkan rayuan SRC yang akan berlangsung pada April.

Ketua timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram memberitahu mungkin ada enam lagi saksi yang akan memberi keterangan untuk kes ini dan memerlukan lebih kurang 10 hari lagi untuk menyelesaikan kes pendakwaan.

Ahli Parlimen Pekan berusia 68 tahun itu dituduh menggunakan jawatannya untuk mengarahkan pindaan laporan audit akhir 1MDB sebelum disampaikan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan tindakan diambil terhadapnya.

Najib dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda, 46, dituduh bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan itu bagi melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan. – 23 Februari, 2021.

SOSOK BERJASA

PADA NEGARA

AMIN

SOSOK INI

 MEMASTIKAN

PENCURI

MASUK PENJARA

AMIN

INI KAKI TANGAN

KERAJAAN WAJIB 

DIJADIKAN CONTOH

KHALAS



1 ulasan:

  1. Patut tanya balik mcmane peguam eee tu dpt tan sri.Dia juga d siasat trima duit 1mdb..

    BalasPadam